Buah-Buahan,

Bagaikan Syurga Buah-Buahan Di MBG Selayang Fruits Hub

3:00 PTG Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi serta diingati selalu. Maha ni memang hantu buah-buahan. Kalau siapa yang pernah datang atau selalu datang rumah Maha memang boleh tengok dalam peti sejuk stock buah sangat banyak tak pernah putus. Kalau tetamu yang datang selain hidangan dengan makan mesti Maha hidang dengan buah-buahan. Tak tahu nak cakap memang suka makan buah-buahan ni tak kisahlah yang import atau yang tempatan.



Hampir semua jenis buah Maha suka korang senaraikan lah. Walaupun buah tu tak masak dan rasa masam sekali pun Maha makan cicah dengan kicap dan cili padi terangkat wei. Kalau orang buat macam Mangga Asam Boi atau juga Kedondong Asam Boi itu pun Maha suka. Bak kata orang yang berkaitan dengan buah semua Maha suka. Walaupun pencuci mulut yang dibuat dengan buah tetap suka tak adalah yang tak suka melainkan yang suka-suka belaka.




Tambah sekarang ini musim banyak penyakit berjangkit macam Covid-19. Pengambilan nutrien dan juga makanan seimbang sangat perlu untuk membina pelindungan diri yang kuat melawan penyakit. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak sangat bagus dalam usaha ini kerana ia tinggi nutrisi dan juga memberi kita keseimbangan zat dan khasiat dalam vitamin, mineral, serat dan macam-macam lagi lah. 



Kalau korang baca kat mana-mana bahan bacaan sekali pun mesti mereka menyatakan bahawa buah-buahan menyediakan pelbagai antioksidan yang meningkatkan kesihatan, termasuk flavonoid. Memakan makanan yang tinggi buah dan sayur dapat mengurangkan risiko seseorang terkena penyakit jantung, barah, radang, dan diabetes. Sebab keluarga Maha juga memang suka makan buah-buahan ni terutama buah tempatan. 



Selain daripada kesan penyakit, covid juga memberi kesan kepada ekonomi seseorang. Kita banyak dengar sejak dua menjak ini ramai orang kehilangan perkerjaan dan juga ramai yang terpaksa buat perniagaan kecil-kecilan demi menampung kehidupan setelah mengalami semua ini. Ada ramai juga yang mula menjual buah-buahan di tepi jalan di gerai atau juga pasar malam. Tak kurang juga yang dah mula meniaga buah-buahan secara atas talian. Ada juga yang buat penghantaran buah sampai ker rumah atau juga gubahan buah dan hamper buah-buahan untuk tempahan. Macam-macam lah orang sekarang cari peluang untuk cari pendapatan Halal.






Terpanggil dengan semua ini satu perusahaan franchise buah-buahan yang popular dan terbesar di Lembah Klang ini membuka inisiatif kepada peniaga atau pengusaha untuk menjual buah-buahan secara besaran atau kecil-kecilan. Kalau Maha sebut nama kedia ni mesti ramai orang kenal MBG Fruit Shop banyak terdapat kat dalam pasaraya, kat station LRT mahu pun kat kedai-kedai. Korang tahu tak bahawa MBG ini adalah milik seorang berbangsa Cina yang telah memeluk Islam iaitu Tuan Adnan Lee.

Tuan Adnan Lee Pengarah Urusan MBG Fruit


Maha berkesempatan baru-baru ini mengunjungi dan melihat sendiri bagaimana perusahan perniagaan daripada kecil menggunakan basikal roda tiga pada tahun 1975 yang diusahakan oleh datuk dan nenek beliau. Kini beliau adalah generasi ketiga mewarisi peniagaan buah-buahan ini. Seronok dengar cerita yang dikongsikan oleh Tuan Adnan Lee bagaimana niat murni beliau untuk membantu mereka yang nak mula perniagaan kecil menjual buah-buahan pada masa yang kritikal ini. 






Semasa di MBG Selayang Fruits Hub tu dapat tengok kawasan seluas lebih kurang 32,000 kaki persegi itu menempatkan pelbagai jenis buah-buahan dari dalam dan luar negara. Di situ adalah hub buah import dikumpulkan sebelum diedarkan kepada cawangan kedai-kedai buah dibawah jenama MBG FruitShop. Kini mereka ada lebih daripada 31 buah kedai seluruh Lembah Klang tidak termasuk yang ada di dalam supermarket lagi. Korang tahu yang maksud MBG tu adalah 'Money Back Guarantee' jarang kedai buah ada moto macam ni hanya kat sini sahaja tau. 





Tapi bukan itu yang beliau nak sampaikan pada sesi bersama dengannya tapi bagaimana mereka yang nak buat business berasaskan buah-buahan boleh mula daripada sekecil-kecil modal dan peniagaan kepada sebesar-besar peniagaan. Kat Selayang Fruit Hub merupakan pusat sehenti untuk buah-buahan segar terus langsung dari sumber petani, mahupun import dan dengan bilik sejuk tersendiri. Sebab tu siapa datang sini boleh lihat ada empat bahagian yang dibahagikan bagi memudahkan kerja pengurusan buah-buahan dan juga pembelian buah. Ada kawasan Bahagian Runcit untuk individu atau peniaga yang nak beli pada kuantiti yang sikit dan masih boleh dapat untung berniaga. Kemudian ada bahagian Pembelian Borong atau Pukal untuk peniaga yang nak mula berniaga secara besar dan membeli buah dengan kuantiti yang banyak. 





Kemudian ada juga kawasan Bahagian Dingin dimana tempat untuk simpan buah yang perlu pada pengawasan kedingin tertentu agar terus kekal segar dan berkualiti. Kat bahadian dingin ni suhu dalam bilik tu bolah mencecah 2 hingga 4 darjah celcius tau sejuk. Satu lagi adalah Bahagian Gudang untuk menyimpan dan memunggahkan buah-buahan turun dari lori atau masuk lori untuk pembahagian. Sebab tu Maha cakap kalau korang nak buat perniagaan buah-buahan boleh datang sinin dan dapat potongan harga di antara 20% hingga 50% berbanding dengan membeli dari kedai runcit diluar sana.






Juga yang menarik kat MBG Selayang Fruit Hub ini adalah buah-buahan unik yang susah nak dapat kat tempat lain sebagai contoh, Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, Korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan lain-lain. Korang pernah rasa buah-buah ini, Maha sendiri datang sini baru dapat lihat dan rasa semua buah unik yang tiada kat Malaysia ini.





Selain buah-buahan ada juga mereka menjual bahan atau peralatan untuk membungkus atau membuat hamper buah-buahan. Jadi tak perlu nak pergi tempat lain. Cuba korang teka sekarang ini musim buah apa yang paling mendapat perhatian dan jualan tinggi? Betul pandai Buah Kurma atau Tamar. Ini kerana sekarang di negara Timur Tengah dan juga Eropah buah ini telah mula dituai dan dieksport seluruh negara. Juga sambutan sangat tinggi dan permintaan sangat laris mana-mana orang yang jual walaupun sekotak Kurma boleh dapat untung. Kat sini juga ada jual kurma yang dah masak dan juga kurma muda atau masih mentah. Maha suka makan kurma ni.






Jadi apa tunggu lagi peluang dah ada dan juga cara Maha dan kongsikan kat mana nak dapat sumber bekalan nak berniaga buah-buahan. Cuma sekarang tepuk dada tanya kemahuan nak mula berniaga atau tidak. Ini sikit perkongsian Maha untuk mereka yang masih terkapai-kapai dalam mencari pendapatan. Harap ini dapat merubah kehidupan tak banyak pun sikit kepada mereka yang terkesan akibat pandemik. Moga usaha yang baik itu akan terus diberkatai dan mendapat kerahmatan Yang Maha Esa. 

Bagi sebarang pertanyaan atau juga kemuskilan boleh hubungi :
Tel   :  016 2798 603 (Azmer)
             016 6824 603 (Azizeh)
Laman web     :  https://mbg.com.my
Facebook        :  https://www.facebook.com/mbgfruit
Instagram        :  https://instagram.com/mbgfruitshop  

Juga boleh terus ke MBG Selayang Fruit Hub : 
Alamat : 
Lot 639, Jalan Batu Hampar, 
Off Jalan Ipoh, Batu 7, 
68100 Selayang, Kuala Lumpur.

Waktu operasi Isnin sampai Ahad seawal jam 5.00pagi hingga 6.00petang  








8 ulasan:

  1. Boleh jadi gila saya di sini. kurma segar tu ya Allah! Sedapnya!

    BalasPadam
  2. Mak aiiii buah-buahan banyaknya. Mempelam tu mempelam...Hehe. Bila sebut pasal asam jawa thai tu kecur pulak airliur ni ha....

    BalasPadam
  3. Best tau kalau dapat masuk dalam nih , macam2 jenis buah ada. yang jarang jumpa pun ada. Boleh habis beratus haa kalau sesekali pergi borong buah. Lagipun yakin yang MBG akan bawa masuk buah yang best dan berkualiti. Yang penting buah2nya sentiasa nampak segar.

    BalasPadam
  4. wah banyaknya buah! kite pun kalau dapat buah memang suka. boleh buat macam-macam. perasan juga yang mbg salu buat promo. besar betul ya yang ni

    BalasPadam
  5. freshnya buah kat sini. macam2 ada plak tu. kalau ke selayang boleh singgah

    BalasPadam
  6. Ternyata buah2 an kt MBG mmg super segar. Sis skrg dah hari2 makan buah. Bolehla cantik lepas ni. Kikiki.

    BalasPadam
  7. Krapp..kkrrupp la kurma muda tu bila dikunyah. Seddapp. Kena pi singgah la MBG.gersm tengok stok buah²an yang ada. Semua nampak fresh dan berkualiti. Nak masuk Ramadan ni harus buat stok. Tq tau share info..idakle termangu nak cari stok buah. Hehehe

    BalasPadam
  8. wow menariknya..memang syurga buah buahan ni..nanti nak pergi la..geram tengok semua buah buah dia..segar segar and banyak pilihan

    BalasPadam