Baju baru,

Pakaian Saiz Besar Untuk Mereka Yang Comel Di Bob Rock LoveLily

7:00 PG Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah sekarang dah semakin kerajaan longgarkan untuk kita terus dalam urusan harian boleh keluar tapi tetap mematuhi SOP. Begitu juga tahun ni berharap sangat agar keadaan makin pulih dan kembali sediakala sehingga pada musim perayaan nanti. Tak kan tahun ni kita tak beraya lagi waaaa sedih lah sebagai anak perantau.



Rindu nak pakai baju raya baru tahun ni dah lama tak beli baju baru. Nasib ada kedai pilihan Maha yang memang sesuai untuk orang yang sangat comel saiz macam Maha ni. Mana lagi kalau tidak kat Bob Rock LoveLily kedai yang menjual pakaian sain besar dari XL hingga kepada 6XL. Jadi tak susah lah Maha nak mencari baju raya kat sini.



Maha suka shopping pakaian kat Bob Rock LoveLily ni kerana ia direka mengikut saiz badan orang Asia. Dimana orang Asia ni kalau besar tapi tidak tinggi jadi ia perlu kepada rekaan custom made. Juga kat sini ia ada pelbagai jenis design dan juga pakaian selain daripada Baju Melayu, Kurta, Kemeja, Seluar Slack Kerja yang stretchable, Seluar Jeans dan pakaian harian lain.



Malah ia bukan sahaja untuk orang lelaki tapi juga ada pakaian untuk wanita juga. Jadi boleh shopping satu keluarga kat sini hehehe. Pakaian yang dihasilkan di sini memilih dan mencari material kain mereka sendiri. Ini penting sebab bukan sahaja faktor saiz tapi juga faktor cuaca negara kita yang panas dan membuat kita cepat berpeluh. Jadi pemilihan material kain kapas memberi lebih ruang penafasan yang sesuai sangat penting dan itu membuatkan Maha suka pakaian kat kedai ni.



Macam yang Maha ceritakan mula tadi kita pun tak lama sahaja lagi nak sambut bulan Ramadan berpuasa dan lepas tu kita akan sambut Hari Raya. Jadi mungkin ramai yang dah bertanya tentang nak dapatkan Baju Melayu atau Kurta bersaiz besar. Jadi mungkin koleksi terbaru yang bakal ada kat butik ini akan memenuhi kehendak orang macam Maha yang comel dan susah nak cari baju raya.



Baju Melayu dan Kurta yang ada kat Bob Rock LoveLily ini sangat sesuai kerana direka mengikut saiz ukuran data 70 inchi iaitu pit to pit 35 inchi. Juga ada Kurta Printed dan Kurta Plain yang terbaru untuk Bulan Ramdhan dan Syawal yang bakal tiba. So boleh plan awal dan buat bajet awal tak adalah bersesak-sesak dan juga susah mencari baju raya nanti.



Kat butik ni bestnya bukan sahaja korang boleh beli secara terus di butik tapi juga boleh beli melalui dalam talian https://www.bobrocklovelily.com.my. Kalau korang kurang pasti akan bagaimana rupa dan juga ukuran pakaian sebelum beli secara online boleh tonton video khas yang disediakan dalam link di bawah ni.


Video Branding Bob Rock LoveLily

 
Video Seluar Stretchable


Video Couple Edition


Video Oxford Office


Video Teaser Baju Melayu

Maha pun beli online jer sekarang ni selamat dan mudah bayar online juga. Korang boleh tengok video teaser baju melayu yang bakal tiba untuk koleksi raya nanti. Tak sabar nak beli baju baru lagi hehehehe. Korang juga boleh tengok antara koleksi baju yang Maha dah beli kat sini dan pakai sewaktu pergi kemana-mana acara makan mungkin ada yang terperasan kot. Ini daripada koleksi Kemeja Bahamas Batik dan juga Bahamas Foresta in Green. 




Jadi lepas ni tahu lah mana nak cari pakaian saiz besar untuk orang comel macam Maha ni. Mungkin korang juga yang masih keliru mana nak cari takut tak ada saiz. Kini pilihan ditangan anda boleh buat secara online. 



 




10 ulasan:

  1. Nama kedai pun catchy Bob Rock Love Lily. Sebenarnya bagus juga ada kedai macam ni untuk bagi peluang mereka yang Plus Size bergaya. Pants yang boleh membesar (stretchable) pun menarik sebab selalu seluar sangkut tang perut tu.

    BalasPadam
  2. Plus size ker apa ker gaya mesti mahu ada. Pemilihan baju yang sesuai dengan gaya hidup akan menaikkan level konfiden kita. Rasa terinpirasi bila tengok orang pakai baju plus size tapi pandai bergaya. Terbaik !!

    BalasPadam
  3. Stylo nama kedai nya.. Sekarang ni tak kira saiz kecil atau besar, memang semua boleh bergaya.

    BalasPadam
  4. Wah mudahla boleh beli online je di Bob Rock Lovelilly. Yg penting material kn bagus dan selesa.

    BalasPadam
  5. Suka tauuu, sebab bukan mudah nak dapat kedai pakaian yang sediakan saiz besar gini.. dan design dia cantiklah, macam yang ko pakai tu Maha.. ceria sangat dan bergaya, walau berbadan besar kan..

    BalasPadam
  6. Suka dengan koleksi bob rock. Cantik dan selesa. And plg best ada saiz utk org besar

    BalasPadam
  7. sangat mudah kepada kawan-kawan yang perlu saiz macam ni.. bukan semua kedai ada ni..
    design pun nampak lawa..

    BalasPadam
  8. Mudah sekarang ada baju plus size merata2 cantik2 dan murah2.. Nak tgk la nnt ada baju apa menarik nnt. Hihi

    BalasPadam
  9. Vavvaaa.. Memang lawa cecantik laaa design baju dia. Kita suka! Bagus kann adanya size baju yang lawa untuk plus size melawa! Cayalah

    BalasPadam
  10. senang la nak cari baju plus size pasni kan. sbb jarang ada baju plus size kat mall

    BalasPadam