AmLife,

45% Rakyat Malaysia Alami Masalah Kesihatan Mental Semasa Situasi Pandemik

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahu tak korang hasil tinjauan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia 45% rakyat Malaysia mengaalami masalah kesihatan mental semasa negara menghadapai situasi pandemik Covid-19. Menjelang tahun 2020, masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami oleh rakyat Malaysia selepas sakit jantung.



Satu lagi yang menjadi isu sekarang seorang dalam tiga rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas (29.2%) mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda daripada 11.2% yang dilaporkan pada 2006. Di antara belia Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun, satu dalam lima mengalami kemurungan, dua dalam lima dibelenggu keresahan dan satu dalam 10 menghadapi tekanan atau stres. Korang rasa korang dalam golongan yang mana.

Kesan Pandemik Kepada Mental


Mengenai kesejahteraan mental isi rumah di Malaysia semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), satu tinjauan kesihatan terbaharu yang dijalankan oleh kumpulan pemikir Malaysia The Centre melibatkan 1084 responden di Malaysia mendapati bahawa: 

  • ∞ 45% daripada responden melaporkan kesejahteraan minda yang terjejas semasa PKP, dengan tahap keterukan berbeza. 
  • ∞ 22% melaporkan tahap keresahan pada tahap antara teruk sehingga amat teruk, dengan 20% dan 15% daripada responden melaporkan tahap kemurungan dan tekanan yang serius sehingga amat serius.
  • ∞ Kaum wanita dan mereka yang berusia di bawah 35 tahun melaporkan tahap emosi negatif yang lebih tinggi. Antara 18-26% wanita menyatakan bahawa mereka mengalami kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk sehingga amat teruk.



Manakala menurut Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa, AS (IASP), satu bilion manusia di seluruh dunia dianggap mempunyai masalah gangguan mental atau salah guna bahan, dan sesiapa di mana-mana sahaja boleh terkesan. Kemurungan sahaja bakal menjadi beban penyakit utama di dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Takut juga bila dengar akan statistik dan juga kajian yang dilakukan ini adakah ia juga bakal mempengaruhi diri kita sendiri. Sebab penyakit mental ini tidak dapat dilihat pada peringkat awal tapi apabila ia bertambah makin serious baru kebanyakan orang dapat melihat dan mengetahuinya. Adakah kita nak tunggu sampai tahap macam tu baru nak bertindak. 

Tidur Lena Demi Kesihatan Mental


Maka sempena dengan Hari Kesihatan Mental Dunia (WMHD), pakar kesihatan tidur AmLife International Sdn. Bhd telah melancarkan acara WMHD bertema 'Tidur Lena Demi Kesihatan Mental' meliputi enam buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Taiwan. Acara tersebut, yang diadakan dalam bentuk bengkel dalam talian dan fizikal adalah bertujuan mendidik orang ramai tentang isu kesihatan mental di rantau ini.



Pengasas & Presiden AmLife, Mr Lew Mun Yee berkata tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan psikologi dan mental seseorang dan begitu juga sebaliknya. Isu kesihatan fisiologi dan psikologi semakin meningkat di peringkat global. Seorang dalam lima orang mengalami masalah kesihatan mental. Oleh yang demikian, AmLife menekankan pendidikan mengenai tidur, yang merupakan sebahagian daripada falsafah perniagaan mereka.

Miss Elizabeth Huxtable Pakar Terapi Bunyi Bertauliah & Mr Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife

AmLife telah melantik Cik Elizabeth Huxtable, Pakar Terapi Bunyi bertauliah dengan pengalaman terapi menyeluruh selama 30 tahun (Globe Sound & Consciousness Institute, San Francisco, Amerika Syarikat) dan juga Dr Luke Wang seorang Pakar dalam bidang Psikiatrik, Perubatan Tidur dan Geriatrik & Dekan Rafah Sleep Clinic di Taiwan untuk berkongsi maklumat tentang kesihatan mental ini.



Sebenarnya seseorang perlu dapat tidur yang nyenyak untuk meningkatkan kesihatan mental keseluruhan, yang seterusnya menambah baik kesihatan luaran. Tidur yang terganggu menjejaskan keliutan otak dan mengubah tahap tekanan dan sistem radang. Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur yang kurang baik menyebabkan Penyakit Alzheimer selain daripada tekanan jangka panjang yang meningkatkan paras glukosa darah. Ini boleh menyebabkan kelemahan metabolisme dan meningkatkan risiko kegemukan, lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan

Frekuensi Menjadi Penyelamat! 


Kajian mendapati frekuensi bunyi boleh menjejaskan sistem saraf dan mencetus kesan pemulihan positif kepada minda dan badan. Terapi bunyi membantu meringankan tahap stres seseorang, dengan mengurangkan tekanan darah mereka dan membantu sistem vaskular untuk meregangkan salur darah dan membolehkan darah mengalir dengan lebih lancar. Setiap organ dan sel dalam badan kita mempunyai frekuensi resonans. Kadangkala disebabkan stres, toksin dalam persekitaran, penyakit dan lain-lain, organ mula menggetarkan frekuensi yang salah. Maka getaran bunyi yang betul mampu memulihkan dan boleh membantunya kembali kepada frekuensi semula jadi dan menjadikan badan lebih relaks.




AmLife telah memperkenalkan penyelesaian DeepZleep Amsonic iaitu teknologi tidur regeneratif dari Jepun yang menggabungkan Terapi Potensi Elektrik, Terapi Haba dan Terapi Kekerapan AmSonic yang dihasilkan dalam bentuk tilam. Terapi Frekuensi AmSonic ialah teknologi Jepun terbaharu yang memanfaatkan frekuensi alam semula jadi dan frekuensi pemulihan kerohanian untuk megharmonikan frekuensi badan dan menserasikannya dengan persekitaran semula jadi untuk merehatkan badan, melegakan ketegangan dan memastikan korang dapat tidur lena supaya badan korang boleh pulih dan menikmati manfaat kesihatan. 

DeepZleep Amsonic 


Satu kajian oleh Northwestern University School of Medicine mendapati bahawa terapi frekuensi desibel rendah boleh membantu menambah baik tidur yang lena, terutamanya bagi warga emas. Pakar kesihatan terbabit percaya fasa tidur lena penting untuk penyepaduan daya ingatan dan proses pemikiran lebih pintar.




Mereka mendapati orang yang tertidur semasa mendengar terapi frekuensi desibel rendah mencatatkan markah ujian tiga kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendengar muzik latar dalam ujian memori pada waktu pagi. Ini bermakna mereka sebenarnya menjadi lebih pintar selepas cukup tidur untuk semalaman. Mungkin juga ini adalah salah satu cara untuk menyelesaikan sekiranya seorang ada masalah tidur atau insomnia. Korang boleh cuba dengan produk ini mungkin dapat mengurangkan masalah dan sekaligus merawat penyakit yang sekian lama korang alami. Ini salah satu usaha kita sahaja tapi hanya Allah yang menentukan segalanya. Kita kena bertawakal padanya juga betul tak. 

Siapa yang berminat nak tahu lanjut produck ini boleh layari www.amlife.com.my.








13 ulasan:

  1. betul tu maha, kesihatan mental ni penting sangat, ada jugak kawan2 terjejas emosi sejak pkp. bokeh suggest kat diorang nanti

    BalasPadam
  2. Kesihatan Mental memang perkara yang susah nak tahu sama ada kita pesakit atau tak. Tidur jangan overdose, nanti lagi sakit mental. Dah la masa COVID-19 kerja takda, duduk rumah kena fikir camana nak tambah pendapatan. So, dapatkan bantuan komuniti. Jangan berdiam diri. Nanti yang jd mangsa adalah keluarga kita. Sedih sangat kes sakit mental sampai cederakan orang lain berleluasa.

    BalasPadam
  3. LH pun selalu tidur tak menentu. Lepas tu, bila tidur lambat tu mula lah stress. Selalu lupa benda-benda kecil

    BalasPadam
  4. Nak tau tak, kawan Sis pun abang baru aja di sahkan sakit mental, lepas kena buang kerja bulan Mei lalu, tak boleh nak move on atas kesempitan kewangan..kesian sangat..
    Jalan mudah memang kena tidur cukup dan awal, cuma bila dah terlalu banyak masaalah, jadi sukar nak tidur kan...

    BalasPadam
  5. bestnya babe kalau dapat satu. kita ni ada masalah tido tau.. memang nk kena ada satu weii.. ada yg nak sponsor tak? eh

    BalasPadam
  6. Betul sangat tu , kalau tak pandai kawal memang mahu ramai yang mental ...muzik is the best theraphy bukan dengar waktu nak tidur jer tapi dengar bila rasa nak dengar ...kalau boleh dengarlah lagu yang ada gembira ada motivasi supaya minda pun tenang dan gembira ...

    BalasPadam
  7. Setuju. Nk elak masalah kesihatan mental ni bermula dari kualiti tidur kita. If tidur kita berkualiti inshaaAllah masalah mental ni settle. Tips nk lena tidur salh satunya tempat tdur yg selesa mcm tilam & bantal amlife👍

    BalasPadam
  8. Tidur berkualiti barulah menjamin kesihatan berpanjangan. Kadang kalau tak cukup tido tu lah menjadi punca kesihatan merosot. Kene sentiasa motivate diri .. Hepi kan diri

    BalasPadam
  9. orang ramai yang kesihatan emosi mental nya terganggu ni kebanyakannya datang dari kalangan pelajar dan parents/individu yang banyak tanggungan dan komitmen

    BalasPadam
  10. this article is so important. thanks for sharing the stats and spreading the awareness!

    BalasPadam
  11. Menarik juga produk ni.. Tapi bila tekan link kat website mereka, takde pulak sebut pasal harganya... Mcm menarik nak usha juga ni..

    BalasPadam
  12. Mak ena pon da hilang kerja. Bayangkan keje dari bujang tibe2 xkeje sebab pandemic je. Tapi ada hikmah lah dia rehat. Kalau tak jenuh suh die duduk rumah je hehe. Ada org datangkan negatif. Alhamdulillah ena plak terbalik. Sebab degil benar mak xnak benti keje. Bab cukup tidor tu memang setuju sbb bila ena tak cukup tdo ni emosi tak stabil keje nak marah anak je. At least entri ni bg awareness kt diri ena

    BalasPadam
  13. Bagusnya ada produk macam ni.. memang tak semua orang boleh tanggani emosi dengan baik kalau faktor tidur yang tidak cukup diambil remeh.. tidur yang cukup perlu untuk kesihatan mental kita

    BalasPadam