BBQ,

FarmGrill Kambing Perap Halal Bersih Dan Sedap

7:00 PG Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga semua rakan-rakan sekalian. Kerajaan baru jer semalam umumkan lanjutan PKPB kat area Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk tempoh lagi 14 hari. Korang rasa tak mati kutu kat rumah ni nak makan apa. Nak keluar pun tak boleh duduk ramai-ramai satu meja macam sama jer makan kat rumah. Jadi nak tak nak memang order makanan dari rumah sahaja secara online terus sampai senang.



Pulak time macam ni lah tekak ni nak makan masakan barat. Maha ni memang tak pandai nak masak tambah-tambah nak cari bahan untuk buat semua masakan barat remeh. Jadi langkah paling senang order sahaja kali ni Maha order Kambing Perap FarmGrill Premium. Giler kalau nak perap kambing panggang memang jenuh nak cari rempah satu kerja pastu nak cari bahagian kambing lagi satu hal sekarang semua dah ada dalam satu pek senang buka defrost dan terus boleh masak.



FarmGrill Kambing Perap ni keluaran bumiputera jadi memang Maha yakin lah tentang Halal dan juga kebersihan serta kualiti kambingnya. Kalau korang nak tahu pengeluar produk ini menggunakan 100% Fresh Lamb Shoulder dengan 11 rempah ratus terpilih. Tanpa gula dan garam rasa pun dah sedap. Ini bukan cakap kosong yer sebab Maha dan beli dan cuba sendiri kambing perap ni best giler.



Kambing Perap ni tahan lama boleh simpan dalam peti sejuk beku dan kalau nak masak keluarkan defrost sekejap. Lepas tu cara nak masak kalau korang tanya Maha paling sedap masak BBQ lah dengan arang tapi sebab duduk rumah apartment memang susah lah nak bakar arang ni. Jadi korang boleh sahaja masak macam Maha ni dengan menggunakan Oven atau juga guka Airfryer atau juga tak ada semua tu korang panggang sahaja dalam fry pan lagi senang. Gunakan api yang perlahan dan juga masak lama supa ia sekata.



Nak jadi macam orang barat korang boleh lah makan kambing perap ni dengan ketang putar yang buat sendiri serta juga salad sikit kat tepi puas hati. Kalau Malaysian style makan dengan kentang goreng atau juga makan jer dengan nasi putih layan dohhh. Sebab bila korang masak kambing ini ia sangat kurang minyak dan juga ada perapan tu korang boleh masak untuk jadikan sosnya.



Maha beli hari tu mereka tengah buat promo sehingga 31 Oktober 2020 ini iaitu RM28 untuk 600gram daging kambing perap. Satu bekas ni memang kenyang lah boleh makan untuk dua orang sangat sesuai. Banyak giler dan isi kambingnya pun besar kurang tulang. Bermula 1 Nov 2020 nanti akan ada pula Ayam Perap RM25 satu pek untuk 850gram. Tak sabar nak cuba ayam pula nak ker???



Kalau teringin nak cuba Maha bagi no agent yang korang boleh order pm sahaja IG @FarmGrillOfficial atau whatsapp agent kat bawah ni: 
๐Ÿ“ž Ejen Tropicana&Rawang : 017-286 7115 /01136617115(Tazila)
๐Ÿ“ž Ejen Damansara Perdana : 014-843 3338 (Asiah)
๐Ÿ“ž Ejen Sri Damansara : 017-397 8770 (Linda)
๐Ÿ“ž Ejen Batu Berendam (Melaka) : 012-2347815 (Kak Limah)

Lokasi yang lain ada juga sebab mereka boleh hantar dan sediakan bekala ni seluruh semenanjung Malaysia tau. Sekarang ni duduk rumah lagi lah senang semua hujung jari jer hehehe. Cepat dan terus sampai depan rumah best giler.








12 ulasan:

  1. Waa..nampak sedap la maha kambing tu. Sisyat pun suka makan kambing grill mcm ni.

    Boleh cuba order la ni..

    BalasPadam
  2. Boleh juga contact stokis Damansara (Anem 0123278502) utk order area TTDI atau luar Selangor. Kami Ada stokis/agent seluruh Semenanjung Malaysia. TQ Maha sebab bagi review yang best.

    BalasPadam
  3. Pada sy, Western food lebih senang masak drp Asian food, sebab tak payah pakai byk spices. Tp ok jugak ada produk mcm ni, jimat masa.

    BalasPadam
  4. Amboihh kemain ya maha hias pinggan tu. Even kambing perap ekspres pun tetap berselera kalau sedap

    BalasPadam
  5. Sedap woii ayam perap macam ni. Aku kalau makan memang makan sekali pun dah puas hati

    BalasPadam
  6. Pepagi masuk komen gini laaaa... adeii kambing plakkk di tunjukk, lapo terus tekaknya.. Sedap nampak juicy dan lembut aje isi dagingnyaa.. nape laa takde agen Johor yaaa...

    BalasPadam
  7. wow, the FarmGrill Kambing Perap looks so delicious. Nice that it is Halal, fresh and clean. I wish to try it this CMCO soon

    BalasPadam
  8. Lama tak makan kambing ni.. Sedapnya tengok..dah siap perap semua tu yang best tu.. Tinghal masak je.. Hehehe

    BalasPadam
  9. Kemain platting dia. Ala ala presentation restoran 5* gitchuw. Haha.
    Senang ada daging perap cmni. Bebila xde idea nk masak, grill kan aja.

    BalasPadam
  10. Wahhh dah la Kitkat ni hantu kambing.. Senang bethol bila ada daging siap perap mcm ni.. Nak makan terus grill jer... Nice.. ๐Ÿ‘

    BalasPadam
  11. Nmpak macam sedap especially yang kambing tu. harga pun not bad jugak. Menarik untuk dicuba ni.

    BalasPadam
  12. Wow! Nampak terliur sangat! Fresh dan terus bakar kat rumah! Terbaik lah ni!! Bila2 masa nak makan pun boleh. Tak perlu keluar cari dah!

    BalasPadam