KitKat Gold,

8 Pemenang Bertuah Raikan Tahun Baharu Dengan Kilauan Jongkong Emas KITKAT!

Jumaat, April 23, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak dilupakan rakan-rakan sekalian. Nestlé KITKAT memulakan tahun baru 2021 dengan pelancaran edisi terhad KITKAT Gold, penambahan terbaharu dalam rangkaian produk KITKAT. Seiring dengan pelancaran tersebut, Peraduan KITKAT Menangi Emas telah dilangsungkan dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021. Peraduan istimewa ini juga dijalankan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina serta ketibaan Tahun Lembu Keemasan yang bertuah.



Para pengguna di seluruh Malaysia telah dijemput untuk menyertai Peraduan KITKAT Menangi Emas ini, dimana mereka berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah bernilai hampir RM288,888. Ini termasuklah hadiah utama berupa Jongkong Emas KITKAT (emas 916 seberat 50g) untuk 8 orang pemenang bertuah, Hadiah Pertama wang tunai bernilai RM8,888 seorang untuk 10 orang pemenang serta Hadiah Kedua wang tunai sebanyak RM888 buat 12 orang pemenang. Selain ini, hadiah-hadiah mingguan berupa wang tunai bernilai RM188 buat 88 orang pemenang setiap minggu turut ditawarkan sepanjang tempoh 7 minggu peraduan berlangung.

Salah seorang pemenang Hadiah Utama, Norhasikin Bt MD Sidik berkata, “Saya berasa amat gembira dan bersyukur untuk dapat meraih Hadiah Utama Peraduan Menangi Emas KITKAT walaupun dengan menghantar hanya satu penyertaan sahaja. Saya berhasrat untuk melaburkan sebahagian daripada hadiah kemenangan ini dan selebihnya ingin saya belanjakan untuk membawa keluarga pergi bercuti.



Chew Geok Teng, juga salah seorang pemenang Jongkong Emas KITKAT pula berkata, “Saya begitu terkejut dan bersyukur untuk meraih Hadiah Utama berupa Jongkong Emas KITKAT. Saya ingin berterima kasih kepada Nestlé kerana telah mengadakan peraduan ini dan memberi kesempatan untuk saya menyertainya. Jongkong Emas ini akan saya simpankan dalam peti keselamatan dahulu.

Setelah menghantar 20 penyertaan setiap seorang, pasangan suami isteri Teo Keng Ban dan Wan Kum Peng merupakan antara pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah pertama wang tunai sebanyak RM8,888 dan hadiah kedua wang tunai sebanyak RM888. “Kami berasa cukup gembira dan teruja untuk meraih hadiah wang tunai ini. Hadiah kemenangan Peradun Menangi Emas KITKAT ini akan kami gunakan untuk membayar insuran saya (Wan), ubahsuai rumah kami serta bercuti.



Pelancaran KITKAT Gold, iaitu edisi terhad sempena musim perayaan dengan gabungan rasa coklat, mentega dan kacang yang lazat dalam setiap kepingan, telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada para penggemar KITKAT kami dan ramai yang teruja untuk mencubanya. Kami juga amat gembira untuk meraikan perayaan ini bersama lebih 600 orang pemenang, termasuk 8 daripada mereka yang paling bertuah untuk meraih Jongkong Emas KITKAT seorang.

Inilah cara kami meningkatkan semangat para pelanggan kami sempena musim perayaan ini, dan pada masa sama menghasilkan kudapan baharu yang lazat lagi mengujakan,“ kata Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestlé (Malaysia) Berhad.



Seiring dengan pelancaran KITKAT Gold, Nestlé Malaysia turut memperkenalkan Ciptaan Emas lain termasuklah KITKAT Gold, Nestlé Ice Cream dan Nescafé Gold; serta mengeluarkan resipi mingguan baharu di laman web https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk membantu mencetus ilham para pengguna kami untuk menghasilkan hidangan keemasan mereka.








0 Pandangan: