#RakyatBantuRakyat,

Kempen Bantuan Makanan Yiruba #BenderPutih

Khamis, Julai 08, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Moga korang semua terus dalam kedaaan baik dan juga bahagia dan dilapangkan dari segala masalah dan dilimpahkan rezeki. Hari-hari kalau kita sebut yang baik-baik Insha Allah yang baik akan datang pada kita. Maha bukan nak kongsikan sedikit pertolongan buat membantu mereka yang memerlukan dalam situasi getir sekarang ini.



Kita pun tengah masih lagi meneruskan usaha #BenderaPutih bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan makanan. Bila terdengar di radio perkongsian orang ramai tentang keluarga yang mengadu anak-anak tak makan beberapa hari, ada juga keluarga yang terpaksa berlapar dan ikat perut tiada sumber makana. Sangat sedih bila mendegar semua ini. Oleh itu Maha nak bagitahu korang sekarang ini ada satu kempen iaitu "Yiruba Food Basket Help" untuk membantu keluarga yang betul-betul memerlukan. 

Kempen ini adalah kerjasama antara Yiruba E-Commerce bersama GETBATS dan Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor. Mereka mencari 100 keluarga terawal yang sangat memerlukan bantuan makanan untuk mereka hantar sumbangan dalam bentuk keperluan makanan kepada keluarga ini. 



Sekiranya korang ada nampak mana-mana rumah yang mengibarkan Bendera Putih atau juga memang korang tahu keluarga itu sangat memerlukan bantuan, korang boleh terus menghubungi mereka. Penghantaran melalui pos hanya diberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan di seluruh Semenanjung Malaysia dahulu.  

Bagi memastikan bekalan ini cukup untuk keperluan satu keluar ia akan diberikan mengikut jumlah ahli keluarga dan keperluan dalam sesebuah keluarga sahaja. Jadi ia akan dapat memberikan lebih ramai lagi keluarga yang dapat menerima bantuan ini. Kalau korang ada yang nak minta bantuan tapi malu boleh hubungi mereka melalui nombor tel yang tertera atau kalau nampak mana-mana jiran dan keluarga yang memerlukan boleh bantu hubungi juga agar mereka dapat hantar kepada keluarga tersebut.



Ramai lagi yang memerlukan bantuan diluar sana jadi kita bantu apa yang termampu. Hanya sedikit sahaja bantuan yang Maha dapat hulurkan melalui perkongsian ini. Mungki ia membuka banyak peluang kepada orang lain yang dalam keadaan kesusahan. Jadi ini masanya untuk terus #RakyatBantuRakyat. Terima kasih kepada Yiruba E-Commerce, GETBATS dan juga Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor atas usaha murni ini. Moga ramai lagi yang sudi menghulurkan bantuan juga selepas ini. 

Bagi mendapatkan bantuan boleh hubungi atau whatsapp no ini:
(Klang Valley) 011-10680096 - AlfredLi @ 011-10211090 - Sharul 
(Cheras Area) 011-10828028 - Olivia
(Ampang Area) 016-9793860 - Lisa







2 ulasan:

  1. Usaha murni yang harus dipuji..ramai yang terkesan nowdays..kalau kita mampu boleh la kita memberi sumbangan kepada yang memerlukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju akak kalau semua badan koporat buat mcm ni rasa tak ada org yg lapar tak makan..

      Padam