Kambing,

Mr Pepper Kambing Perap Sedap, Lembut Dan Cepat Dimasak Sepantas 10 Minit

Khamis, Julai 22, 2021 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Musim PKP Fasa kedua bagi sesetengah negeri tapi tidak bagi KL dan Selangor. Tak apa semua ni ada hikmahnya dikemudian hari kita ambil yang positif sahajakan ok. Tapi perut nak kena isi juga walaupun duduk rumah. Sekali sekala mengubah selera makan apa salahnya nak juga cuba yang sedia dimasak.



Dah kering kot air tangan ni nak memasak tak tahu dah habis resipi semua cuba wakakaka. Tak apa kali ni Maha nak makan pula kambing perap. Bukan calang-calang ia adalah produk tempatan anak Bumiputera Islam sepenuhnya dan juga dijamin Halalan Toyiba. Maha dah cuba makan Mr Pepper Kambing Perap. Sebab dia tulis situ nak sediakan kambing ni hanya perlu masak 10 minit sahaja selepas di nyah bekukan.



Jadi tertariklah Maha nak mencuba sebab katanya sedap sangat dan lembut menggunakan 100% daging kambing dan bukan kambing biri-biri tau. Maha cuba lah yang 500gram dulu sebab nak tahu rasa betul ke sedap sangat macam lagu 'Ani Mayuni - Sedap ah sedap ah sedap' gituwww. Harga pun boleh beli lah RM35 untuk satu pek 500gram tu. Beli dalam talian sahaja dekat https://www.mrpepperhq.com. Mereka terus hantar sampai depan rumah dengan selamatnya.



Maha tengok bungkusan sangat kemas dan menarik bila pertama kali tengok terus rasa macam teluir nak cuba betul ker sedap sangat kambing perap Mr Pepper ni. Bungkusan pula dalam vacuum pack yang boleh disimpan lama dalam peti sejuk beku. Tengok pada bungkusan ada tulis cara nak memasak kambing perap ni. Macam-macam cara boleh nak guna kuali, nonstick pan, air fryer, pressure cooker, ketuhar atau kalau nak panggan dengan arang dan api kat luar rumah pun boleh lagi sedap kot.



Tapi sebab nak masak kat rumah sahaja jadi Maha gunakanlah non stick pan atau orang kita panggil kuali anti lekat. Tak perlu nak masuk minyak dalam kuali kerana ia telah diperap dengan sos isitimewa dimana bila buka pek ni korang dapat bau perapan kekuatan lada hitam kat situ. Juga orang selalu tak suka makan kambing sebab katanya ada bau hamis kambing yang kuat jadi yang Mr Pepper ini langsung tak bau hamis kambing. 



Jadi Maha masak dengan api yang perlahan sahaja sebab tak nak ia hangus sangat kat luar sebab daging ni begitu nipis sekali. Dalam tu kalau korang tengok ada banyak ketul yang boleh dimakan untuk 2 orang. Tapi kalau yang memang suka makan kambing satu orang pun tak cukup lagi ni hehehe. Nasib Maha ni bukan tak suka tapi makan berpada-pada ingat pada orang belakang tiberrrrr.



Betul apa yang mereka tulis kat sini dalam masa hanya 10 minit sahaja daging ni dah masak. Bila balik-balik tu ehh dah siap masak dan Alhamdulillah tak hangus. Manakala lebihan sos dalam pek yang ada tu Maha tak buang boleh buat sebagai sos pencicah daging kambing ini dengan hanya tambah sedikit air dan panas dalam kuali yang sama sampai mendidih dan pekat sikit boleh angkat. Kalau korang tak nak boleh juga lebihan perapan tu gunakan untuk perap menda lain pula macam ayam atau makanan laut untung juga.



Masanya tiba untuk merasa. Maha kalau makan kambing perap ni dengan nasi putih lagi nikmat. Jadi bila pertama kali gigit tu memang betul terasa lembut sangat dagingnya langsung tidak liat. Juga perapan yang cukup sempurna sehingga kedalam isi kambing itu. Nasib tulang tak boleh kunyah kalau tidak dengan tulang-tulang sekali kunyah. Mereka gunakan lamb shoulder atau bahu kambing kot tak silap lah dan ia adalah bahagian yang paling kurang tulang dan lemak. 



Alhamdulillah memang kenyang makan berkongsi dengan adik Maha hari tu dan dia pun suka juga kambing tu. Berbaloi lah Maha beli dengan kuantiti dan harga yang ditawarkan serta rasa yang betul-betul sedap. Bukan nak bodek tau tapi ni memang betul sedap. Lepas ni boleh tempah lagi. Mungkin nak cuba yang ayam perap pula kan mana tahu hehehe. Korang kalau dah cuba boleh tinggalkan komen kat sini apa pendapat korang ok. Lidah lain-lain mungkin korang rasa lain pulakkan. Nak tahu juga.



Masa tengah scroll mereka punya Facebook Mr Pepper HQ lepas makan tu, rupanya mereka tengah adakan cabutan bertuah nak menang iPhone 12 Pro Max guys. Juga ada 5 lagi hadiah sampingan lain yang menarik. Caranya sangat mudah dan sesiapan sahaja boleh masuk. Korang ikut sahaja langkah seperti yang Maha tulis kat bawah ni ok.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyertai cabutan bertuah:

⬇️
2. Buat pembelian mana-mana produk Mr Pepper secara dalam talian atau melalui ejen seluruh Malaysia.
⬇️
3. Isi Borang Penyertaan (Perlu isi semua details).
⬇️
4. Like FB page Mr Pepper HQ untuk mengetahui update terkini.

Dah senang sangat dan korang berpeluang nak menang hadiah yang ditawarkan tu. Cabutan bertuah ini telah berlangsung bermula dari  1 Julai hingga 30 Sept 2021 ni. Masih banyak masa lagi untuk sertai sekarang juga. Maha dah beli ni boleh lah isi borang tu. Jom kita masuk.











12 ulasan:

  1. alaa,... tengok ni terus teringin . macam sedap jer. dia datang skali dengan gravy tu siap2 kan. pastu terus campak dekat pan. kira mcm ready to eat lah erk? betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehh jangan makan mentah2 kena masak dulu. Ia ready to cook hehehehe...

      Padam
  2. pernah nampak brand ni hari tu. nampak sedap, dah la saya ni suka gila makan kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap nk beli wassap saya 0148895782

      Padam
  3. Peberet Sis Maha oii.. tak kisah laa brand apa, kalau dah nama kambing, memang laaa kesukaan.. nanti nak try laaa...

    BalasPadam
  4. Wow! Hadiahnya menarik betul. Rawlins nak join la sebab sukakan hadiahnya. Tapi kalau dagingnya memang sedap, Rawlins rasa itu bonus la kan

    BalasPadam
  5. senang beli kambing perap peket macam ni, tinggal nak masak sahaja dan makan. wah menarik juga ada cabutan bertuah :)

    BalasPadam
  6. Looks so easy! Now I can also share this with my papa, he loves Kambing too! Now no need susah buat sendiri!

    BalasPadam
  7. Kita suka snagat makan kambing perap ni. Boleh try mrpepper ni.. Nampak sos perapan dia pun banyak ni.. Mengiurkan pulak

    BalasPadam
  8. Pernah makan rsnya daging perap dia mmg best.. isi tebal dan mmg puas hati

    BalasPadam
  9. Fav la makan kambing. Lagi syok beli camni. Senang masak. Cepat plak tu. Kalau kambing or daging perap. Jenama apa pun Ruby ON! Memang syok!

    BalasPadam
  10. Terbaik ncik nak beli wassap saya 0148895782

    BalasPadam