Guinness World Record,

Makanan Yang Diambil Oleh Pemegang Rekod Dunia Guinness Baharu

Rabu, November 25, 2020 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Mesti korang telah dengar atau terbaca satu berita yang sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Tentang seorang atlit Soh Wai Ching merupakan juara larian menara Malaysia (No. 2 Dunia dan No. 1 Asia) telah melakar satu lagi kejayaan peringkat antarabangsa. Beliau berjaya mendapat gelarang 'Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam (Lelaki)' sekali gus mencatatkan nama beliau dalam Guinness World Record (GWR).
 


Sebelum ini rekod ini dipegang oleh atlit dari negara Sepanyol. Soh berjaya mencatatkan rekod 1,295.95m, bersamaan 399 tingkat menaiki tangga yang dilakukan baru-baru ini di Hotel Four Sesson Kuala Lumpur. Memang hebatlah beliau ini kalau sebelum ini beliau juga merupakan juara menaiki tangga Menara Kuala Lumpur dan juga Menara TM pada tahun lepas. 

Soh Wai Ching


Tapi tahu kah korang bahawa Soh sendiri mengaku yang beliau mengamalkan pemakanan yang terbaik untuk mencapai kejayaan ini. Rupanya beliau mengambil pelbagai jenis sajian yang diperbuat daripada kentang A.S. Menurut beliau lagi semasa sesi latihan berlari memanjat tangga Hotel Four Seasons, beliau selalu minum Minuman Enduro Kentang A.S. pada waktu makan tengah hari kerana menurut beliau ia memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi.

Minuman Enduro U.S. Potato


Jadi motislah bahawa kalau orang kata makan kentang boleh mengurangkan stamina diri. Ini kerana terbukti hasil dari penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa kentang ialah makanan semula jadi yang sihat, berkhasiat dan memberi tenaga. Kentang kaya dengan nutrien yang mudah dihadamkan, melebihi kebanyakan sayuran lain yang menjadi kegemaran ramai.  Sebiji kentang bersaiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya membekalkan 110 kalori tenaga.  Kentang sememangnya pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ahli sukan dalam pelbagai acara sukan. 

Kentang Baji A.S Cajun Panggang


Kentang terbaik diambil adalah kentang AS yang terbukti merupakan makanan yang berkhasiat untuk diet atau pemakanan yang menyokong aktiviti berprestasi tinggi. Soh sendiri dibekalan pelbagai makanan dan minuman daripada kentang A.S. seperti Minuman Enduro U.S. Potato, Balutan Kentang A.S., Rosti Protein Kentang A.S. dan Kentang Baji A.S Cajun Panggang. Biji kentang itu boleh dipelbagaikan untuk memberikan rasa yang berlainan tapi tetap mengekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Balutan Kentang A.S


Khasiat kentang ini sangat banyak selain daripada mempunyai kaborhidrat komplek yang kaya dengan nutrien yang diperlukan tubuh. Ia juga mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang saiz sederhana. Serta juga kentang membekalkan lebih banyak tenaga daripada mana-mana sayur popular lain. Kentang yang dimaksudkan adalah kentang A.S. yang diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi dan pengawalakan piawaian yang terbaik daripada proses penanaman di ladang hingga dieksport keluar negara. 

Rosti Protein Kentang A.S.


Tahniah Maha ucapkan sekali lagi kepada Soh Wai Ching yang telah mencatatkan nama dalam GWR dan terus membanggakan Malaysia dipersada antarabangsa. Diharapkan dengan kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ahli-ahli sukan lain dan juga belia Malaysia mencapai kecemerlangan, menyerlahkan kreativiti, mengejar impian dan menjadikannya satu kenyataan. 










11 ulasan:

  1. byk khasiat mkn kentang ni...tk pernah lagi try kentang AS..nanti bole try..tahniah atlit Soh Wai Ching yg dpt mencatat masa dlm Guinness World Record yg mendapat gelaran Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam (Lelaki)

    BalasPadam
  2. rugi sapa tak makan kentang kan? macam-macam masakan boleh buat, begedil, fries, mee udang pun pakai kentang. one day kena cari dan try kentang AS ni

    BalasPadam
  3. sebab itu lah penting jaga pemakanan kan. ni kita makan macam macam itu yg naik tangga pun dah mengah haha

    BalasPadam
  4. baru tahu kentang boleh bekalkan tenaga sampai macam tu sekali. Selalunya kurangkan makan kentang sebab carbs dia tinggi

    BalasPadam
  5. Kentang AS ni memang bagus sekali, walau harga agak mahal tapi kualitinya bagus.. tahan lama juga. kentang ni juga sesuai utk mereka yg diet boleh gantikan dengan nasi

    BalasPadam
  6. Boleh dikatakan selang hari kot rumah Sis goreng kentang.. beli jenis kepingan yang frozen tu haaa, tapi bukan Sis buat, anak yang buatnya..
    Bagus rupanya ekk.. kalau potato chip dalam botol tu, aci tak ek? hehehehe

    BalasPadam
  7. Kentang antara bahan wajib ada kat dapur ni. Anak-anak suka Kentang dan Nina suka ganti kan kentang as karbo selain nasi.

    BalasPadam
  8. Huge congrats to Soh Wai Ching and US Potatoes for such accomplishment. I wanna eat more US Potatoes now haha

    BalasPadam
  9. Hebat la dia wak..kte naik tangga sikit pun mengahnya ya rabbi hahah tahniah pd pemenang yg hebat tu

    BalasPadam
  10. Kentang mmg bgs. Dia berikan karbo semulajadi didalam badan

    BalasPadam
  11. kalau orang yang memang bersukan and aktif memang kena rajin ambik kentang untuk stamina

    BalasPadam