Buffet,

Keistimewaan Makan Malam Bountiful Di Restoran Zende @ Seri Pacific Hotel

Sabtu, April 22, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi lokasi untuk korang cari makan malam istimewa bagi meraikan insan tersayang atau rakan-rakan anda. Tapi makan malam kali ini lain daripada lain kerana mereka menyediakan hidangan Semu Buffet Combo, BBQ Nite dan juga Enticing Seafood. Kalau nak tahu jom kita terjah manakan lokasi yang Maha maksudkan ini.



Inilah dia Restoran Zende yang terletak dalam Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur hotel bertaraf 5 bintang. Hotel ni paling mudah nak cari kerana ia terletak betul-betul dekat dengan mercu tanda ikonik iaitu PWTC. Hotel ni boleh korang datang dengan public transport menaiki bas, teksi, LRT atau KTM. 

Semi Buffet Combo


Bagi semi buffet combo ni korang ada pilihan untuk makanan utama di mana korang boleh boleh pilih 2 menu daripada senarai yang disediakan oleh chef mereka seperti di bawah ini.




Masakan tempatan
Mee Goreng Mamak
Nasi Goreng Omelet
Mee Rebus
Nasi Ayam
Char Kuey Teow 
Cantonese Kuey Teow

 


Masakan barat
Fish & Chips
Pasta Bolo & Napo
Sandwiches
Lamb Chop
Chicken Chop Cajun
Choice of Pizza 6'

Ini untuk makana utama tetapi bagi makanan seperti pembuka selera yang lazat dan pencuci mulut pula boleh korang ambil daripada meja bufet yang disediakan. Ini korang boleh makan berepa banyak yang nak ok. Bagi Maha antara banyak hidangan tu yang best adalah Nasi Goreng Omelet dan juga Lamb Chop.





Bagi semi bufet ini disediakan setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad untuk makan malam bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.30malam. Makan malam ini pula hanya pada harga RM70.00 nett seorang dewasa. rasa macam mana special tak bagi Maha menarik kerana korang boleh pilih banyak hidangan tapi bufet untuk appetizer dan dessert.

BBQ Nite Untuk Hari Rabu


Pada hari rabu pula mereka ada menyediakan kenduri BBQ yang special daripada menu-menu seperti Carribbean Jack Beef Steak, Old Bay diperap Lamb Shoulder Steak, panggang Spiced Spring Chicken, Buffalo Wings, Ribs Beef BBQ dan banyak lagi.




Korang juga dapat menikmati pelbagai pembuka selera dan pencuci mulut yang berwarna-warni seperti Chorizo, Fundido, hidangan Mexico keju panas cair dihidangkan dengan sosej pedas; Buatan sendiri guacamole, Texas Egg Rolls, Country Red Potato Salad dan Nachos. Juga ada pelbagai pencuci mulut seperti Blueberry Mouse disajikan di kaca, Mocha Brulee, Jack Fruits Strudels, Semolina Pudding, Miniatur Pavlova, Lemon Cheese Cake dan Macaroons.




BBQ Nite boleh didapati pada hari Rabu sahaja untuk makan malam dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. BBQ ini pula hanya pada harga RM95.00 nett seorang dewasa. Jadi ni pun menarik kalau nak cari kelainan buat makan malam korang apa salah pilih ini kan.

Enticing Seafood Special Hari Jumaat


Satu lagi ni ada Enticing Seafood yang mana hanya ada pada Malam Jumaat sahaja. Pecinta makanan dasar laut ini adalah syurga anda. Kali ini semua menu adalah makanan laut yang pelbagai dengan masakan yang menarik daripada chef mereka.



Di antara menu-menu yang ada pada makan malam Enticing Seafood adalah Lobster Terrine with Tarragon Tomato Coulis, Marinated Jellyfish with Young Mango Cocktail, Pan Seared Blackened Tuna with Citrus Salsa, Assorted, Nigiri Sushi Platter, Smoked Salmon, Grilled Flat Head Lobster with Garlic Butter, Seafood Otak-Otak dan Breaded Soft Shell Crabs dengan Aioli Sauce.




Makan malam Jumaat ini pun sama dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Ia pula hanya pada harga RM100.00 nett seorang dewasa. So hari Jumaat boleh cuba makanan lain memang banyak pilihan makan malam kat hotel ni tak ada lah bosan kalau duduk seminggu kat sini macam-macam makanan ada.


Kalau korang berminat nak order atau nak datang sini boleh sahaja hanya hubungi mereka seperti dibawah. Maha dan cuba korang bila pulak nak datang ke Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur ini. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-4042 5555
Email : fbresv@seripacific.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




0 Pandangan: