Anchor,

Resipi Chicken Parmigiana Jarang-jarang Belajar Buat Masakan Barat

Khamis, Oktober 22, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha kalau buat masakan international atau masakan barat memang tak expert kena tengok menu betul-betul. Sebab setiap masakan barat ni kalau main campak-campak macam masakan Malaysia lain rasanya. Sebab itu Maha jarang sangat nak masak kalau ada pun sekali sekala bila betul-betul nak rasa.



Macam kali ini Maha cuba untuk masak Resipi Chicken Parmigiana. Nama pun terbelit lidah nak sebut hehehe. Cara nak buat sangat cerewet yer. Ada dua bahagian pertama kena buat untuk sosnya dan kedua untuk sediakan ayamnya pulak. Lepas tu nak kena masak dalam oven lagi huhuhuhu. Tapi Alhamdulillah berjaya juga jadi version Maha punya. Kalau korang nak cuba boleh dengan menggunakan produk hebat daripada Anchor.



Resipi Chicken Parmigiana


Bahan untuk SOS
1 sudu Minyak Zaitun
1 biji Terung Panjang (Potong dadu)
1 biji Bawang Holand
2 ulas Bawang Putih
1 tin Tomato Puri
1 sk serbu Lada Hitam
1 sk Serbuk Origano
Garam secukup rasa

Bahan untuk persediaan ayam
2 Ketul Dada Ayam (Tanpa tulang)
1/2 Cawan Tepung Serbaguna
1 sk serbuk Lada Hitam
1 sk serbuk Origano
1 biji Telur
1 mangkuk Serbuk Roti
1 helai Daun Parsley
50gram Perfect Italiano Parmesan Grated
50gram Anchor Unsalted Butter 
240gram Anchor Mozzarella Shredded Cheese



Cara nak masak Maha sediakan dalam satu video sangat cepat. Kalau korang rasa tak boleh nak follow stop-stopkan lah video ni yer hehehe. Tapi kalau korang ikut step by step dalam video Maha rakam ni Insha Allah jadi. Rasa jer lah mungkin lain sikit setiap orang wakakaka.


Macam mana rasa senang tak nak buat. Maha pun pertama kali cuba buat. Penting Maha menggunakan produk cheese tu daripada Anchor kerana jenama yang diyakini oleh kebanyakan restoran international. Sebab tu produk ni susah nak dapat kat kedai biasa. Kena cari kat kedai pastri atau kedai jual bahan membuat kek. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera. 










0 Pandangan: