Dapur,

Dapur Mahamahu Masak Kuah Kacang Nasi Impit

Selasa, Ogos 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Masak Kuah Kacang Nasi Impit - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak masak Kuah Kacang untuk makan nasi impit yg menjadi hidangan utama bila hari raya. Mahamahu paling suka makan kuah kacang dengan nasi impit cukup lah untuk hari raya memang best.

Kalau pergi beraya rumah kawn2 atau jiran makan kuah kacang dan nasi impit sudah cukup. Kali ni Mahamahu nak masak sendiri kuah kacang nasi impit untuk makan sendiri hehehe. Bila beraya kalau cari kuah kacang memang senang tapi bila tak time raya boleh cari kuah kacang ni hanya kat kedai satay sahaja hehehe. Apa pun ada banyak jenis juga kuah kacang ni ada yg kuah kadang kosong dan ada kuah kacang berlauk seperti daging ayam atau daging lembu pun boleh isi.


Bila nak buat kuah kacang yg penting mesti lah kacang tanah. Cari kacang yg baik dan tiada yg buruk kerana ia akan menjadikan rasa kuah kacang kurang enak nanti. Kemudian bahan lain yg pernting adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, pes cili atau cili boh, gula melaka dan air kosong.


Cara palin mudah bagi Mahamahu untuk masak kuah kacang, sekejap jer tak sampai berapa minit. Pertama pastikan anda blend kacang tanah yg telah di goreng dengan sedikit minyak. Pastikan goreng sampai masak kacang tu kerana kacang yg tidak masak akan mencacatkan kuah anda dan blend pastikan tidak terlalu hancur dan biar sedikit berketul2 kacangnya.



Lepas tu blend bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Lepas siap blend masukan kulit kayu manis dan bunga lawang kedalam kuali berisi minyak. Goreng sekejap sehingga naik bau dan masuk kan bahan yg telah di blend tadi tumis sehingga masak sedikit. Lepas tu masuk lah pes cili atau cili boh nak pedas masuk banyak. Tumis sehingga pecah minyak and lepas tu baru masuk kan kacang yg telah di bland tadi. Kemudian masukan air kosong yg agak banyak untuk bagi kuah tu masak dengan sedapnya.


Lepas tu tunggu sehingga kuah kacang yg di masak tadi mendidih dan seleps itu baru boleh masuk gula Melaka dan sedikit perasa seperti garam. Bila dah masuk semua masak sehingga pekat sedikit dan pecah minyak. Lepas tu baru siap untuk di hidangkan. Moga2 kawan2 dpt cuba kuah kacang ni kerana mudah cepat dan senang jer nak buat. Selamat mencuba.........