Bandar Baru Bangi,

Chef Lyn’s Pastry And Cafe Berpengalaman 20 Tahun Dalam Bidang Hospitaliti Dan Seni Kulinari

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Beberapa faktor yang kita akan pertimbangkan untuk membeli makanan dari sesuatu pembekal, pastinya yang pertama adalah harga yang berpatutan, masakan yang enak dan layanan yang memuaskan betul tak. Kalau semua ini tiada kita pun tak akan beli melainkan orang tu kita kenal. 



Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari mengajar beliau bahawa penggunaan ramuan yang segar dan berkualiti menjadi faktor utama kepada kelazatan makanan yang disediakan. Itu yang menjadi keutama bagi Chef Lyn’s Pastry And Cafe kepada pelanggannya sebuah kafe yang terletak di Bandar Baru Bangi dan dimiliki oleh MH Lyn Enterprise.



Maha cerita ini kerana Maha sendiri dah mendapatkan khidmat penghantaran makanan daripada mereka masa PKP 2.0 baru-baru ini. Sebab sebelum ini kafe ini bukan operasi kedai makan mereka setiap hari tapi kerana mematuhi arahan dan SOP maka ia disediakan secara penghantaran. Tapi ini kafe ini telah kembali beoperasi dengan membenar pelanggan makan di kafe mereka tapi dengan SOP yang ketat ditetapkan oleh pihak kerajaan.






Hari tu Maha sempat nikmati hidangan terus dihantar ke rumah dengan pelbagai pilihan menarik. Sebab kepakaran Chef Lyn's And Cafe adalah menyediakan hidangan pastri dan kek hari tu dapatkan makan Biscoff Burnt Cheesecake, Butter Croissant, Apple Strudel dan Chicken Curry Puff. Best saiz sangat besar dan juga mempunyai inti yang cukup memberi kepuasan kepada Maha lah Makan hari tu.





Selain itu juga kafe ini popular juga dengan Lamb Pasta. Korang tengok sendiri pasti ni penuh dengan daging kambing yang banyak. Rasa pun sedap jer tak terlalu pedas dan juga masin. Sempena dengan perayaan yang tak lama lagi boleh juga kat sini buat tempahan kepada beberapa pilihan kek lain dan juga kuih raya seperti Almond London dan juga Tart Nanas





Kata Chef lyn's mereka bukan mengejar keuntungan semata-mata. Makanan yang disediakan hendaklah seiring dengan tagline mereka iaitu “Fresh, Moist and Homemade”. Selain makanan yang disediakan mesti enak dan lazat, mereka juga menitik beratkan keselesaan kepada pengunjung. Di era baru #newnormal ini, merekan akan memastikan ruang makan, dapur dan perkakas yang digunakan bersih dan disanitasi selalu. Setiap pelanggan diwajibkan untuk mengimbas kod MySejahtera dan suhu sebelum dibenarkan memasuki premis.



Kelebihan utama di kafe ini adalah dalam penyediaan pastri, kek dan masakan barat yang dibuat sendiri dari dapur. Setiap pastri dan kek yang disediakan hendaklah segar dan lembut. Chef Lyn’s Pastry & Cafe sentiasa menerima tempahan untuk keraian. Antara pilihan pastri dan kek adalah 40 jenis cream-puff, burnt cheese cake serta biskut-biskut enak yang sesuai untuk sebarang jenis keraian dan perayaan. 



Ruangan dalaman kafe ini juga sangat ringkas dan juga menarik daripada gabungan permainan warna dan juga perabut. Ia tidak nampak terlalu sempit dan juga tidak tertlalu kosong. Kalau korang nak pergi cuba makan kat kafe ini ia terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. 

Kenali Pengasas Dan Pemilik Chef Lyn’s Pastry And Cafe

Betullah kata orang daripada kejayaan sesebuah business atau apa sahaja yang diceburi kena ada orang yang hebat dibelakangnya. Siapa tak kenal dengan Puan Haslin Hasan atau lebih dikenali sebagai Chef Lyn. Pernah menjadi Dekan Fakulti, matlamat Chef Lyn hanya satu iaitu setiap hidangan yang disediakan hendaklah menepati citarasa setiap pelanggan yang mengunjungi kafe beliau. 

Puan Haslin Hasan Pemilik Chef Lyn's Pastry And Cafe




Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan - Jurusan Sumber Manusia dan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan. Mula jatuh cinta untuk membuka kafe ini adalah pada tahun 2020. Visi dan misi Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi bidang kulinari dan perkhidmatan makanan. Selain menyediakan pelbagai jenis makan yang enak, Chef Lyn’s Pastry & Cafe untuk berhasrat untuk menyediakan kelas masakan yang berkaitan serta penempatan pelajar latihan industri.

Info lanjut tentang Chef Lyn's Pastry & Cafe:

Alamat : 
Chef Lyn;s Pastry & Cafe,
Bangi Gateway,
Ground Floor, 
Unit 23, Block B, 
Jalan Gerbang Wawasan 1, 
Bangi Gateway, Seksyen 15, 
43650, Bandar Baru Bangi.








 

14 ulasan:

  1. wah mesti sedap ni semua pastry dan makanan di sini sebab bukan calang2 chef yer. berpengalaman dan nampak plating memang professional.

    BalasPadam
  2. Sedap-sedapnya semua makanan tu Maha. Aduh ! rasa lapar pulak dah nih. Deko kafe Chef Lyns pun nampak sangat cantik.

    BalasPadam
  3. With 20 years of experience and expertise, surely all the food and dainty bites will be delicious and heavenly right?

    BalasPadam
  4. Suka plak tengok suasana dalam kedainya, ceria aje walau tak besar sangat..
    Yang ko pegang tu burnt cheese cake ke Maha? Nampak sedap sungguh oii...

    BalasPadam
  5. Nampak ringkas dan menenangkan sungguh interior design di dalam kafe Chef Lyn ni... masa mula-mula scroll tadi, dah terliur dah nampak gambar spaghetti tu... hehehehe... yang paling saya minat yang Biscoff Burnt Cheesecake dan brownies tu... aduh, dah meleleh air liur dah ni...

    BalasPadam
  6. Tengok cafe dia pun lawa je, selesa je. Makanan pun kemas je dia hias. Sedapnya tengok pasta tu, kek, eh semua nampak sedapla..aduh dekat bangi ye, jauh betul

    BalasPadam
  7. La. Dekat dengan rumah Rawlins je rupanya. Tak sampai 5 minit pun. Kena pergi try dia nyer pastry nie. I am crazy over pastry and desserts

    BalasPadam
  8. The food here looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this restaurant at any time of the day. cant wait to try this for myself

    BalasPadam
  9. Saya suka tengok makanan yg presentation cantik2 macam ni. Sebab bila kita bayar untuk makan kat luar, kita bukan setakat bayar utk makanan, but we are paying for the whole experience, from the ambience to the service to the food presentation. So sebelum jamu selera, kita jamu mata dulu. Hehe.

    BalasPadam
  10. Makanan kat cafe ni semuanya sedap. Paling suka dengan lamb pasta dab burnt cheese cake

    BalasPadam
  11. Halah halah halahhhh dia tayang gambar makanan sedap2 pulak dah. Kita ni dah la stuck kat kampung, sini tak banyak cafe2 yang sediakan makanan fancy macam ni. Nak kena masak sendiri ke? Huhu

    BalasPadam
  12. Oh yumss their burnt cheesecake macam best sangat and their food juga nampak sedap.

    BalasPadam
  13. Aduyai... Terliur kita nengok tau! Menyelerakan sungguh. Dah lama tak makan makan cari makan. Nanti nak pi laa bila tamat PKP

    BalasPadam
  14. Ok.. Cantik kedai dua.. Terliuq tgk pastry dia... Tapi jauhhhhh la pulakkkkk😂😂😂

    BalasPadam