Islam,

Orang Islam Turut Menghina Agama Islam

Khamis, Julai 25, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam Ramadhan kepada semua pembaca dan juga kepada pengikut blog Mah@mahu. Moga terus mendapat keredhaan dan keberkatan olehnya di bulan yang mulia ini. Kita bulan puasa ini di duga oleh berbagai dugaan bukan sahaja menahan lapar dahaga tetapi dugaan daripada penghinaan kepada agama kita sendiri. Adakah kita boleh diam terhadap perkara ini. knp kita kena tunduk kepada tuntutan luar yg seolah-olah menguji kekuatan iman dan agam Islam itu sendiri. Semuanya terletak dalam diri kita.

Bila sebut tentang pekara penhinaan ini Mah@mahu lihat dalam bulan puasa ni memang cukup byk sgt cabaran dan dugaan yg kita terima terutama umat Islam di Malaysia. Selepas satu-satu isu yg cuba diprovokasi oleh pihak2 tertentu dalam mendapat kepentingan tertentu. Di mana silapnya dan apa puncanya perkara ini berlaku. Di sini Mah@mahu konklusikan beberapa isu yang jelas2 menghina agama Islam bukan sahaja daripada org bukan Islam malah orang Islam sendiri.

Isu pertama bermula dengan penghinaan pasangan paling bodoh di dunia Alvin dan Vivian yg memang sahaja cari pasal. Tak perlu Mah@mahu tegangkan isu ini kerana ia telah pun jadi kes mahkamah dan biar hukuman yg menentukan nasib mereka. Mah@mahu harap mereka terima hukuman setimpal dan menjadi pengajaran kepada semua org bukan Islam. Bukan apa kalau nak cari populariti pun jgn lah sampai menghina agama org lain kalau org hina keluarga kamu marah tak, fikir sendiri lah ok.

Lepas isu itu agak suam-suam muncul pulak kes tentang seorang budak cina penjaga sebuah cyber cafe yg di culik kerana telah menghina Islam. Mah@mahu tak berapa tahu isu ini tapi ada terbaca dalam website2 lain dan tertgk kat youtube. Terkejut juga tiba2 timbul perkara ini keran tak akan org bertindak sesuka hati kalau bukan kerana menyentuh sensetiviti. Mungkin kalau di laporkan polis kes ini agak terpencil dan bukan penghinaan secara terbukan seperti kes kat atas. Ini mungkin kes kutuk-mengutuk depan2 so bila dan naik angin mengamuk lah. Sapa tak marah kalau agam sendiri di hina dan di perlekehkan betul tak. Kalau keluarga anda sendiri kena hina depan mata pun anda akan naik angin dan marah. Apa pun kes ini telah masuk kes polis dan biar pihak berkuasa bertindak.

Tup tup pulak tiba2 org Islam sendiri telah menghina Islam dalam diam2, itu lagi teruk. Terkejut juga Mah@mahu bila baca 4 org gadis Islam telah pergi ujibakal Miss World Malaysia 2013, dah pulak tu siap tersenarai sebagai peserta akhir. Masyallah apa ke bengapnya dia org ni dah jelas Majlis Fatwa Malaysia mengharamkan org Islam menyertai pertandingan Miss World atau mana2 miss lah. Perkara ini telah di jelaskan dan di wartakan so knp masih degil dan masih nak tunjuk bodoh. Pulak tu siap buat statment kecewa kerana penganjur telah membatalkan penyertaan mereka secara automatik akibat kenyataan Majlis Fatwa Malaysia. Sepatutnya pihak penganjura dah tahu tentang isu ini sejak dari 1996 lagi, apabila pengharaman itu telah di wartakan. Ini nampak seolah-olah pihak penganjur saja2 nak menghina org Islam dengan mengujibakat peserta2 Islam. Allah apa nak jadi dengan org kita, bukan nak salahkan org bukan Islam tapi org Islam sendiri jahil bab2 isu agama ni.

Isu demi isu mereka ini cuba untuk menimbulkan provokasi dalam senseviti agama ini. Tapi ia mula ketara dalam tahun ini dan dalam bulan Ramadhan yg mulia pulak tu. Aduh inilah dugaan dan ujian Yang Maha Esa kepada kita umat Islam untuk mempertahankan agama Islam itu sendiri. Tapi lagi teruk lah bila org Islam sendiri pulak menyokong penghinaan yg cuba pihak tertentu lakukan ini. Apa pun Mah@mahu sekadar berkongsi dan memberi pengajaran kepada semua pembaca. Fikir dan ambil iktibar mana yg tak elok kita buang mana yg baik kita ambil. Selamat berpuasa..