Food,

Bayar Apa Yang Anda Makan Sahaja Di Restoran Mat Binjai Kuala Terengganu

Khamis, Januari 07, 2016 Mahamahu 0 Comments

Bayar Apa Yang Anda Makan Sahaja Di Restoran Mat Binjai Kuala Terengganu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum cuti hujung tahun yang lepas Maha sempat bertandang ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. So kesempatan berada di sana 2 hari Maha gunakan untuk cari tempat makan yang best lah. Sebab tu jumpa Restoran Mat Binjai ni kerana kawan kata memang makanan kampung yang menarik.


Maha datang 4 orang hari tu so jadi kami singgah makan tenghari, timing kami datang tu cukup2 ngam jer pukul 12.30 tengahari dan orang masih tak ramai lagi. Jadi makanan lauk pauk kampung semua masih banyak lagi. Bila nak masuk Maha tak tahu kedai ni konsep macam mana jadi tanyalah kat pekerja restoran tu dan dia orang cakap 'abang duduk nanti kami hantar makanan'.




Ohh maksudnya kat sini mereka akan sediakan hidangan untuk beberapa orang yang datang dan mereka akan hantar sebanyak mungkin jenis lauk pauk. Kalau yang tak ada mereka letak korang boleh minta nanti mereka akan hantarkan. Korang tengoklah sendiri berapa banyak jenis lauk pauk yang ada atas meja Maha nak makan ni untuk 4 orang.




Ada udang goreng yang besaiz besar tau bukan udang biasa ni, kemudian ada ayam kampung goreng, sotong bakar dan sotong masak sambal, ikan bakar, daging bakar dan macam2 lagilah. Kalau dah nama masakan kampung mestilah ada ulam-ulaman bersama dengan sambal belacan dan paling special adalah Budu. Kalau datang Ganu tak makan budu tak sah lah kata orang baru lah mencabar hehehe.





Sebenarnya konsep Restoran Mat Binjai ini adalah bayar apa yang korang makan sahaja. Maksudnya apa makanan yang korang tak usik atau tak makan tak akan dikira. Contoh korang ambil 2 ekor sotong tapi makan satu jer dia akan kira satu sahaja. Sebab tu korang tengok ada banyak tapi tak semua yang kami makan hehehehe. 


Puas hatilah makan kat sini memang banyak pilihan dan masakan yang sedap2 belaka. Kalau korang nak dapatkan makanan kampung sini lah tempatnya yer. Datang Kuala Terengganu memang popular tempat ni. Lokasi senang jer nak cari kat tepi Jalan Sultan Sulaiman. Nampak signboar merah macam ni tu lah dia restorannya. Restoran ni bukan setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 8.00pagi hingga 5.00petang. So selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.

RESTORAN MAT BINJAI
Alamat : 1081-Q Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Trengganu







0 Pandangan: