Perubatan

Jarum Tujuh Bilah - [Perubatan]

Rabu, Mei 12, 2010 Mahamahu 2 Comments


   
Mulai dari minggu ni kita akan berkenalan dengan jenis2 tumbuhan tradisional yang boleh digunakan sebagai perubatan altenatif yang mudah, murah and senang di amalkan. Ini kerana ubat2an moden mahal dah kadang2 ader kesan sampingan, so oleh itu, dalam entry perubatan ini akan mempekenalkan jenis2 tunbuhan tradisional yang mengandungi khasiat serta cara2 untuk mengamalkannya ok.

So untuk entry kali ini kita mempekenalkan sejenis tumbuhan yang di beri nama Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifik Pereskia Sacharosa mcm doktor lak pulak huhuhuh... sedikit keterangan mengenai tumbuhan ini.


Pengenalan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin salah satu kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh membiak dengan hampir semua iklim. Ia boleh membiak melalui biji benih dan juga pokok ini boleh ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis Pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana dari situlah ia mendapat namanya. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Penggunaan & Rawatan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya:
1. Masukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.
3. Mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Ia juga dikatakan dapat mengubati darah tinggi dan kencing manis.





*Sumber dari www.melur.com
   

2 ulasan: