Cloud 9,

JACK 'n JILL Jom Pilih Fun & Menang Hadiah Bernilai RM80,000 Untuk Dimenangi

12:08 PTG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Kali ini jenama yang cukup popular dan digemari ramai JACK 'n JILL menjemput korang untuk sertai JOM PILIH FUN & MENANG. Satu peraduan akhir tahun untuk meraikan kesetia semua peminat dan pecinta produk JACK 'n JILL.



Kita semua suka hadiah, bukan?  Tetapi...apabila kita perlu memilih satu daripada yang lain, ia membuat kita sering keliru kerana semuanya best.  Itulah perkara terakhir yang kita perlukan selepas tahun pandemik yang begitu menekan.  Jadi, bagaimana jika korang tidak perlu memilih hadiah yang mana, tetapi 'pilih pengalaman hadiah yang menarik itu.



JACK 'n JILL adalah pengeluar pelbagai produk makanan yang lazat dan menyeronokkan seperti snek, biskut dan coklat. Ia memeberi kegembiraan kepada kita dengan pelbagai pilihan snek yang berperisa dan memberikan anda kita semau pengalaman penuh FUN, FUN dan lebih FUN! Ada lapan produk yang korang suka iaitu JACK 'n JILL Cream-0, Cloud 9, NIPS, JACK 'n JILL Kerepek Kentang, JACK 'n JILL Calbee, Roller Coaster, JIGS dan Corn Curls.  



Masa untuk FUN yang boleh memberi ganjaran dengan hadiah bernilai RM80,000 untuk dimenangi! Peraduan "JACK 'n JILL JOM PILIH FUN & MENANG" mempunyai banyak hadiah menarik. Tahu korang suka sertai peraduan dan juga nak menang hadiahkan. Jadi cara untuk sertainya sangat mudah seperti berikut.

Langkah 1
Hanya perlu membeli RM12 dan ke atas mana-mana produk JACK 'n JILL dalam satu resit.

Langkah 2
WhatsApp gambar resit dengan butiran peribadi seperti Nama dan No MYKad 

Langkah 3
Hantar jawapan soalan mudah melalui whatsapp : JACK 'n JILL Logo berwarna Merah dan Putih? (Betul/Salah)

Hadiah-hadiah hebat untuk dimenangi :

Hadiah Utama x 3
Wang tunai RM10,000

Hadiah pertama x 5
Wang tunai RM3,000

Hadiah ke-2 x 110
Alat Elektronik bernilai keseluruhan RM36,000

Hadiah Mingguan x 800
Penebusan Touch ‘n Go eWallet bernilai RM1,600

Senang bukan mesti korang boleh menang. Makin banyak korang makan produk JACK 'n JILL makin besar peluang untuk korang menang. Peraduan ini bermula dari 1 November hingga 31 Disember  2021. Jadi, apa tunggu lagi?  'JOM PILIH FUN & MENANG!'.  Anda pasti layak!  #JACKnJILLJomPilihFundanMenang.







2 ulasan:

  1. Ok. Boleh beli dan harapnya boleh menang la hadiah tu. Rawlins memang suka makan Nips tu. Doakan menang ye

    BalasPadam
  2. Wahhh bestnya !! Nak jugak join manalah tahu ada rezeki kan. Thanks awak bagi tahu benda nie

    BalasPadam