Bariatrik,

Sumbangan Dalam Dunia Kesihatan Dr Mustafa Mohammed Taher Dianugerahkan Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik 2021

8:00 PG Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Selamat tahun baru Maha nak ucapkan kepada semua pembaca sekalian. Moga tahun baru ini kita lebih semangat baru dan juga ada azam baru. Bila sebut pasal azam adakah azam tahun lepas dah habis terlaksana semuanya. Tak apa yang dah lepas kita biar berlalu jadi pengajaran dan yang akan datang kita kena rancang baru dengan matlamat dan cara yang baru.



Pembukaan tahun baru ini dengan satu berita gembira buat semua yang ada azam untuk kurus atau turun berat badan. Kalau sebelum ini kita sudah berusaha dengan bersenam dan diet tapi masih juga tidak mahu turun berat. Ditambah pula dengan pakej ada sekali penyakit berangkai seperti kencing manis, darah tinggi atau juga kolestrol tinggi. Memang kena ambil berat dan maklum pasal perkaran ini. Kita kena terus berusaha bagaimana caranya untuk mengatasi penyakit ni daripada terus menjadi lebih serius.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% daripada populasi dewasa kini dilaporkan mengalami masalah berat badan berlebihan (30.4%) atau obesiti (19.7%). Statistik juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara no 1 paling ramai orang gemuk di Asia dengan nisbah satu dalam setiap dua rakyat dewasa negara ini adalah gemuk. Perkara ini sangat membimbangkan kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit berbahaya yang Maha kongsikan tadi. 

Dr Mustafa Mohammed Taher bersama anugerah yang diterimanya


Alhamdulillah permulaan tahun baru ini Maha ditemukan dengan seorang yang juga bukan orang biasa-biasa. Beliau adalah salah seorang pakar bedah GI dan Bariatrik dengan pengalaman bertahun-tahun serta telah membuat lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu. Juga baru-baru ini beliau dianugerahkan pula sebagai Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global di Kuala Lumpur.

Kalau Maha sebut nama beliau mungkin ada yang dah kenal dan juga ada yang baru mengetahui tentang Dr Mustafa Mohammed Taher. Beliau merupakah salah seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta di Bangsar. Maha bukan saja-saja nak pergi jumpa doktor ini tau ia bagaikan ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Dalam satu majlis Hi-tea bersama doktor bagi meraikan kejayaan beliau di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Jadi di situlah Maha ambil kesempatan untuk bertanya kepada doktor dan juga beberapa pesakit yang telah beliau rawat sehingga pulih dan sihat sekarang ini.



Bariatic bukan pembedahan kosmetik untuk cantik atau untuk nampak lebih elok. Tapi ia adalah bertujuan untuk mengatasi masalah penyakit yang disebabkan oleh berat badan berlebihan. Macam Maha sendiri mempunyai masalah seperti bedengkur ketika tidur dan juga ada masalah cepat penat dan juga selalu tertidur ketika buat kerja. Sehinggakan Maha sendiri pernah mengalami Micro Sleep iaitu terlelap seketika ketika memandu yang sangat membahayakan nyawa dan hampir-hampir nak kemalangan. Juga masalah paling ketara adalah susah untuk menunaikai ibadah solat dengan sempurna kerana tak boleh duduk antara dua sujud dan Tahiyat Akhir sehingga mengganggu solat. 



Jadi kesempatan bersama Dr Mustafa ini membukan lembaran baru kepada masa depan yang lebih sihat dan selamat untuk orang bersaiz comel macam Maha ni. Menurut kata doktor lagi pembedahan ini boleh dilakukan oleh semua orang yang nak merawat masalah kesihatan mereka. Seperti mana seorang pesakit doktor iaitu Chef Bob. Pada mula chef ini adalah masalah berat badan yang mencecah 200kg sehinggakan kaki beliau sakit tidak boleh berdiri dan menggunakan kerusi roda selama 3 tahun. 

Perubahan Chef Bob sebelum dan selepas pembedahan


Alhamdulillah setelah menjalani pembedahan ini kini berat Chef Bob mencapai berat 70kg dalam masa setahun. Serta paling bermakna sekarang ini chef mampu untuk berjalan normal seperti orang biasa dan juga dapat mengatasi masalah fobia menaiki tangga yang dialami sepanjang mengalami masalah berat badan ini. Juga seorang lagi testimoni berjaya daripada proses pembedahan Bariatik ini adalah Lufya Omar seorang penyanyi dan pelakon. Walaupun berat badan beliau tidak terlalu berat hanya sekitar 85kg sebelum buat pembedahan tapi beliau mengalami masalah asma yang teruk akibat daripada peningkatan berat badan ini.

Lufya Omar turut sama kongsi pengalaman membuat pembedahan Bariatrik


Namun setelah dua bulan menjalani pembedahan ini beliau kini telah mencapai berat yang idea untuk dirinya dan juga masalah penyakit asma yang dialaminya juga turun hilang sekali. Ini kerana menurut kata Dr Mustafa, 80% hingga 95% kejayaan hasil daripada pembedahan ini boleh dicapai dan membantu pesakit yang ada penyakit teruk. Mereka juga mempunyai kumpulan sokongan yang sangat baik dan bagus bagi memberi kekuatan, sokongan moral dan tunjuk ajar kepada pesakit selepas menjalani pembedahan untuk melalui kehidupan yang lebih berbeza.



Kalau ikutkan kata doktor anyak lagi penyakit yang berpunca daripada masalah berat badan berlebihan seperti kemadulan dan pengguguran berulang yang disebabkan oleh Poly Cystic Ovarian Syndrom (PCOS). Selain itu penyakit seperti serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang, anti sosialisme, refluks asid perut dan banyak lagi. Semua ini Insha Allah dengan usaha buat pembedahan dan izin Allah yang Maha Pencipta boleh diatasi dengan pembedahan Bariatrik.

Seronok juga Maha dapat dengar dan juga ketahui tentang proses dan juga bagaimana pembedahan ini mengatasi masalah penyakit ramai orang tidak tahu boleh dirawat melalui pembedahan Bariatrik. Menurut kata mereka yang telah menjalani pembedahan ini ia proses pembedahan hanya mengambil masa yang tidak lama dan sehari-sahaja dah boleh keluar daripada hospital. Kalau daripada segi kos pembedahan yang dimaklumkan kepada Maha hanya sekitar RM29,000 sahaja.



Pembedahan Bariatrik memberi peluang kedua kepada mereka yang putus asa dengan saiz badan dan masalah penyakit yang tidak boleh dihilangkan dengan cara bersenam atau berdiet. Ia adalah penyelesaiaan penurunan berat badan yang kekal dan telah membantu ramai orang. Misi Dr Mustafa adalah untuk memerangi obesiti dengan meningkatkan kesedaran kesihatan dah pemikiran masyarakat bahawa obesiti adalah penyakit berbahaya tetapi ia boleh dirawat. Adakah Maha juga akan turut sama untuk menurunkan berat badan dengan pembedahan Bariatrik ini nantikan tungguuuuu ok. 

Kalau korang rasa nak tahu lebih lanjut selepas membaca coretan Maha tentang pembedahan Bariatrik boleh hubungi terus:-

Tel/Whatsapp : 016-2330678 (Pn Rafeah)








3 ulasan:

  1. Perkongsian yang sangat menarik Maha . Teruja Sal baca ... atleast melalui bariatrik ni dapatla kengkawan yang mempunyai masalah kesihatan sebelum ni akan lebih ceria . Suka tau kawan-kawan bebas dari masalah kesihatan. Insya Allah selagi ada jalan...kita usaha tak salah . Psst Maha.. ada typo ejaan pada tajuk tu ..Subangan

    BalasPadam
  2. Wah banyak sumbangan doktor ni. Teruja kita tgk hasinya. Memang terbaik sangat

    BalasPadam
  3. Tak berani nak bariatrik ni Maha. Cukup la keluarkan Dania melalui perut 18 tahun lalu. Ngeri. Tapi untuk mereka yang memang ada masalah berat badan mungkin ini solusi terbaik.

    BalasPadam