Jamu Mak Dara,

Sound Healing Atasi Masalah Kesihatan Dalaman Dan Luaran Melalui Muzik

Rabu, Oktober 14, 2020 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam kehidupan harian kita tak boleh lari daripada masalah peribadi mahupun masalah dalaman atau juga masalah tekanan dalam kehidupan. Memang semua orang akan almi perkara ini mungkin ada yang sedikit sahaja dan ada yang pada tahap kritikal. Sekarang ni pun ada pelbagai rawatan yang diperkenalkan kepada kita melalui rawatan klinikal atau juga terapi.



Tak dinafikan bahawa rawatan klinikal terbukti memberi kesan yang baik tapi ada juga alternatif lain yang juga turut sama mampu untuk memberi rawatan kepada pelbagai masalah ini. Kita pernah dengar tentang teripi zikir dan ia lebih kurang sama konsep dimana mengamalkan cara Islam dalam memberi rawatan tapi menggunakan muzik. Korang pernah dengar tentang Sound Healing atau Terapi Muzik

JAJAH MINDA DIRI


Sebenarnya terapi ini sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya, cuma di Malaysia ini ia masih baru dan jenama Jajah Minda Diri (JMD) dengan pengasasnya Tuan Abib Syed Ali adalah merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu terapi ini di Malaysia. Siapa kenal dengan Tuan Abib Syed Ali ini?

Tuan Abib Syed Ali



Kalau pernah dengar akan jenama Jamu Mak Dara beliau adalah pengasas kepada perusahaan itu yang kini telah menceburi bidang terapi muzik ini sejak dua tahun yang lalu. Sebenarnya konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains. Apabila alat muzik seperti gong dimainkan, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf dalam diri manusia seterusnya membantu pengaliran darah. Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi yang terhasil diaplikasikan untuk merangsang saraf dalam anggota badan kita.



Maha berkongsi cerita tentang terapi ini kerana Maha juga telah alami program terapi muzik yang dianjurkan oleh beliau baru-baru ini di Shah Alam. Pengalaman pertama Maha mengenali tentang terapi muzik ini. Terapi ini membabitkan empat segment utama iaitu pertama kenali diri, kedua kerohanian, ketiga zikir terapi dan keempat sound bath (mandi bunyi).



Bagi Maha yang baru mencuba terapi ini bahagian paling menarik dan juga sesuatu yang sangat terkesan dalam diri adalah bahagian terapi sound bath atau mandi bunyi. Waktu ini kita akan direhatkan dan dibaringkan dengan selesa dalam keadaan seperti tidur kemudian proses menyenangkan diri menggunakan kaedah memainkan muzik melalui alat seperti gong dan crystal bowl. Kat situ Maha paling terasa sekali segala tubuh badan dialun dengan kesedapan muzik menyerap dalam tubuh dan buat kita akan bangun dalam keadaan yang lebih rehat dan tenang.

KESAN TERAPI PADA DIRI


Selepas sahaja menjalani meditasi ini kita akan rasa lebih positif dan apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil untuk dikecapi. Kena yakin dan tenang diri sahaja. Tuan Abib berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang minat serta memerlukan. Beliau sendiri mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan terapi ini dan ingin mencubanya. Sesuai juga kepada pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam rumahtangga.  




Bagi Maha yang mencuba meditasi ini sangat bagus ia sesuatu yang baru dan pasti akan memberi kesan positif dalam diri untuk kita sayangi diri kita sendiri. Sekurang-kurangnya sebelum tidur kita luangkan masa dengan diri sendiri untuk memaafkan diri kita dan juga berterima kasih kepada diri kita setelah apa yang kita lalui. Ia akan membuatkan kita lebih tenang dan bila hati tenang jiwa tenang apa yang kita hajati Insha Allah akan mudah untuk datang kepada kita. Tapi hajati kepada perkara yang baik sahajalah. 



Kalau korang rasa nak ketahui lanjut tentang terapi ini dan bagimana ia dijalankan boleh terus ke laman sosial Instagram @abibsyedali. Terapi ini paling baik dilakukan dalam tempoh 3 hari 2 malam baru dapat segala-galanya. Terapi JMD turut pernah disertai oleh selebriti tanah air seperti Ayu Damit (peserta Gegar Vaganza 7), Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri. Saya ambil kata-kata hikmah Tuan Abib "Ubah cara berfikir, anda ubah perasaan dan secara tidak langsung anda ubah masa depan. Syukur Alhamdulillah Amin".







13 ulasan:

  1. muzik ni memang bagus pun even untuk baby..sama macam dengar alunan bacaan al quran. Macam menenangkan fikiran dan jiwa kita. Jadi pemikiran dan diri kita akan jadi lebih positif

    BalasPadam
  2. Hehe cam menarik lak terapi muzik ni. Leh la try i need terapi skrg ni hahah bosan dh lama tak kuar

    BalasPadam
  3. Teiba rasa nak me-time kat sini dari pergi ke spa semua.. teringin nak mencuba sendiri

    BalasPadam
  4. pernah dengar sound healing tapi Terapi JMD ni sounds interesting la. menarik untuk di cuba, boleh invite lebih banyak positive vibes

    BalasPadam
  5. Itu sebabnya Rawlins dari dulu suka dengar musik kalau masa ulangkaji sebab ianya akan memberikan ketenangan dalam diri

    BalasPadam
  6. Alaaa bagusnyaa...Sis kalau ada dia ke Johor rasa nak mencubanya laaa, memang sangat memerluka terapi di saat dan ketika ini ...

    BalasPadam
  7. First time dgr terapi muzik ni. Ayu damit tu lama xmuncul tiba2 come back. Wahhh kira berkesanlah jugak boleh positifkan diri kita. Benda baik tak salah cuba

    BalasPadam
  8. Nampak lena sungguh tidur tu Maha. Amboiii sangat ya. Awasss. Pertama kali dengar terapi sebegini. Rasa mcm nak alami sendiri. Berkesan ke erk ? Teringin nak tahu dibuatnya

    BalasPadam
  9. Baru first time tahu yang crystal bowl tue boleh buat terapi untuk kita juga. Ini cara yang kitkat gunakan untuk purify rantai manik yang Kitkat pakai.. Menariknya ni teringin nak try sound bath la...

    BalasPadam
  10. Ruby pernah pergi Sound Healing class anjuran OhanaJo oleh Jojo Struys, masa tu lepas dia balik dari belajar tentang Sound Bowl ni. Memang best tau buat Sound Healing ni. Kebiasaannya kita Yoga dulu dan penamatnya rehat bersama Sound Healing. Unik kan? Ruby rasa bangga bila Abang Abib bleh mahir Sound Healing. Pastu nama program JMD amat signifikasi dengan bisnes Abg Abib. All the best Abib Syed Ali. 💪

    BalasPadam
  11. Wow best nyer, i tried sound healing before it really helps to reduce stress and insomnia.

    BalasPadam
  12. Bestnya.. Memamg menenangkan ni terapi macam ni.. Mesti hati dan fikiran tenang dna relaks je.. Boleh hilangkan stress sekejap

    BalasPadam
  13. pertama kali kita dengar ada terapi macam ni babe. menarik pulak rasa. heyy cantiknya dia tido... hehehe

    BalasPadam