Buffet Ramadhan,

Ramadan Tiba Lagi Bufet Meriah Kembali Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Rabu, April 07, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi lagi disayangi. Ramadan tiba lagi bufet mula memeriahkan suasana. Itu adalah lumrah yang kita akan hadapi sepanjang sebulan bulan Ramadan nanti. Walaupun tahun ini agak lain sikit kerana kena ikut SOP yang ketat sambil menjaga jarak dan juga kebersihan sentiasa cuci tangan bufet tetap berjalan. 



Kali ini Maha bawa korang ke restoran yang mesti dan wajib setiap tahun Ramadan korang kena datang cuba. Mana lagi kalau bukan Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail. Terletak di aras 5 Pakir Bertingkat, Bukit Aman bufet sepenuhnya hidangan masakan Melayu dan tradisi terbaik. Kata chef semasa sesi majlis preview bufet hari tu beliau tahun ini menyediakan lebih kurang 90 jenis juadah.






Menu paling wajib yang ada kat restoran ni korang bila datang Ramadan ni mesti kena cuba Daging Salai Masak Lemak Cili Api iaitu masakan orang Negeri Sembilan. Manakala makanan popular dari Pahang Ikan Patin Masak Tempoyak juga mendapat sambutan. Lepas tu pergi ke Melaka pula yang popular dengan Pari Masak Asam Pedas terangkat sekali cuba ni hehehe. Banyak lagi lah juadah lain yang sedap-sedap seperti Masak Telur Itik Rebung dan Perut, Kangkung Belacan, Ikan Cencaru Sumbat, Siput Sedut Masak Lemak dan macam-macam lagi lah.





Belum lagi masuk bahagian gerai-gerai yang ada disekeliling anjung restoran memang meriah lah. Ada gerai Set Nasi Kerabu dan Aneka Keropok, Aneka Bubur, Buah Potong dan Buah Tamar, Mehun Sup dan Laksa Utara juga ada, Bahagian gorengan seperti Pisang Goreng, Cucur Bawang dan Keropok Lekor serta Ikan Bakar, pergi pula bahagian Mee Goreng dan juga Kueh Teow Goreng pasti kenyang dibuatnya. 







Menarik kat restoran ini bila Maha masuk adalah dekorasinya yang membawa kepada suasana rumah kampung lama yang banyak sudut boleh dijadikan ruang untuk bergambar. Juga beberapa perhiasan barang lama seperti pinggan mangkuk, periuk dan kuali serta pelbagai barang antik lah. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 300 orang pada satu masa mengikut SOP yang ketat ok. Kemudahan yang ada seperti ruang parking yang banyak hanya RM4 bayaran. Kemudiang ruang solat yang luas dan juga tandas yang bersih. 







Harga untuk Bufet Ramadan di Restoran Rebung kali ini tak jauh beza dengan yang sebelum ini iaitu RM84.80 nett untuk seorang dewasa dan RM53.00 nett untuk kanak-kanak  (umur 5-11 tahun ). Bufet Ramadan ini akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan bermula dari 13 April 2021 hingga 11 Mei 2021. Selain itu juga mereka menyediakan khidmat katering sama ada di kediaman atau juga di pejabat. Kalau nak buka puasa kat pejabat mereka boleh sediakan makanan dan hantar ke tempat korang jadi tak perlu berebut atau berbaris panjang. 








Juga yang nak buka puasa kat rumah sekarang ni makana di Restoran Rebung boleh ditempah melalui FoodPanda. Mereka akan hantar terus kerumah untuk berbuka lagi senang selesa. Juga tahun ini mereka memperkenalkan produk baru 'Ready 2 Eat Series' iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan dan Sambal Tempoyak. Boleh terus beli kat restoran atau juga diaplikasi Shopee.

Sebarang pertanyaan dan tempahan Buffet Ramadan hubungi :
Tel : 03-2276 3535 / 03-2276 2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com









2 ulasan:

  1. belum pernah samapi lagi ke restoran ni... baca aje laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah nanti sampai lah tu tempat ni menarik makanan semua sedap-sedap kena cuba...

      Padam