Aktiviti,

Setia Hujung Nyawa Kasih 'MAMA'

Jumaat, Januari 18, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera pada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Walaupun tarikh untuk sambutan hari ibu lambat lagi tapi kita tidak boleh lupa pengorbanan dan kasih syg mereka. Tiap2 masa kena di ingati dan di hargai supaya kita tidak terus tersesat dari asal usul kita. Kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan bukan di tapak kaki kekasih kita. Jadi tiada hak utk kita menjauhkan kasih ibu walaupun sejengkal.

Tiba2 jer cerita pasal Ibu ni kan buat hati jadi sayu lak bukan apa baru2 ni pergi tgk movie screening untuk sebuah filem berkisar tentang kasih ibu. Thanks to Nuffnang kerana bagi tiket percuma itu. Cerita yg berjournal seram ini memang membuat kan kita yg tonton berdebar debar. Tajuk "MAMA" sahaja buat kita tertanya2 apakah jalan cerita ini. Mah@mahu akan ceritakan sedikit apa sebenarnya filem MAMA ni, yg lain kena tonton sendiri lah ok.


Cerita yg mengisahkan kehidupan dua kanak-kanak perempuan yg terbiar selepas kematian ibu bapa mareka di dalam sebuah rumah usang di tengah hutan. Kanak-kanak itu terbiar dengan hanya di temani oleh satu roh seorang wanita yg juga dalam masa sama mati akibat lari daripada melarikan seorang kanak-kanak. Namun kerana sayang pada anaknya itu makan roh si ibu ini terus menjaga kanak-kanak yg terbiar itu dengan caranya sendiri. Namun kehidupan mereka mula berubah apabila sedara kepada kanak-kanak itu telah mencari dan menjumpai mereka yg terbiar di dalam hutan itu. Membawa mereka kedunia yg nyata dalam kehidupan pasangan suami isteri ini telah membuat roh ibu ini cemburu kerana dia terpaksa berkongsi kasih syg anaknya dengan pasangan suami isteri ini. Maka untuk memastikan bahawa mereka terus bersama roh ibu ini telah mengikut mereka sehingga ke kediaman baru kanak-kanak ini. Berbagai perkara berlaku tidak di duga dalam proses memulihkan kanak-kanak tersebut. Namun mereka tidak terpaksa lawan roh si ibu ini untuk mendapatkan hak mereka. Dan bagaimana rasa kasih sayang sorang ibu itu jelas dalam cite ini. Apa yg terjadi seterusnya saksikan sendiri di panggung berhampiran mulai 17 Januari 2013.


Cite ni memang seram untuk tayangan 18 tahun ke atas sahaja. Kalau ibu bapa nak bawa anak-anak boleh tapi kena ada bimbingan kerana byk aksi dalam cite ini seperti belaku di rumah sendiri. Bila masuk bab ending cite mcm agak terlampau dan mcm tak kena sgt lah terlalu lebih2 lak hehehe. Nak tahu kena tgk sendiri ok untuk movie ni Mah@mahu bagi 4 bintang....


Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu