Buah Camu-camu,

Gabungan Kolostrum, Multivitamin, Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & D Menyokong Tumbesaran Dan Sistem Imun Anak

10:34 PTG Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Pernahkah korang terfikir sama ada anak-anak korang dapat nutrisi dari pemakanan harian yang mencukupi untuk tubuh badan mereka?

Tahukah korang, kekurangan pengambilan makanan bernutrisi yang diperlukan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah menyebabkan mereka ini mudah terdedah dengan risiko menghidapi penyakit berjangkit.

Lebih-lebih lagi ketika ini negara kita dan seluruh dunia kini sedang dilanda Covid-19. Jadi kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi yang mencukupi ini berkemungkinan tidak akan mempunyai antibodi dan sistem imun badan yang tinggi.



Selain dari itu juga, kanak-kanak yang kekurangan nutrisi atau zat makanan dalam pengambilan makanan ini juga boleh mengganggu perkembangan dan tumbesaran mereka. Pemakanan yang sihat akan menentukan sama ada kanak-kanak itu mencapai berat dan ketinggian yang sesuai dengan umur mereka. Pemakanan bernutrisi di awal usia amat penting kerana ia akan membentuk anak itu pada kemudian hari.

Memang ada ibu bapa yang memberikan makanan cukup kepada anak-anak, namun ianya tidak bernutrisi kerana pelbagai faktor. Antaranya adalah faktor kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pencucian berlebihan bahan masakan. Ada juga ibu bapa yang ingin ambil jalan mudah dengan memberikan anak-anak makanan terproses (junkfood).

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan kes kekurangan berat badan, terbantut, dan kurus kering dalam kalangan kanak-kanak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berpunca daripada kekurangan zat makanan. Dalam kajian tersebut juga menunjukkan 23 peratus kanak-kanak dilaporkan mengalami masalah tumbesaran terbantut manakala 15 peratus dilaporkan mengalami masalah kurang berat badan.

Dalam soal masakan, Maha juga amat pentingkan keseimbangan makanan dalam masakan supaya Maha dapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalani aktiviti harian. Begitu juga kanak-kanak ini di mana mereka perlukan makanan yang lengkap nutrisi untuk belajar dan kekal aktif setiap hari.

Gabungan 6 Nutrisi Tambahan Dalam Satu Tablet Untuk Lengkapkan Nutrisi Anak-Anak




Berita baik untuk ibu bapa yang runsing memikirkan macamana nak bantu anak-anak dapatkan nutrisi tambahan setiap hari. Maha nak kongsikan produk yang boleh bantu selesaikan masalah korang. Lagi-lagi kalau anak korang tu jenis yang makan memilih.

Baru-baru ini Eskayvie telah lancarkan satu produk makanan tambahan iaitu Diffenz Junior untuk bantu memberikan nutrisi tambahan untuk kanak-kanak yang berumur dari 2 tahun hingga 12 tahun. Selain memberikan nutrisi tambahan, Diffenz Junior ini juga berfungsi untuk tingkatkan sistem imun badan dan antibodi kanak-kanak supaya tidak mudah dijangkiti dengan penyakit.

Diffenz Junior ni didatangkan dalam bentuk tablet berperisa oren yang enak. Jadi tak perlu risau, anak-anak pasti sukakannya. Harganya juga mampu milik iaitu RM60 untuk sebotol dan RM100 untuk 2 botol.

Jom kita ketahui lebih lanjut apakah bahan-bahan yang terdapat dalam Diffenz Junior ni yang boleh bantu memberikan nutrisi tambahan kepada kanak-kanak agar mereka jadi lebih sihat.

Kolostrum




Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas yang kaya dengan antibodi dan mengandungi pelbagai Faktor Tumbesaran (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

meningkatkan sistem imun badan 
melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
kesan anti-mikrob dan anti-virus
melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

Multivitamin Dan Mineral




Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). 

Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,

melengkapkan keperluan nutrisi
menyokong penglihatan 
merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
melindungi diri daripada jangkitan 
membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus) 




Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah ia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara bersendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.
 
Sememangnya Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

Kebaikan:
Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)




“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan: 
Menguatkan sistem imun
Antioksidan dan anti-radang
Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
Menstabilkan tekanan darah tinggi
Merangsang penghasilan kolagen
Mengawal gula darah

Vitamin D




Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. 

Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari. Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc.
 
Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D. 

Vitamin C




Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C. 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan diserap ke dalam badan. 

Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anak anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.



Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Jadi secara kesimpulannya, bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior ni telah dirumus khas untuk berikan nutrisi tambahan yang baik untuk kanak-kanak agar mereka membesar dengan lebih sihat. Gabungan 6 nutrisi didalam satu tablet ni memang baik untuk korang berikan kepada anak-anak supaya mereka ini mempunyai antibodi dan sistem imun yang tinggi.

Buat masa sekarang ni, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah masih belum terima vaksin dan mereka ini merupakan golongan yang berisiko untuk dijangkiti dengan Covid-19. Jadi dengan Diffenz Junior ini sedikit sebanyak boleh bantu mereka untuk dapatkan perlindungan tambahan dengan mempunyai sistem imun yang tinggi supaya tidak mudah dijangkiti. Ingat ya, kita masih belum menang memerangi Covid-19.


Kepada korang yang berminat nak dapatkan Diffenz Junior ni, bolehlah layari laman web Eskayvie melalui pautan yang Maha letak dibawah. Berikanlah perlindungan yang terbaik untuk anak-anak korang. Maha doakan pembaca-pembaca blog Maha ini dijauhi dari jangkitan Covid-19.

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia









3 ulasan:

  1. ramai kata produk ni mmg bagus.. boleh rekomen utk anak2 guna dan makan as suplemen

    BalasPadam
  2. produk ini memang bagus, jarang ada produk yang mengandung kolostrum. Memang baik ini buat anak anak.

    BalasPadam
  3. Saya mmg mencari cari supplement macam ni untuk anak, sebab dlm makanan harian belum tentu cukup zat untuk dia kan!

    BalasPadam