Eat Sushi,

Eat Sushi Sunway Giza Menyajikan Sushi Istimewa Dan Banyak Pilihan

7:00 PG Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama giler Maha tak makan Sushi sejak dari PKP hari tu sampai kepada PKPB semula kat KL dan Selangor ni. Teringin sangat nak menikmati hidangan sushi yang segar dan juga terbaik menggunakan bahan semulajadi. Maha kalau makan sushi suka yang ada Chuka Idako dan ada Unagi Sushi tu memang kegemaran sangat makan banyak pun tak apa hehehe.



Alhamdulillah baru-baru ini memang rezeki kawan ajak pergi cuba satu tempat makan sushi yang pertama kali Maha tahu terletak di Sunway Giza Kota Damansara. Korang boleh cari nama restoran tu adalah Eat Sushi. Menariknya restoran ini diasaskan di Capalaba Central Shopping Centre Australia. Di Sunway Giza ini adalah cawan mereka yang pertama di Malaysia dan luar Australia. Walaupun ia datang dari bukan negara asal makanan ini tapi penyediaan dan juga rasa sama seperti mana sushi yang ada di negara matahari terbit tersebut sebab ia semangat perkhidmatan berorientasikan Jepun. 







Kalau korang masuk restoran ni sama macam restoran sushi lain ada sushi yang begerak atas conveyer dan juga kita boleh ambil berapa banyak. Harga pula ditentukan mengikut warna piring dimana yang warna piring biru RM2.80 satu piring, manakala piring warna hijau RM3.80 dan juga piring warna kelabu RM4.80. Jadi memang tak sedarlah korang ambil berapa banyak piring makan sepuasnya. 








Kat sini ada beberapa menu sushi yang menjadi hidangan paling popular dan juga yang sedap iaitu seperti Unagi Rainbow Maki. Ini memang kegemaran Maha sebab ada Unagi dan juga ada krim cheese atasnya. Lepas tu ada juga Grill Salmon Rainbow Maki yang ni disusun dengan sos istimewa yang membuatkan ia rasa lebih sedikit masam. Juga ada Tempura Sushi Maki yang memang digoreng garing dengan tepung tempura istimewa.







Lagi ada juga yang istimewa korang kena cuba di sini iaitu Avocado Rainbow Maki yang mana sushi ni ada hirisan avocado atasnya untuk lebih sihat dan rasa enak. Kena cuba juga Grill Hotate Rainbow Maki yang ada crabstick salad dicampur dengan scallop panggang. Akhir sekali menarik kena korang cuba juga iaitu Egg Rainbow Maki ada telur di atasnya untuk rasa lebih enak dan nampak menarik. Semua ni Maha dah rasa dan memang memenuhi selera orang yang suka sushi macam Maha ni.









Mula-mula ingat ia ada ruang luar untuk outdoor dan dalam yang indoor sahaja tetapi juga ada tingkat atas untuk mereka yang nak buat acara atau majlis khas tanpa diganggu dengan tetamu lain. Ruangan atas ni mampu memuatkan seramai 50 hingga ke 60 orang dalam satu-satu masa. Mereka akan serve semua hidangan untuk majlis khas korang jadi tak perlu nak risau.







Kalau rasa dah tak tahan nak cuba sushi boleh datang ker Eat Sushi Sunway Giza Kota Damansara yang beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Walaupun musim PKPB ni ia buka tapi dengan SOP yang ketat dan juga penjarakan fizikal diutamankan untuk keselamatan pelanggan. Nanti korang boleh lah try dan tinggal komen kat sini ok.

Ikuti laman sosial media untuk sebarang update tekini :






12 ulasan:

  1. Kte ni dah la hantu sushi.lepak mana2 yg ada sushi mesti tak missed beli. Ni plakkk kat sushi house! Adoiii nyampah la kat awak. Nnt pas pkpb nak gi la

    BalasPadam
  2. Tutup mata baca blog Madi, gambar makanan semua boleh buat jilat skrin. Hahahaha. Sedapnya EatSushi. Nanti nak pergi lepas PKPB. Hehe

    BalasPadam
  3. LH suka sangat makan sushi. Takoyaki dia tu nampak 😋. Dahlah tempatnya pula cantik

    BalasPadam
  4. Sisyat boleh makan sushi, tapi x semua la boleh masuk tekak. Yg feveret tu mcm Maha la. Boleh telan byk2 😅

    BalasPadam
  5. Oh yummy!!!!!! Syok nyer dpt makan sushi sakan. Harga dia affordable pula tu. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  6. omg so glad for this! those sushi looks so fresh and theyre so affordable!

    BalasPadam
  7. sedapnya uols ! nampak very the premium! nak cubalah nanti . btw halal tak tu uols?

    BalasPadam
  8. Menyelerakan sungguh semua sushi tu. Terliur dibuatnya. Banyak pilihan disediakan ye. Kalau saya rambang mata nak buat pilihan haha

    BalasPadam
  9. Wow semua namoak sedap and price pun reasonable, i want to try their Grill Hotate Rainbow Maki.

    BalasPadam
  10. Oh my... Suka sgt makan sushi.. Lepas PKP ni nak makan kat sini la nanti..

    BalasPadam
  11. Sedapnya sushi kat sini.. AM dah cuba.. harga mmg berbaloi n pilihan pun pelbagai..

    BalasPadam
  12. Tak tau le kenapa, bila Sis nengok seketul shushi eat ni, rasa kenyang snagat seketul tu, beza dengan shushi yang sedia ada...yang ini nampak mewah sangat isinya..

    BalasPadam