Minuman,

Nestlé Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Khamis, Mac 23, 2023 Mahamahu 2 Comments

Dalam usaha membawa detik-detik istimewa kopi Starbucks ke dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, rangkaian Starbucks Sedia Diminum (RTD) telah dilancarkan di seluruh negara pada 21 Mac 2023. 



Pelancaran Starbucks RTD di Malaysia melibatkan dua daripada pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik: Starbucks® Frappuccino®, kopi yang dibancuh sempurna dengan susu berkrim dan manis secukup rasa, dan juga Starbucks® Doubleshot™, pilihan minuman yang dikenali dan digemari ramai, boleh dinikmati bersama bagi mengharungi rutin harian yang sibuk. Starbucks® Frappuccino® (280 ml) boleh didapati dalam perisa Kopi, dan Mocha (280ml) manakala Starbucks® Doubleshot™ (220 ml) tersedia dalam pilihan Mocha dan Espresso Latte (220ml).

Rangkaian Starbucks RTD yang baharu ialah hasil kerjasama antara Nestlé dan Starbucks yang diumumkan pada 2021 di mana Nestlé akan mengkomersialkan dan mengeluarkan minuman kopi Starbucks RTD di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan Amerika Latin, dengan memanfaatkan kecekapan operasi Nestlé dalam sektor kopi tempatan dan keupayaan pelaksanaannya di rantau tersebut. Ini menandakan satu lagi titik penting dalam Perikatan Kopi Global antara Starbucks dan Nestlé yang telah dicipta pada 2018 untuk membuka peluang, meningkatkan pengalaman kopi dan membuka lembaran baharu bagi kedua-dua syarikat ikonik itu.

Untuk meraikan detik istimewa ini, Nestlé Malaysia telah menganjurkan pertunjukan fesyen dengan karya busana berilhamkan Starbucks oleh para pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design,  UCSI University, yang digayakan oleh para pempengaruh popular tempatan. Busana yang ditampilkan mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia – termasuk pakaian gaya jalanan  mahupun pakaian ke pejabat, semasa bersantai di rumah atau untuk urusan harian – fesyen bergaya ini mempamerkan kepelbagaian Starbucks RTD yang boleh disesuaikan dalam setiap detik kehidupan. 



Kedua-dua Starbucks® Doubleshot™ dan Starbucks® Frappuccino® telah mendapat pensijilan Halal, sekali gus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati minuman ikonik tersebut tanpa rasa ragu-ragu, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé - Malaysia & Singapore. “Tambahan pula, dalam usaha mengembangkan kategori Produk Sedia Diminum Malaysia, tawaran inovatif dan khusus ini bertujuan menarik minat para belia di Malaysia yang dinamik yang inginkan kemudahan pengalaman kopi yang hebat di mana sahaja mereka berada. Kami akan terus memperkasakan inovasi untuk mencipta detik-detik kopi yang penuh kenikmatan dan keseronokan,” tambah Aranols.

Rangkaian kopi Starbucks RTD boleh didapati menerusi pasar raya besar dan pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Produk-produk ini juga akan ditawarkan di Singapura menerusi peruncit dan platform e-dagang yang terpilih. 

Sejak Perikatan Kopi Global pada 2018, Nestlé dan Starbucks telah memperkenalkan pilihan produk kopi premium yang luas ke pasaran baharu dengan pantas – termasuk kopi bijian penuh, kopi dipanggang dan dikisar, kopi larut dan campuran kopi, serta kapsul Starbucks untuk digunakan dalam sistem hak milik Nespresso dan Nescafé Dolce Gusto. Pada hari ini, Nestlé mengedarkan produk kopi Starbucks berbungkus yang boleh didapati di lebih daripada 80 negara di luar cawangan Starbucks di bawah Perikatan Kopi Global.







                     
                                        

2 ulasan:

  1. Cool giler ni dapat minum kopi starbucks RTD kat mana-mana sahaja. Yeah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kita nak beli pun fikir dua kali wakakaka sekali sekala boleh lah kot cuba...

      Padam