Jagung,

Kerepek Mission Multigrain Serta Jagung Dan Beras Yang Berkualiti Untuk Masa-masa Bahagia

Ahad, Disember 24, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak tahu produk Mission Foods yang cukup dikenali ramai sebagai antara jenama snek sihat. Sekarang ni mereka menampilkan kerepek dengan dua perisa baharu iaitu Multigrain serta jagung dan beras.


Diperbuat 100% daripada jagung, kedua-dua perisa baharu ini mengandungi 30% kurang minyak daripada kerepek kentang, tiada bahan pewarna, perasa tambahan atau pengawet dan kerepek Mission pastinya memberi korang kelebihan untuk menikmatinya lebih daripada satu paket. 

Bertambah meningkatnya minat masyarakat hari ini dalam semua perkara yang melibatkan kesihatan seperti pengambilan makanan yang betul, makan secara positif, dan makanan yang berkhasiat, hari ini orang ramai dilihat mencari makanan yang diperkaya dengan bahan-bahan nutrien seperti oat, kacang soya dan bijan hitam yang semakin popular. Serat, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral adalah kata kunci bagi mereka yang ingin menikmati makanan ringan.


Di sinilah kerepek Mission Multigrain serta jagung dan beras memainkan peranan - kerepek Mission multigrain diperbuat daripada jagung yang diperkaya dengan khasiat seperti oat, kacang soya, bijan putih dan hitam, serta biji rami yang memberikannya rasa kacang yang tersendiri dan teksturnya yang kasar menjadikannya makanan ringan ideal dengan gaya yang sendiri dan juga kesihatan yang seimbang.

Oat yang sememangnya mengandungi banyak manfaat kesihatan turut membantu mengawal tahap gula dalam darah dan untuk membuang toksin di dalam badan. Oat juga dapat meningkatkan penghadaman dan merupakan sumber protein yang baik. Kacang soya yang membantu memberi tenaga dalam badan dan jantung turut memperbaiki pencernaan dan kesihatan tulang, dan turut meningkatkan fungsi metabolik.


Bijan hitam dan putih yang menambah rasa kacang pada kerepek terbukti menggalakkan kesihatan, bersifat anti penuaan dan turut mengandungi lemak yang sihat seperti Omega-6 dan asid lemak. Biji rami yang mengandungi asid amino dan Omega-3 juga dilihat dapat membantu meningkatkan kesihatan otak.

Bagi mereka yang mencari makanan ringan bebas gluten, anda bolehlah mencuba kerepek Mission jagung dan beras. Diperbuat daripada jagung yang dicampur bersama limau dan juga beras, ia memberikan rasa ringan dan anda boleh menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu. Rasa kerepeknya yang ringan dan seimbang membolehkannya dinikmati dengan apa juga jenis pencicah sama ada yang pedas, berkrim atau pekat.


Kedua-dua kerepek Mission multigrain serta jagung dan beras ini juga boleh dinikmati bersama sos pencicah buatan sendiri atau dibeli di kedai untuk dikongsi bersama ahli keluarga semasa musim perayaan atau apa juga majlis keraian.

Mission Food juga akan mengedarkan sampel percuma di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian. Selain itu untuk promosi musim perayaan, dengan setiap pembelian dua paket kerepek perisa terbaharu ini anda akan mendapat bekas ketuhar gelombang mikro secara percuma.


Selain kerepek multigrain serta jagung dan beras, perisa-perisa lain yang boleh dapati ialah asli, keju, tomato, bbq, mentega dan bawang putih, serta pedas dan berempah. Boleh didapati dalam dua bungkusan bersaiz 65g dan 170g, masing-masing dijual pada harga RM2.99 dan RM6.99. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kerepek Mission anda boleh layari laman sesawang www.missionfoods.com.my.








0 Pandangan: