Covid-19,

Panadol Lancar Kempen Kesedaran Mengenai Penjagaan Kesakitan Dan Demam Pasca Vaksinasi Covid-19

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Panadol, jenama utama GlaxoSmithKline, hari ini mengumumkan kempen penjagaan diri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesakitan dan demam pasca vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Dalam menyokong usaha kerajaan memerangi keraguan di kalangan rakyat untuk menerima vaksin dan meningkatkan pengambilan vaksin, Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol ini akan merangkumi perkongsian tip dan maklumat mengenai cara mengendalikan simpton-simptom pasca vaksinasi COVID-19 seperti kesakitan dan demam dengan Panadol.



Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK Malaysia, Bryan Wong berkata, “Kami menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menjelang Februari 2022. Kami gembira melihat kadar penerimaan vaksin COVID-19 yang tinggi di Malaysia dan kadar pemberian vaksinasi juga terus meningkat. Untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin, ia adalah penting untuk kami memainkan peranan dalam mendidik orang ramai mengenai kepentingan vaksin COVID-19; serta memberikan panduan yang tepat, sebagaimana yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam, mengenai penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi COVID-19.

Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol akan dilancarkan mengikut fasa mulai Jun 2021, meliputi video pendidikan dan kandungan bermaklumat di pelbagai platform digital dan laman sosial Panadol Malaysia, media, serta di semua premis-premis jualan tempatan seperti Watsons dan 99 Speedmart di seluruh negara.



Sumber-sumber pendidikan mengenai vaksin COVID-19 dan penjagaan pasca vaksinasi untuk para pesakit akan diberikan kepada 2,000 ahli farmasi dan penolong farmasi di seluruh negara. Risalah yang ringkas dan berilustrasi dengan maklumat tepat mengenai COVID-19, termasuk tip-tip mengenai pengurusan simptom pasca vaksinasi COVID-19 seperti mengurangkan kesakitan dan demam dengan Panadol, akan diedarkan di 700 klinik am dan farmasi untuk masyarakat umum.

Menerusi usaha ini, kami berharap untuk meningkatkan akses pengetahuan kesihatan di kalangan komuniti, agar mereka dapat mencari maklumat yang tepat untuk menglengkapi proses vaksinasi COVID-19 mereka tanpa ragu. Kami turut ingin menasihati semua rakyat Malaysia agar mengikis sebarang keraguan mengenai vaksinasi COVID-19 dan daftarkanlah diri dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pengambilan vaksin bukan sahaja baik untuk diri mereka dan orang yang tersayang, tetapi juga untuk kesihatan, kesejahteraan sosial dan ekonomi negara,” tambah Wong lagi.

Video untuk Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol boleh ditonton di sini:

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol, sila kunjungi:







0 Pandangan: