Hotel,

Pengalaman Menginap Di Park Inn by Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa

Jumaat, Mei 20, 2022 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Setelah dua tahun kita dilanda pandemik dan juga dikurung tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat tahun 2022 semua telah kembali hampir normal. Negara kita juga telah mula sikit-sikit beralih kepada andemik hidup dalam persekitaran Covid. Sekarang ini banyak aktiviti-aktiviti yang dulu disekat telah mula boleh dilakukan secara terbuka dan beramai-ramai.



Waktu ini lah ramai juga yang seperti rama-rama yang keluar dari kepompong semua menda nak buat dalam masa terdekat ini juga. Masa ini lah nak travel luar negara dan tak kurang juga yang nak staycation dalam negara pun ada. Macam Maha sendiri tidak rancang lagi untuk pergi jauh-jauh luar negara cukup dapat beristirehat dalam negara santai-santai pun satu kelegaan sangat. Dapat relax dan tenang dari segala masalah. Sebab itu Maha pilih untuk menginap di hotel dalam negara sahaja.






Habiskan cuti hujung minggu kali ini ke sebuah lagi hotel setelah lama tidak bermalam di hotel. Kali ini Maha pergi tak jauh mana pun dekat sahaja iaitu Park Inn by Radisson Putrajaya. Sebab dengar cerita hotel ni masih baru dalam dua tahun sahaja pasti fasiliti dan juga segala kemudahan yang ada pun baru juga. Jadi bermalam hujung minggu untuk cari kelainan dan juga merasai suasana di hotel ini.


Hotel ini terletak sempurna betul-betul diantara dua lokasi bandar popular di negara kita iaitu Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Juga berada dekat dengan akses kepada Lebuhraya Utara Selatan. Diapit pula dengan dua buah universiti popular iaitu Uniten dan juga IUKL. Sebab itu hotel Park Inn ini sangat strategik bagi mereka yang bukan sahaja nak stay santai-santai dengan keluarga tapi juga yang ada urusan perkerjaan. 





Hari tu Maha dapat menginap di bilik Executive Room kerana kebanyakan bilik mereka hampir penuh sebab hujung minggu selepas cuti Hari Raya dan juga cuti panjang Hari Wesak. Jadi dapat merasa bilik yang exclusive dan sangat luas dengan katil King Size yang empuk dan nyaman. Juga segala peralatan dan kemudahan dalam bilik dihias moden ini memberi aura yang positif selepas bangun tidur. Kemudahan yang ada dalam bilik ni seperti :

- Wifi Percuma
- 40 inchi LED skrin rata
- Kemudahan minuman kopi dan teh
- Iron dan Iron board sendiri
- Pengering rambut
- Tempat mandi pancuran hujan
- Jubah mandi 
- Almari baju
- Ruang meja kerja tersendiri
- Peti sejuk mini

Serta banyak lagi yang ada bagaikan duduk dalam bilik yang dijaga rapi serta lengkap hanya ambil dan gunakan sahaja. Itu yang kita mahukan bila kita pergi menginap kat mana-mana hotel. Segala kemudahan ada dan juga tidak membuatkan kita bertambah tekanan. Bilik yang Maha dapat itu memang berhawa dingin jadi dilarang dalam bilik untuk menghisap rokok. Maha baca dari review lain hotel ini ada lebih kurang 220 bilik perlbagai jenis daripada Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Executive Room dan Junior Suite Room. Jadi banyak pilihan dengan harga yang berbeza mengikut jenis bilik.






Maha kalau masuk hotel perkara pertama yang akan Maha tengok adalah ruang penyambut tetamu mereka. Kalau ia bersih luas dan susun atur yang menarik Insha Allah dalam bilik pun akan selesa dan memberi pengalaman yang baik seperti mana hotel Park Inn by Radisson ini juga. Ruang penyambut tetamu sangat besar dan dekorasi modern serta susun atur yang kemas sangat mengalu-alukan kedatangan kita. Juga kakitangan yang mesra dan ramah bila disapa dan memberi bantuan bila diperlukan.





Ruang penyambut tetamu ini disambungkan dengan juga kemudahan yang sangat penting dalam pemilihan hotel penginapan bagi Maha iaitu ruang makan atau kafe. Ini akan Maha ulaskan dalam posting yang seterusnya berkaitan dengan makanan yang disediakan disini. Kalau check ini akan disertakan sekali dengan sarapan pagi itu biasa. Tapi kat sini ada juga ada sediakan makanan untuk Weekend Hi-Tea dan juga makan malam Steamboat Buffet Dinner. Pengalaman best tu nanti Maha kongsikan diposting review seterusnya khas untuk makan-makan kat hotel ini sahaja.



Juga kat aras bawah itu ada kemudahan lain yang penting dalam mencari hotel yang selesa bagai Maha iaitu ada kolam renang dan juga ada gymnasium. Kat sini kolam renang mereka terbuka dengan pemandangan luas serta ada pengasingan untuk kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Juga ada ruang pensalinan baju dan bilik air yang dekat. Manakala gynasium kat sini mengadap dengan kolam renang tu jadi pemandangan pun nampak air yang membiru dan tenang jer.





Paling penting mencari penginapan kat hotel mesti kena ada kemudahan tempat letak kereta yang banyak. Kelebihan kat Park Inn by Radisson ini adalah parking mereka sangat banyak keliling hotel dan terbuka tidak tersorok bawah bangunan. Juga parking ada bayaran kalau tetamu hotel akan dapat kadar rata bayaran macam Maha hari tu hanya RM1 sahaja untuk sekali masuk. Jadi itu penting tambah yang datang bawa keluarga ramai dan juga yang bekerja untuk dapat tempat letak kereta dekat dan banyak.




Kalau korang tanya duduk hotel Park Inn by Radisson ini dekat nak pergi tempat menarik memang banyak sangat. Korang sendiri tahu ia berada di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Putrajaya jadi banyak lokasi menarik boleh pergi dengan hanya berjalan kaki atau menaiki kenderaan dalam masa kurang dari 10 minit. Antara lokasi yang berhampiran sini adalah :

- De Centrum Mall (2 minit berjalan kaki sahaja)
- Kelab Golf Palm Garden (5 minit memandu kenderaan)
- IOI City Mall Putrajaya (5 minit memandu kenderaan)
- Tasik Putrajaya (10 minit memandu kenderaan)
- Dewan Pameran MAEPS (10 minit memandu kenderaan)
- Farm In The City Petting Zoo (18 minit memandu kenderaan)
- Bangi Water Theme Park (20 minit memandu kenderaan)

Jadi kalau menginap kat sini tak bosan kalau bawa anak-anak banyak tempat menarik boleh pergi dekta sangat. Bagi yang ada kerja di Putrajaya sini pun dekat jer nak pergi ulang-alik di sana. Bagi Maha ia adalah tempat penginapan yang strategik untuk mengakses kemana-mana sahaja dengan kemudahan jalan raya dan juga pengankutan awam seperti Grab dan Taxi pun ada sini. Kalau keluarga datang untuk majlis konvokasyen anak-anak juga boleh menginap kat sini sebab sebelah sahaja dua universiti hebat dan juga dekat dengan UKM dan UPM




Maha sempat tengok apa lagi kemudahan yang ada kat hotel ini selain daripada fasiliti keperluan juga ada Function Room. Kat sini ada lebih kurang 9 bilik mesyuarat yang boleh muatkan 10-30 orang manakala ruang acara yang besar boleh muat sehingga 180 orang besar tu kalau nak buat majlis. Macam besar-besar seperti kenduri kahwin, majlis bertunang, majlis akad nikah, majlis makan malam, majlis perasmian atau tandatangan MOU dan juga macam-macam lagi lah. Ditambah dengan parking yang banyak jadi buat majlis kat sini tak perlu risau akan keselesaan dan kemudahan semua ada. 



Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang hotel ni boleh terus hubungi mereka sebab Maha hanya kongsikan pengalaman Maha bermalam kat sini sahaja. Kalau nak tahu harga untuk penginapan dan kemudahan function room korang boleh hubungi meraka mungkin boleh dapat harga yang lebih istimewa. Bagi Maha menginap sini puas hati dan juga selesa. Memberi pengalaman yang berbeza dengan tempat lain. Maha sangat-sangat rekomen kepada yang nak cari hotel berdekatan dengan Putrajaya dan KL. Kalau rating pula Maha boleh bagi kat sini :

Bilik : 5/5 

Kemudahan : 4.5/5 

Keselesaan : 5/5 

Harga : 4.5/5


Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan boleh hubungi : 
Tel : 603-8911 1999
Whatsapp : 010-211 4681
Email :  info.parkinnputrajaya@parkinn.com








11 ulasan:

  1. Cantik hotel ni. Tak pernah perasan pula kedudukan Park Inn by Radisson Hotel ni... Nanti bolehlah usha.. Tq Maha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer kita pun baru tahu ada hotel ni kat area sini hehehe selesa dan besae hotelnya ..

      Padam
  2. Meriah gak hotel dia. Ehhh dekat ngan UKM ye? Macam dekat dengan rumah I je
    Awat tak jemput bekpes sama? Haha

    BalasPadam
  3. Nampak hotelnya selesa sangat tapi alamatnya...kalau cari kat Putrajaya memang tak jumpa la Maha. Patut alamat Kajang tu sebab sebelah Uniten. Memang dekat gier dengan rumah sis ni Maha.

    BalasPadam
  4. ***dekat giler dengan rumah sis

    BalasPadam
  5. bilik nampak selesa, kemas dan bersih. ni kalau pergi pun puas. thank you for the review =D

    BalasPadam
  6. Cantik Park Inn by Radisson Putrajaya ni. Patutlah macam jarang dengar Park Inn by Radisson Putrajaya ni. Baru dua tahun ya. Cantik bilik dia🥰

    BalasPadam
  7. Kalau Maha tak citer sure tak tahu kewujudan hotel ni. Nampak selesa! Lain Kali kot husband ada kursus sekitar sini boleh laaa kitaorang booking hotel ni pulak.

    BalasPadam
  8. cantik hotel, deko moden dan menarik. nampak kemas jer. boleh la cek in sini bila nak jalan2 ke putrajaya nanti..

    BalasPadam
  9. Wow best juga hotel ni, bilik nampak luas dan selesa malah kemudahan pun lengkap

    BalasPadam
  10. this hotel looks so comfortable, clean and new. definitely considering putting up a night here with my family!

    BalasPadam