Food Festival,

LuLu World Food 21 Variasi Makanan Dari Serata Dunia

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Makan-makan dan makan itu yang boleh digambarkan bila korang masuk jer ke blog Maha ni hehehe. Sahaja nak bagi korang rasa bahawa kat Malaysia ni kita memang banyak makanan yang sedap-sedap dan lazat-lazat belaka. Malah makan dari luar negara juga dibawa masuk ke negara kita kerana kepelbagaian budaya dan bangsa yang ada di sini dan boleh diterima oleh setiap rakyatnya gituwww.



Sekarang ada satu pasaraya besar dari luar negara ini yang telah bertapak di Malaysia sekian lama membawakan variasi makanan itu sempena dengan LuLu World Food 21. Mana lagi kalau bukan pasaraya Lulu Hypermarket lah. Sekarang ni dah ada tiga cawangan besar di Capsquare Kuala Lumpur, 1Shamelin Mall Cheras dan juga Setia City Mall Shah Alam. Membawakan Makanan Sedunia untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.




Maha kongsikan ni sebab Maha pun sendiri dah pergi mencuba makanan di sana yang telah berlangsung pada  1 Oktober lepas sehingga 13 Oktober 2021 ini. Memang banyak giler makanan yang ada di sana daripada makanan tempatan Malaysia Delight, kepada makanan Biryani King, kepada makanan The Grill House sehingga kepada Cakes Cookies



Masa sampai sana nampak sahaja ada papan tanda LuLu World Food 21 tu dah boleh cuba semua hidangan mereka. Seperti bahagian masakan panas ni korang boleh tengok ada pelbagai jenis hidangan seperti Briyani Ayam, Briyani Kambing, Spaghetti Goreng, Mee Goreng Basah, Asam Pedas, Nasi Pulao Cendawan dan banyak lagi. Kat bahagian sini korang boleh ceduk sendiri makanan tu dan masuk dalam bekas ikut berapa banyak yang korang mampu makan.
 





Juga bahagian yang tak lupa paling menjadi tumpuan iaitu bahagian panggan dan bakar mereka seperti Ayam Panggan Cajun, Ayam Panggan Garlic Lemon & Herb, Tandori Chicken, dan juga roti seperti Kulcha, Naan dan banyak lagi. Memang membuka mata lah dan menambat selara kalau tengah lapar tengahari nak datang dapatkan makanan kat sini. 






Belum masuk part bahagian pencuci mulut yang memang ada macam-macam pilihan dari serata dunia. Kalau korang suka pada makanan dari negara India kat sini ada Laddu, Seedai, Dokhla dan banyak lagi. Juga ada pemanis mulut daripada negara Timur Tengah seperti Khunafa, Falafel dan macam-macamlah. Juga ada bahagian pastry atau roti yang dihasilkan sendiri mahupun mengikut resipi tradisional beberapa negara popular di serata dunia. 






Itu baru bahagian makanan yang dah siap masak. Ada juga bahagian sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bahagian sejuk beku. Juga ia termasuk dalam promosi dan kempen makanan kali ini. Korang tengok sahaja yang ada nampak tanda LuLu World Food 21 tu ada lah keistimewaan yang korang boleh dapat macam harga potongan dan juga tawaran murah. Jadi nak beli barang-barang dapur awal bulan sekarang ni macam bahan mentah dan segar juga ada yang tersenarai dalam kempen ini. 



Juga sekarang ini diteruskan lagi sehingga 14 Oktober 2021 untuk menebus Kupon Diskaun RM50 sekiranya berbelanja di bahagian supermarket lebih daripada RM100 dalam satu resit. Dah lah korang beli barang yang ada promosi istimewa pastu dapat lagi kupon untuk ditebus.



Kupon diskaun ini hanya boleh digunakan untuk sebarang pembelian di Bahagian Fesyen dengan harga normal dalam pembelian minimum RM100. Contohnya jika korang membeli baju RM100, guna kupon ini dan hanya perlu membayar RM50 sahaja. Bahagian fesyen tu macam kasut, pakaian, baju, saree, beg dan aksesori. Korang boleh pilih dan jangan lupa untuk guna kupon diskaun RM50 yang boleh ditebus dikaunter pertanyaan. Memang jimat banyak!!






Tunggu apa lagi jom lah ke Lulu Hypermarket bersempena dengan Lulu World Food 2021 dan jika korang tidak berkesempatan boleh juga membuat pembelian dari laman web Lulu Hypermarket ni. Mereka boleh buat penghantaran terus ke rumah korang sekitar lembah Klang sahaja lah.









2 ulasan:

  1. Ambooiiii... Meriah betul nampak... Ni baru Malaysia kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes sini tak pernah tak meriah kat LuLu kena dtg selalu heheheh

      Padam