Mahamahu,

MAS Terus Di Kritik Kini Pula Dengan Chef Zam

Jumaat, Februari 28, 2014 Mahamahu 0 Comments

MAS Terus Di Kritik Kini Pula Dengan Chef Zam- Salam sejahtera semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lepas satu2 hal di buat, tak habis2. Bukan di kiritik biasa oleh org yg tak berpengalaman tapi oleh pakar dunia masakan. MAS masih tidak belajar daripada kesilapan lepas. Kali ini penerbangan national tersebut terus dikritik hebat oleh pakar makanan di negara kita. 


Sebelum ini MAS di kritik hebat oleh chef no 1 negara sapa lagi kalau bukan Chef Wan pasal 'Nasi Lemak Telanjang'. Kali ini pula MAS di kritik hebat pula oleh Chef Zam pasal masakan Asam Pedas yg di katakan tidak melambangkan makanan negara kita. Malah beliau cukup malu dengan penerbangan negara yg di katakan antara terbaik dunia.

Di antara ayat2 dalam caption Chef Zam di laman Instagram beliau berbunyi seperti berikut :


"It really embarassingly undermines the government’s effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers’ hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!  @Malaysia_airlines @Malaysiaairline" 

Tak tahulah apa yg cuba di tunjukan oleh penerbangan national ini kepada penlanggannya. Adakah ini antara cara penjimatan mereka akibat daripada kerugian 3 tahun berturut2 yg terpaksa di tanggung oleh penerbangan national ini. Atau pun ia sebahagian daripada kesan yg di terima oleh mereka akibat kerugian lebih daripada 3 juta.

Tapi MAS sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada teguran seorang yg memang expert dalam dunia masakan. Ini bukan niat untuk menjatuhkan mereka tetapi ia adalah antara perkara yg akan membuatkan negara luar pandang bahawa penerbangan Malaysia adalah antara terbaik dunia dengan makanan yg sedap dan sempurna. Mahamahu tak pandai nak kritik lebih tentang isu ini tapi kita kena belajar bahawa tak semua kita sempurna. Lakukan perubahan sekarang.....





Local Food,

Jalan-Jalan Cari Makan Steamboat Buffet di M2Cafe

Khamis, Februari 27, 2014 Mahamahu 0 Comments

Jalan-Jalan Cari Makan Steamboat Buffet di M2Cafe - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni kita jalan2 cari makan ker sebuah lagi restoran yg menyediakan menu makanan steamboat. Selain tu juga, ada beberapa menu special lain yg turut di sediakan bagi memberikan pilihan yg banyak kepada mereka yang dtg ke sini. Ini dia M2Cafe yg terletak di Jalan Genting Klang berhadapan betul2 dengan KL Festival City Setapak.



M2Cafe yg di usahakan oleh dua org bekas chef profesional iaitu Chef Azhar dan Chef Zamri memberi mereka lebih pengalaman dalam menguruskan sebuah restoran. Main course kat sini adalah pastinya Steamboat dengan pelbagai pilihan bahan untuk di masak di dalam dua jenis sup iaitu Tomyam dan sup biasa. Semua bahan2 kat M2Cafe ni cukup segar dan menepati citarasa org tempatan. Pelbagai bahan pilihan daripada makanan seafood sehinggalah kepada makanan mee dan sayuran di sediakan untuk memberi keseimbangan makanan kepada pelanggan mereka.



Harga yg ditawarkan serendah RM15 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa memboleh kan anda makan sehingga kenyang. Selain daripada Steamboat sebenarnya restoran ini juga menyediakan menu BBQ yg di cipta sendiri oleh chef di M2Cafe. Masakan BBQ kat sini terdiri daripada ayam dan kambing, manakala di buat bukan sahaja dalam bentuk BBQ tapi juga di jadikan satay yg sedap dengan source ciptaan sendiri daripada chef. 



Bagi mereka yg dtg untuk makan mlm secara berat, kat M2Cafe ni juga di sediakan menu tradisional tempatan iaitu Mee Kuah Udang dan Nasi Ayam. Menurut kata chef di sini Nasi Ayam adalah menu yg paling laris setiap hari dan mendapat tempahan istimewa daripada org yg dtg ke M2Cafe ini. Mee Kuah Udang juga tidak kurang hebatnya dengan rasa kuah udang yg begitu mengancam. So kalau dtg tak rasa kedua2 menu special ini rugi.


Infomasi M2Cafe
Waktu Operasi
Isini - Ahad dari pukul 7.00pg - 12tghmalam
Tempahan hubungi : 012-4115040 / 03-41618692


 
Menu tambahan lain juga ada di sediakan seperti kuih muih untuk pencuci mulut dan juga menuman special yg ada di sana. Di antara minuman special di M2Cafe adalah minuman Jus Kurma dan juga Jus Timun. Kedua-dua minuman ini special kerana ia sihat malah dapt mencuci perut selepas makan. Kalau nak desert kat M2Cafe ni tersedia bubur2 tradisional seperti Bubur Kacang Hijau dan juga Pengat Pisang. Di tambah lagi dengan minuman ABC yg boleh di sediakan sendiri oleh pelanggan yg dtg.
Specialkan restoran ni, Mahamahu dtg review mlm tu pun dapat layan hebat daripada pemilik M2Cafe ni. Memang mereka menjaga kualiti dan keenakan makan yg ada di M2Cafe. Masa kami dtg review tu ada sekali crew program makan no 1 di Malaysia iaitu JJCM bersama penyampainya Abang Naz. Sempat bergambar dan beramah mesra bersama crew dan Abang Naz. Juga turut menemani kami pada mlm itu adalah pelawak juara dari program Raja Lawak 5 iaitu Man Raja Lawak.


Kalau nak dtg restoran ni anda boleh lah cari KL Festival City dan betul2 bertentangan dengan pintu utama seberang jalan adalah Restoran M2Cafe ni. Susun atur dalaman juga cukup kemas dan luas memberi keselesaan kepada anda untuk makan sambil bersantai. Mahamahu suka dtg sini kerana tempat ini cukup besar ada dua tingkat dan juga tidak begitu padat dengan org. So kita boleh bebas untuk memilih makanan yg ada kat sini tanpa perlu berebut-rebut. Tapi kalau nak dtg buat tempahan dulu lebih senang kerana kalau walk ini ni jarang ada tempat kosong mesti penuh. 



Menurut pemilik M2Cafe ini juga mereka ada menyediakan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan katering kenduri kahwin atau majlis keraian. Selain itu juga untuk melengkapkan majlis kenduri anda, pihak M2Cafe juga menyediakan sewaan PA system dan juga khemas beserta meja bagi memudahkan tuan rumah menyediakan semua peralatan tersebut dalam satu sewaan sahaja. So semua dah Mahamahu ceritakan jadi apa lagi, jom menjamu selera di M2Cafe nak.....









0 Pandangan:

Mahamahu,

Teringin Nak Makan Spaghetti Jom Masak

Selasa, Februari 25, 2014 Mahamahu 0 Comments

Teringin Nak Makan Speghetti Jom Masak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni satu lagi resepi masakan yg Mahamahu nak kongsi dengan pembaca sekalian. Mudah cepat dan sedap itu adalah keutamaan kepada resepi Mahamahu. Kali ni nak buat makanan internasional pulak iaitu Spaghetti. Tapi ni Spaghetti bukan lah seperti yg di nikmati di restoran tapi ia Spaghetti bujang, mcm mana jom tgk. 


Mcm biasa dpatkan bahan2 mentah untuk memasak Spaghetti ni, paling penting mestilah ada Spaghetti tak kira apa jenama dan source tomato tak kisah juga jenama apa. Kalau nak buat source tomato ni take time so beli siap tak mahal pun. So bahan lain Mahamahu guna adalah bawang besar dan bawang putih untuk tumis, telur 4 biji, serbuk lada hitam dan rosemary dan juga bebola sotong untuk hiasan jer.


First mcm biasa rebuskan Spaghetti dalam air panas, pastikan dalam air dicampur sedikit minyak masak untuk memastikan ia tidak melekat antara satu sama lain. Biarkan Spaghetti tu lembut dalam periuk. Lepas tu kita pecahkan telur dalam mangkuk masukan potongan dadu bebola sotong, bawang di potong dadu juga dan sedikit garam, pukul sehingga telur sebati antara kuning dan putihnya. Masak dalam kuali berminyak masak sehingga menjadi telur hancur dan asingkan. 



Lepas tu kita tumislah bahan untuk buat kuah Spaghetti, pertama masukan bahan tumis tadi iaitu bawang yg di potong dadu tumis sehingga bau harum. Lepas tu masukan source tomato yg telah dibeli tadi dan masukkan sedikit air kosong agat tak terlalu pekat. Bila dan berbuih masak masukan lada hitam dan juga rosemary tadi bersama sedikit garam, lepas tu baru masukan telur hancur tadi kedalam sebatian tomato anda. Telur ni sebagai peganti daging hancur atau hotdog.



So masak sehingga sedap lepas tu boleh di hidangkan bersam Spaghetti yg telah direbus menjadi lembut tadi. Hidang dalam pinggan dengan Spaghetti tadi dan tuangkan kuah ke atasnya. Lepas tu potong bebola sotong yg di goreng hiaskan di keliling. Kalau nak lagi pedas seprti citara kita org Melayu taburkan sedikit cincangan cili padi agar lebih pedas.


Ni adalah Spaghetti Bujang ala Mahamahu khas untuk anda yg teringin nak makan Spaghetti bila2 masa sahaja nak buat tak pandai beli yg ada saja. So selamat mencuba and selamat memasak pada semua nantia ada resepi lagi Mahamahu masak untuk anda ok. Jumpa lagi.....







0 Pandangan:

Korean Cuisine,

Tengok Artis Korea Teringatlah Restoran Mr Dakgalbi di Bukit Bintang

Selasa, Februari 25, 2014 Mahamahu 0 Comments

Tengok Artis Korea Teringatlah Restoran Mr Dakgalbi di Bukit Bintang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dah juga kepada rakan2 sekalian. Ni kali Mahamahu nak bawa anda makan kat satu lagi tempat di mana Mahamahu di jemput untuk buat review makanan. Jauh di negara K-Pop hehehehe tak adalah sampai ker Korea, tapi kali ni Mahamahu makan kat area Bukit Bintang. Restoran Mr Dakgalbi No 61, Jalan Bukit Bintang berhampiran dengan pintu utama Low Yat Plaza. 


Tu lokasi sebenar restoran ni nanti Mahamahu bagi lagi guide line untuk anda nak pergi ker restoran ni. Kat sini 100% makanan Korea yg di bawah resepi dari negara Korea ke Malaysia. Menurut kata pemilik restoran ini Mr Dak semua bahan mentah di dapati di Malaysia cuma sos utama yg di guna pakai adalah sos asli di bawa daripada negara Korea


Mahamahu tak tahu pun org Korea ni sebenarnya makan mee goreng dan nasi goreng juga mcm kita. Tapi cara penyediaan makanan korean ini lebih sihat dan lebih bervariasi. Campuran rempah cili powder dalam masakan mereka cukup kuat dan byk kelebihan. Rupa2nya cili powder dari Korea ini byk kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar makan untuk kenyang tapi untuk mejaga kesihatan, kat sini ada 3 kelebihan cili powder mereka yg Mahamahu dapat tahu.

1) Berkesan dengan mencegah penuaan kulit.
2) Membantu kurang berat badan
3) Banyak vitamin A, B dan C yg dapat mengurakan tekanan melalui makanan pedas


Tu dia antara kebaikan makanan Korea ini, sebab tu kalau kita tgk org Korea ni semua putih2 and sihat2 jer. Itu yg cuba di bawa kepada rakyat Malaysia untuk memberi kebaikan makanan Korea ini untuk kita. Mahamahu pun dapat juga keistimewaan bila dpt buat review tapi lepas ni akan dtg lagi untuk makan sedap rupanya.


Memang sedap juga  makanan Korea yg di sediakan untuk Mahamahu dan juga rakan blogger lain yg dtg review hari tu. Menu utama kami di perkenalkan adalah Mr Dakgalbi bersama dengan Chicken Galbi. Tgk makanan yg di sediakan kat tengah2 tu adalah ayam yg di salut dengan rempah ratus dan cili powder khas daripada Korea.  Kat tepi2 ni semua adalah sayur2 yg segar2. Makanan ni di masak live depan mata anda yer dan di bantu oleh pekerja2 mereka.


Mahamahu tunjuk mcm mana cara masakan ini di sediakan dalam bentuk gambar ni. Jgn risau nanti kalau anda dtg sini anda akan di bantu untuk memasak makanan ni. Semua ini adalah untuk menjaga kesegaran makanan dan kesedapan apabila dimasak secara live.

Mr Dakgalbi With Chicken



Seronok sebenarnya dapat masak secara live kat kedai ni, semua yg dtg di sediakan dengan apron istimewa so jgn risau baju kotor atau terpercit masakan. Mahamahu dan kawan2 paling meriahlah kita org dapat masak dan makan panas2 ni. Special menu tadi di sediakan dengan mee Ramen rasa mcm mee goreng. Jgn risau kalau tgk warna yg merah sgt tu tak pedas langsung, tak akan rasa sampai berasap telinga jgn risau semua peringkat usia boleh makan. 


Lepas tu lak kalau ada lauk2 lebih kat dalam periuk tu bukan di buang yer, boleh pula di buat bahan campuran untuk masak nasi goreng pula. Sebab tu kuantiti yg di berikan banyak untuk dua jenis hidangan yg special kat restoran tu. Untuk masak nasi goreng tu pun pekerja kat situ akan bantu anda untuk masak. Mahamahu bagi cara2 mcm mana mereka masak melalui gambar kat bawah ni.






Specialnya nasi goreng ni bukan sahaja nasi yg di goreng dengan lauk2 dan sayur, tapi di masukan dengan cheese yg menjadikan lebih berlemak dan lebih enak. Kalau nak makan rasa mcm makan pizza lak sebab ada cheese. Boleh add on untuk lebih cheese tau kalau anda suka cheese. Ni pun sama kalau tgk warna mcm merah sgt tu jgn risau tak pedas langsung, kanak2 pun boleh makan. 

Jaengban Noodle


Best kan makanan kat sini special gila unik dan lain daripada lain. Kalau makan sambil layan suasana restoran yg tenang dan bersih membuatkan kita rasa seperti berada di Korea juga. Menurut kata pemilik ia di bina sama seperti cawangan yg di buka di Korea. Boleh tgk tandantangan peserta Runningman yg sempat dtg ke restoran tu. 


Restoran Mr Dakgalbi ini ada 3 cawangan telah di buka, paling awl di buka di Mont Kiara Solaris, kedua kat cawangan Bukit Bintang ni and ketiga di Setiawalk Puchong. Kalau nak cari area Bukit Bintang ni anda yg dtg ke Lowyat Plaza keluar pintu utama lowyat tu akan ada satu laluan terus dan sebelah kanan akan jumpa restoran ni. Signboard besar senang jer nak cam tgk warna merah and tema Korea tu lah dia. 


Apa pun Mahamahu layan sgt makan kat sini dan anda boleh makan bersama keluarga dan juga kawn2. Tak perlu pergi sampai Korea nak makan semua ni boleh dtg Bukit Bintang jer. Segala info dan maklumat detail tentang restoran ini boleh di dapati di laman web dan juga laman facebook mereka. 

Informasi restoran

Waktu operasi
Isnin-Khamis 11:30 am - 9:30 pm
Jumaat 11:30 am - 10:00 pm
Sabtu 12:00 pm - 10:00 pm
Ahad tutup
Tel : +603 2110 5090
Facebook : https://www.facebook.com/mrdakgalbikl
Laman Web : http://www.mr-dak.com








0 Pandangan:

Dapur,

Masak Lauk Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Cepat

Isnin, Februari 24, 2014 Mahamahu 0 Comments

Masak Lauk Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Cepat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan2 blogger sekalian. Mahamahu kalau hari cuti Sabtu Ahad kalau tak ada event akan ada aktiviti memasak. So minggu ni nak masak Ayam Masak Merah untuk makan tghari dan makan mlm sekaligus senang maklumlah duduk bujang.
pic from Says.com
Pertama mestilah sediakan bahan2 untuk memasak, so pergi pasar untuk beli ayam mentah. Lain2 bahan seperti bawang, lada kecil, halia, dan juga bawang putih semua ada kat rumah. Kulit kayu manis and bunga cengkih dan juga bunga lawang semua perlu nak pastikan rasa asli rempah ratus tempatan dalam masakan. Kalau tak masuk tak umphhh lah Ayam Masak Merah anda.


Bersihkan ayam and juga sediakan bahan mentah lain yg di tumbuk dengan lesung batu, baru rasa kampung sikit kan. Bila semua bahan mentah dah sedia apa lagi jom masak lah. Mahamahu ajar cara mudah jer ni and cara yg tiada proper bahan2 dengan kuantiti yg tetap sebab ikut suka hati nak jadi sedap. Cara mudah sgt2.. Pakai campak2 jer anda masak jer janji sedap hehehe..


First sekali kena goreng ayam tu dulu, goreng dengan kunyit sahaja tak perlu garam sehignga separuh masak. Lepas tu baru tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih bersama dengan bahan2 yg di tumbuk tadi. Tumis sehingga bau wangi and lepas tu masuk kan cili boh dan juga sos cili dan sos tomato serta sedikit kicap manis. Masuk sahaja and masak sehingga cili tadi masak dan pecah minyak. Lepas tu baru masuk ayam yg telah di goreng tadi dan masak sehingga sekata dan masukan garam dan perasa.


Dah agak2 nak pekat and masak baru masuk sedikit bawang besar yg di potong bulat untuk bagi lebih manis rasa Ayam Masak Merah tu. Mahamahu suka buat cara cepat dan cara mudah dah siap tu boleh angkat. Sesuai di makan bersama dengan nasi putih dan juga ikan masin baru mengancam best gila. Sekali sekala makan yg sederhana ni fell lebih juga yer.. So jgn lupa cuba ok selamat memasak....







0 Pandangan:

Mahamahu,

Kisah Blogger Jadi Pengajaran

Ahad, Februari 23, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kisah Blogger Jadi Pengajaran - Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian. Kali ni Mahamahu nak buat satu post khas untuk saling kita ingat menginati antara blogger. Mungkin kadang2 kita ni terlalu leka dalam mengejar segala event sampai kita tak ambil berat beberapa perkara yg kecil.

Mahamahu nak cite satu pengalaman yg baru di hadapi semalam oleh Mahamahu dan seorang rakan blogger lain. Citenya semalam Mahamahu dapat satu jemputan event daripada seorang PR ni seminggu yg lepas. Seperti biasa semua maklumat di sampaikan terus melalui Facebook kerana saling mempercayai. Menurut informasi yg ada dalam inbox fb tu event tu belangsung 22 Feb 2014 di Goldcoast Sepang. First tu dah memang tanya dia tempat tu agak jauh tapi sebab dah pernah ada event dgn PR ni maka kita org pun tak ambil pusing tentang lokasi sebenar acara tu.

Mahamahu dan kawn ni sungguh excited sebab event ini agak bernama juga. So nak jadikan cite bila tiba hari dan masa yg di janjikan kami pun sampai di lokasi yg sepatutnya. Bila sampai sana jumpa dengan manager Avani Goldcoast Resot Sepang, terima kasih kepada beliau kerana kerjasama yg cukup bagus dan layanan yg cukup mesra. Tanya pada manager tu kat mana tempat yg di buat event yg dinyatakan, terkejut bila dpt jawapan daripada beliau bahawa kat resort beliau di tak ada org buat event seperti tu pada hari itu.

Maka Mahamahu dan kawn ni pun agak gelabah gak sebab tgk pada alamat di beri dah betul kat sini, tapi bila sampai tak ada event tu. Makan terus hubungi PR ni untuk mendapat kepastian tentang lokasi sebenar event tu. Siap manager tu tolong call kan PR tu nak nyatakan tentang event yg kami maksudkan tu tak ada kat resort dia. Bila dah call tu tunggu lah respond daripada PR tu and PR tu sms no tel pengurus acara yg kami kena hadir tu.

Kami pun terus call pengurus acara tu dan pihak sana kata dah tunggu kami lebih 20 minit dan kami masih tak sampai. Kami nyatakan bahawa kami ada kat lokasi yg di berikan iaitu Goldcoast Sepang, pastu pengurus event tu pun cakap bukan kat lokasi tu, tapi ia adalah di tengah2 Kuala Lumpur iaitu area Bukit Bintang. Punyalah terkejutnya kami yg dah sampai Sepang ni bila tahu perkara sebenar.

Nak buat mcm mana kami dah sampai ke lokasi yg salah dan event tu pula di buat di tempat lain. Maka terpaksalah cakap kepada pengurus event tu bahawa kami tak sempat nak berpatah balik ker sana kerana jarak antara Sepang nak ke Bukit Bintang tu makan masa sejam lebih juga. So pengurus acara tu pun ckp tak perlu dtg sebab nanti sampai acara dah habis. Harap pengurus acara tu fahamlah dan juga pihak PR tu dapat terangkan tentang kesilapan ini bukan dari kami blogger tapi dari penyampai2 lain.

Bukan nak salah sapa2 atau tuding jari, bila kami call PR tu and dia kata dia pun dapat info tu dari org tgh juga. Maka mungkin info yg dari org tengah tu yg tak berapa tepat pada dia dan sampai pada kami memang salah sama sekali. Maka hari semalam seharianlah kami berjalan daripada KL pergi Sepang dan balik dengan tiada apa2 dan hati agak kecewa juga. 

So moral of the story kat sini yg Mahamahu nampak first sekali sebagai blogger pastikan sejam dua sebelum acara bermula hubungi pihak yg menguruskan acara atau PR yg mengajak kita pergi ke acara tersebut. Hubungi untuk mendapat kepastian tentang lokasi sebenar dan masa sebenar agar tidak jadi kes mcm Mahamahu ni. Kedua kita manusia akan sentiasa buat silap dan bila silap kita minta maaf dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik. Mcm kes Mahamahu semalam pihak PR tu setuju untuk bayar semua modal yg dah kami keluarkan untuk sampai ke lokasi yg salah tu. 

Moga lepas ni kita blogger ni kena lebih peka pada pekara yg kecil kerana kesannya cukup besar. Nasib baik event semalam masih dalam Selangor kalau dah kuar tak tahu lah nak buat mcm mana terpaksa bermalam lah hehehe. Apa pun ini sekadar perkongsian pengalaman dengan rakan2 blogger agar ter terjadi lagi pada org lain. Mahamahu sendiri pun belajar tentang perkara ini dan akan sentiasa lebih berhati-hati di masa akan dtg...







Local Food,

Makan di Kopi Club Sungei Wang Plaza

Sabtu, Februari 22, 2014 Mahamahu 0 Comments

Makan di Kopi Club Sungei Wang Plaza - Salam sejahtera pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 blogger sekalian. Mahamahu hari minggu kalau jalan2 kat area Bukit Bintang mesti jalan2 kat dalam Sungei Wang Plaza. Tak tahu kenapa kat situ best sangat kalau nak window shopping atau nak chill2 dengan keriuhan pengunjung dalam plaza tu rasa nak cepat jer shopping hehehe. 


Tapi Mahamahu bukan nak cite pasal Sungei Wang Plaza tu nak cite pasal sebuah kedai makan yg sempat Mahamahu singgah untuk makan tghari. Tempat ni baru kat lavel Ground Floor hujung sekali di tepi2 lorong tu ada sebuah restoran. Kopi Club nama restoran tu kemas dan simple jer. Baru buka rasa sebelum ni tak pernah nampak pun.


 

Kopi Club ni kalau tgk menu mcm sebuah cafe kerana main menu adalah kopi untuk chill2 dna rehat2. Tapi kalau singgah tghari nak makan tghari pun boleh kat Kopi Club ni. Mahamahu dah order dua menu untuk makan tghari iaitu Nasi Ayam Goreng Panas dan juga Nasi Goreng Belacan. Menu utama kat Kopi Club ni, selain tu ada, Nasi Goreng Ayam Berempah, Mee Siam Goreng, Nasi Goreng Halia / Udang, Nasi Lemak Special dan juga Nasi Indo Siam.   

Nasi Goreng Belachan Ayam Goreng dan Sambal Bilis

Nasi Ayam Goreng Panas

Kopi Soya Cino Ping dan Cincau Bandung

Untuk minum pula Mahamahu telah pilih Kopi Soya Cino Ping dan Cincau Bandung best juga minum sejuk2 tghari ni. Kat sini byk pilihan kopi special untuk anda nak minum petang atau tghari. So tgk menu minuman ni rasa tak puas nak minum kopi. Semua kopi asli dan juga teh asli sejuk atau panas. So kalau rasa ada kat area Sungei Wang Plaza nak makan2 atau minum kopi singgah ker Kopi Club.