Aktiviti,

Saat-saat Indah di Astro On The Go Explorer Sunway Piramid 2013

Sabtu, Mei 25, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera pada semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu moga sentiasa di berkati dan di rahmati selalu. Hari tu Mah@mahu dah cite sikit pasal event yg Mah@mahu join kat Sunway Piramid. Event Astro On The Go Explorer memang cukup meriah dana cukup tidak dpt Mah@mahu lupakan. Knp tak dpt lupa memang lah pertama pastinya dapat hadiah daripada Astro, kedua dapat jumpa barisan artis2 yg popular sapa lagi kalau bukan Aaron Aziz dan juga Johan Raja Lawak. Memang best tu tapi ada lagi best nak tahu jom habiskan bacaan anda mesti syok nya.


Hari tu Mah@mahu dan 44 org blogger lain bertuah kerana dapat sertai explorer bersama dengan Astro. Lagi bertuah pula dalam pencarian explorer tu kami kena pergi 10 checkpoint untuk mendapatkan klu dan juga melaksanakan tugas. Seronoknya pada checkpoint tu kami dapat jumpa berbagai watak yg ada dalam program2 Astro On The Go. Paling best dapat jumpa watak Gladiator kat both tu siap sempat lawan pedang lagi ngan Gladiator tu. Kami pula kena wajib ambil gambar untuk di post dalam status sebagai bukti bahawa kami telah selesai chekpoint tersebut. Bawah ni video bagaimana kami cuba menyelesaikan checkpoint sampai terduduk kepenatan tgk lah sendiri.





Sebenarnya watak Gladiator ni adalah tema kepada program yg telah berlangsung di Astro. Kalau sebut semua org tahukan program apa... haaaa mesti lah Maharaja Lawak Mega, bukan Mah@mahu yer walaupun bunyi dekat sama. Sebenarnya program ini adalah antara program yg mendapat rangking tertinggi dalam tayangan program realiti di Astro. Pecaya tidak Maharaja Lawak Mega ini sebenarnya telah menjadi fenomena pada masa itu sehingga menjadi tontonan di youtube paling tinggi sekali. Tu lagi dahsyat mana tak bila tgk otai2 dan pelawak negara beraksi dalam program hebat dan penuh lawk jenaka tu. Tak kering gusi bila tonton program tu, dan ia menjadi program wajib tonton oleh Mah@mahu bila tiba masa.


Tu pasal Gladiator tu lah sebab tu kami kena ke sana dan sempat beraksi untuk bagi posse paling cantik kat situ. Hehehe sebenar ada byk lagi watak2 yg kami kena jumpa seperti watak pemain badminton no 1 dunia Dato Lin Chow Wei ada, watak pelakon drama Korean pun ada, watak anemei untuk rancangan kartun pun ada. Bak kata org lah semua program2 hebat dan menarik dalam Astro On The Go semua ada. Tu buatkan program Astro On The Go Explorer tu lain dari lain dan menyeronokan.


Sebab ada program mcm ni lah maka lebih mendekatkan Mah@mahu dan juga program2 yg ada dalam Astro On The Go dan ia juga menjadikan kami lebih cekap dan mahir dalam menggunakan perisian Astro On The Go dalam gadjet kami. Kawn2 tahu sebenarnya Astro On The Go ini adalah satu perisian yg di reka khas untuk pengguna gadjet tegar ini dalam melayari program Astro tanpa henti di mana2 sahaja anda berada. Ye lah sebab kitakan selalu bawa telephone pintar kita atau iPad atau Tablet pergi mana2 jer kan. So secara langsung ia memudahkan kita untuk tidak terlepas dalam menyaksikan program tv dalam Asto di dalam gadjet yg kita ada. Ni antara gadjer yg Mah@mahu ada boleh di gunakan untuk di install applikasi ni dan boleh di bawa kemana2 sahaja.

 


Semua peranti terkini boleh support perisian Astro On The Go ini daripada pengguna App Store kepada pengguna Android sendiri. Mudah jer caranya sekiranya anda pengguna Astro di rumah perlu daftarkan sahaja diri anda di Astro.com.my dan dapatkan kata laluan untuk anda memulakan perisian Astro On The Go dalam peranti pintar anda. Langkah2 dah Mah@mahu tunjukkan pada anda seperti di bawah. Lepas ni lebih keraplah Mah@mahu menonton program drama mahupun program realiti Astro tanpa tertinggal satu pun. Maklumlah sekarang semua nak live and terus dalam telephone kan, maka dengan itu Astro On The Go dapat mendekatkan kita dengan dunia hiburan.




Lepas ni hari2 lah Mah@mahu akan tonton program dalam Astro dengan Astro On The Go, kat rumah, kat cafe, kat shopping komplek malah kat pejabat pun tapi time rehatlah nanti boss marah hehehehe... Lepas ni kalau shopping tunggu mak atau awek shopping tak ada lah bosan sagt sebab boleh layan Astro On The Go dalam handphone atau Tablet. Kalau time nak tunggu lrt ker atau bas pun boleh tonton tv dalam phone guna Astro On The Go. Bak kata org lah tidur, makan atau bermain semua Astro On The Go lepas ni hehehehe... Maka hidup tak bosan dan tidak lagi stress seperti dulu dengan adanya Astro On The Go di hujung jari kita. Mudahnya hidup dengan Astro On The Go..







0 Pandangan: