Berita,

Lelaki Lebih Ramai Menggunakan Telefone Bimbit

Sabtu, September 07, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan2 blog Mah@mahu. Tahukah anda dalam satu kajian yg di lakukan oleh IPSOS MediaCT menyatakan kaum lelaki lebih ramai menggunakan telefon bimbit berbanding dengan wanita. Ini bukan perbandingan tapi ini kajian penggunaan teknologi dimana sehingga akhir tahun 2012, 56.5% pengguna telefon bimbit di Malaysia adalah lelaki. Manakala 43.4% adalah pengguna wanita.

Ini di kuatkan lagi dengan perkembangan kepada statistik penggunaan telefon di kalangan rakyat Malaysia yang semakin meningkat. 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar dan 57% pengguna menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat. Ini jauh lebih hebat daripada negara2 maju yg lain seperti Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Wahh hebatkan rakyat Malaysia tak dinafikan kerana pengguna Facebook tertinggi pun daripada rakyat Malaysia.


Kajian mereka juga menyatakan bahawa 3 daripada 5 rakyat Malaysia yang menggunakan telefon bimbit tidak akan meninggalkan rumah mereka tanpa telefon bimbit bersama. Ini menunjukkan bahawa pentingnya telefon bimbit untuk masa sekarang. Bukan sekadar untuk mudah di hubungi atau untuk bersms sahaja, tetapi sudah menjadi trend bahawa telefon bimbit adalah peranti media social terbesar sekali di Malaysia. 

Ini terbukti bahawa memang org Malaysia akan menggunakan telefon bimbit untuk mencari perkara2 ini dalam telefon pintar termasuk produk (69%), pelancongan (57%), restoran (53%) dan tawaran kerja (49%). Begitu bergunanya telefon pintar kepada rakyat Malaysia sehinggakan kajian mereka menyatakan bahawa lebih 41% pengguna telefon pintar sanggup untuk tidak menonton tv kerana untuk menggunakan telefon pintar. Manakala 43% pemilik telefon pintar di Malaysia kerap menggunakan peranti mereka semasa menonton TV.

Ini menunjukkan secanggih mana peralatan lain depan mata telefon pintar adalah perkara paling dekat di hati pengguna di Malaysia. Ini peluang kepada peniaga dan juga usahawan Malaysia untuk mengembangkan sayap perniagaan secara mudah alih dalam telefon pintar. Memang pengguna di Malaysia paling gila terhadap teknologi canggih sebegini sehingga sanggup belabur beribu-ribu untuk dapatkan peranti kegemaran mereka. Di sini ada beberapa fakta menarik yg di keluarkan dalam kajian pihak berwajib ini untuk rujukan semua.

Fakta Suku Tahun Pertama 2013 penggunaan telefon bimbit di kalangan rakyat Malaysia

1. Pengguna telefon bimbit: 143.4%
2. Pengguna jalur lebar: 66.6%
3. Pengguna pasca bayar: 7,471,000
4. Pengguna prabayar: 34,974,000
5. Langganan 3G (pasca bayar): 3,963,000
6. Langganan 3G (pra bayar): 11,378,000
7. Pengguna telefon di bandar (akhir 2012): 68.8%
8. Pengguna telefon luar bandar (akhir 2012): 31.2%
9. Pengguna telefon bimbit (lelaki) sehingga 2012: 56.5%
10. Peratusan pengguna telefon bimbit (perempuan) sehingga akhir 2012: 43.5%
11. Jumlah SMS dihantar: 20,826.6 juta




*Sumber daripada akhbar online Harian Metro 4/9/2013