Azuki Bar,

Pelancaran Baru! Jenama Aiskrim Jepun Terkenal Kini Diperakui Halal!

10:43 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. JONETZ by DON DON DONKI mengumumkan pelancaran Azuki Bar, jenama aiskrim Jepun terkenal yang disahkan halal kini boleh didapati di gedungnya di LOT 10, Kuala Lumpur. Di samping itu, JONETZ by DON DON DONKI adalah gedung runcit pertama yang melancarkan jenama ini di dunia.



Azuki Bar, ais krim tradisional Jepun yang digemari ramai diperbuat daripada kacang merah Azuki oleh konfeksi terkenal, Imuraya Group dengan jualan lebih daripada 292 juta batang di seluruh dunia pada tahun 2020. Pencuci mulut asli Jepun ini kini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperakui halal, yang diluluskan oleh JAKIM dan akan dilancarkan sebagai aiskrim halal pertama yang disahkan Halal di Malaysia. Dihasilkan sesuai dengan selera rakyat Malaysia; Azuki Bar dibuat khusus menggunakan resipi asli Jepun dengan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti. Ia juga mempunyai tekstur yang tidak mudah cair, membolehkan pelanggan menikmati ais krim ini lebih lama.

Azuki Bar dijual pada harga RM4.50 dan boleh didapati dalam tiga perisa yang lazat - Kacang Merah, Matcha dan Susu. Menggunakan bahan-bahan terbaik, varian kacang merah adalah klasik, menawarkan rasa Jepun yang asli. Perisa Matcha adalah kegemaran ramai dan disaluti Uji matcha premium dari Kyoto dengan inti kacang merah Azuki yang lazat. Manakala perisa Susu adalah kombinasi sempurna susu berkrim yang diadun bersama kacang merah Azuki.



Bersempena dengan pelancaran jenama ini, JONETZ by DON DON DONKI mengadakan tawaran masa terhad di mana pelanggan boleh menikmati promosi "beli 1, percuma 2" dari 30 September hingga 3 Oktober di gedung ini.

Pada pelancaran JONETZ by DON DON DONKI pada bulan Mac 2021, Presiden, Pan Pacific Retail Management (Malaysia), Satoshi Machida, berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa gedung ini akan memperluas rangkaian produknya yang mesra Muslim untuk membolehkan pelanggan berbelanja tanpa was-was. Pada masa ini, bahagian daging yang mengkhususkan daging lembu dan wagyu Jepun telah diperakui halal.

MAKLUMAT KEDAI
Nama: JONETZ by DON DON DONKI Lot10
Waktu Perniagaan: 8 00 pagi hingga 10 malam dengan garis panduan SOP yang ketat.
Alamat:G8-G11, F8-F18 and S8-S16, Ground, First and Second Floor, Lot 10 Shopping Centre, 50,  -Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Pengangkutan: Laluan KL Monorail Stesen Bukit Bintang, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang
Keluasan ruang jualan: 23,476 kaki persegi
Struktur Bangunan: Kedai terletak di tingkat 1 hingga 3 
Produk: Makanan, (Hasil, Ikan, Daging Lembu, Delikatesen), Kosmetik, Barangan Am, Barangan Sukan, Permainan, Barangan Haiwan Peliharaan dan lain-lain.









0 Pandangan: