Blogger,

Di Sebalik Tabir Shooting Blogr Burrp Dan Video Penuh Mahamahu

Rabu, April 15, 2015 Mahamahu 0 Comments

Di Sebalik Tabir Shooting Blogr Burrp Dan Video Penuh Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pengalaman shooting tak adalah tapi bila di jemput untuk shooting dalam video Blogr Burrp memang satu pengalaman best buat Maha. Sebenarnya Blogr Burrp adalah satu segment di dalam web site Blogr.my di mana blogger yang terpilih untuk bulan itu akan di rakam video dan akan di kongsi pengalaman berblog mereka selama ini.


Maha terkejut sangat kerana terpilih dalam segment ini buat bulan April ini memang rasa mcm tak percaya. Hati berdebar2 untuk shooting dalam video buat pertama kali kerana sebelum ini nak buat video sendiri pun tak berapa menarik hehehe. Kalau kawan2 nak tengok video Maha memasak bolehlah pergi ker Channel Youtube Mahamahu semua ada kat situ. Tapi ingat jangan gelak tau bila tonton video tu.


Shooting ini telah di adakan pada 12 April lepas baru lagi di restoran Kedai Sebelah Kelana Jaya. Sampai kat sana pukul 10pagi kena prepair sedikit lah script untuk bercakap depan kamera. Shooting Alhamdulillah tak makan masa yang lama cuma 3 jam sahaja berada kat restoran ini. Tapi peluh dan debaran memang tak dapat di kata kerana nak buat aksi selambat dan nak kawal nada. Maklumlah masa shoot tu Maha masih batuk dan sakit tekak and suara pun serak dan sengau sikit.

Video di sebalik tabir

Terima kasih kepada team Blogr.my yang ada semasa shoot hari tu iaitu saudara Faiz dan saudara Lee Omar, Maaf lah sorang lagi girl tu tak kenal nama hehehe. Apa pun mereka memang sporting dan sangat memberi guide pada Maha untuk bercakap. Kalau tak ada tunjuk ajar dari mereka memang menggigil juga lah nak habiskan shoot ini. Kadang2 beberapa kali juga silap dah cut sendiri wakakaka sebab tersasul bila bercakap.


Mereka semua ini sangat sporting dan kalau sapa kenal mereka ni orangnya periang dan ceria. Hari tu Maha dapat makan hidangan utama yang menjadi pilihan ramai pelanggan mereka. Makanan yang di beri nama Nasi Goreng Embah. Nak tahu macam mana rasa kena tonton video Maha ni sampai habis hehehehe. 

Nasi Goreng Embah

Terima kasih sekali lagi kepada team Blogr.my kerana memilih blog Mahamahu untuk segment Blogr Burrp ini. Kalau kawan2 nak tonton video penuh yang telah di muat naik dalam laman web mereka iaitu www.blogr.my tapi kena register melalui Facebook. Kalau tak pun korang boleh tonton di video youtube di bawah. Apa pun bagi Maha ia satu pengalaman yang paling menarik sepanjang berblog ini. Nanti Maha update lagi beberapa shooting yang pernah Maha lalui ok. selamat menonton. 

Video penuh Blogr Burrp Pilihan Bulan April 2015

Boleh tonton video penuh di sini juga http://blog.blogr.my/blogr-burrp-maha