Best Western i-City,

Bufet Citarasa Warisan Malaysia Di Best Western i-City Shah Alam

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bulan suci yang bakal tiba tak beberapa hari lagi bukan hanya mengenai bulan pengampunan, kegigihan dan mengamati nilai-nilai murni dan belas kasihan. Ia juga merupakan bulan keramahan di mana keluarga, teman dan rakan sekerja mengukuhkan ikatan dan meraikan kebersamaan. Terutama dalam bab mencari makanan.



Kini salah satu lagi tempat untuk buka puasa Maha nak perkenalkan kepada korang. Korang boleh menikmati hidangan buka puasa yang disajikan dengan makanan tempatan yang enak dan popular di sini seperti Sup Gearbox, Kambing Bakar, BBQ Makanan Laut dan banyak lagi! Tidak lupa Air Kelapa Bakar dan isinya yang lembut.







Tapi kat manakah lokasi yang Maha maksudkan ini. Ia terletak di dalam pusat pecutian paling popular di Shah Alam iaitu iCity. Dalam tu terletaknya sebuah hotel di beri nama Best Western i-City Shah Alam. Maha pun tak pernah lagi bermalam di sini tapi hotel ni nampak sangat mewah dan menarik. Mereka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa.







Selain daripada buka puasa kat restoran dalam hotel korang juga boleh menikmati juadah ini dengan buat tempahan secara dalam talian dan mereka akan hantar beberapa set untuk buka puasa. Di antara set yang korang boleh cuba untuk nikmati dari hotel ini seperti Set Kambing Bakar RM30.00, Set Gearbox RM30.00, Set Nasi Arab RM25.00 atau Set Ikan Panggan RM25.00. Set penghantaran atau bawa pulang ini hanya tersedia jika bufet tidak dapat diadakan (sekiranya arahan dari pihak berwajib).

Set Gearbox RM30.00

Set Nasi Arab RM25.00
Set Ikan Panggan RM25.00


Set Kambing Bakar RM30.00


Manakala harga untuk bufet Ramadan pula untuk tempahan awal sehingga 12 April 2021 ini korang boleh dapat harga istimewa iaitu RM89.00 bersih. Kalau harga biasa pula adalah RM119.00 nett untuk dewasa manakal RM55.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas. Bufet Ramadan mereka akan bermula daripada 15 April 2021 hingga 11 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam








Sebarang tempahan sila hubungi:-
Talian : +603 5521 9000 
E-mail : enquiry@bestwestern-icity.my







2 ulasan:

  1. murah murah juga set dia...okaylah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kalau rasa tak nak keluarkan makan ngan keluarga boleh minta mereka hantarkan set-set tu.

      Padam