Deepavali,

Menu Istimewa Sempena Dengan Sambutan Deepavali Di Chicken Rice Shop

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha sebenarnya suka makan kat The Chicken Rice Shop (TCRS) bukan sahaja kerana sekadar Nasi Ayamnya tapi juga restoran ni tak pernah tak ada promo hebat sepena dengan musim perayaan. Tak kiralah perayaan apa yang disambut di Malaysia ni. Sekarang ni dekat dengan perayaan Deepavali restoran ni sediakan sesuatu buat pelanggan setia mereka.


Sekarang ni korang boleh nikmati Flaming Koli yang lazat dan istimewa. Ia satu hidangan ayam untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia - cuba sekali, pasti nak lagi!



Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi cuba menu baru ini kat restoran TCRS ni. Bagi pandangan Maha ia adalah satu rasa ayam yang lain daripada lain dan tidak boleh didapati dimana-mana restoran atau kedai makan. Rempah ratus yang digunakan susah Maha nak teka tapi ia tetap kena dengan selera Maha orang Melayu. Cuma sedikit pedas bagi Maha dan ia tak sesuai untuk kanak-kanak kot. Tapi orang Malaysia suka yang pedas selagi tak pedas selagi tu akan ditambah kepedasanyakan.



Ayam Flaming Koli ini ia datang dalam pelbagai set ada untuk makan seorang, ada juga untuk pasangan berdua, serta juga ada set untuk keluarga sederhana besar iaitu empat orang. Hari tu Maha makan set untuk satu orang tu pun dah cukup kenyang kerana dalam set tu ada dua ketul ayam bahagian paha dan dada, juga ada sekali sayur Pak Choy with Oyster Sauce, 1 mangkuk sup dan juga satu pinggan nasi ayam. 



Bagi Maha cara untuk nikmati hidangan istimewa ini adalah korang boleh makan dengan nasi ayam bersama sup sudah cukup. Tak perlu nak tambah sambal yang mereka sediakan kerana korang dapat rasa kepedasan daripada rempah ratus ayam tu sendiri cukup mengancam. Cumu bagi Maha kena sediakan air sejuk sekali sebab memang akan makan sambil minum air pedas giler lah. 


Minuman juga ada promo istimewa sekarang ni mereka sediakan minuman baru iaitu Tropical Twist atau Beery Jelly Fizz. Cuma minuman ni korang kena tambah sikit lah harganya. Hari tu Maha makan tak cukup satu pinggan nasi tau sebab ayam tu ada dua ketul jadi Maha tambah lagi sepinggan nasi baru puas makan habis semua. Siap Maha gigit lagi bahagian tulang ayam tu kerana rempah ratus tu meresap dalam setiap sudut daging dan tulang ayam, jadi rugi kalau korang tak habiskan membazir hehehe.



Cuma Maha nak ingatkan yang promo Flaming Koli ini hanya untuk masa terhad iaitu bermula dari 21 September 2020  hingga 15 November 2020 sahaja. Masi sempat lagi ni banyak masa korang nak cuba dan rasai kepedasan ayam baru dari TCRS ni. Maha tak tipu korang akan puas hati makan memang kalau boleh siap bungkus bawa balik hehehehe. Itu sebabnya Maha suka pilih untuk makan tengahari atau malam kat TCRS ni kerana sentiasa ada yang baru bukan sekadar Nasi Ayam sahaja tau. Selamat mencuba dan juga selamat menjamu selera lah pada semua ok.

Maklumat lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain boleh layari :








14 ulasan:

  1. Wah, best ni.. Deepavali pun dah nak dekat. Boleh la ambik mood Deepavali kat sini

    BalasPadam
  2. So next kita makan yang nie ke camne nie MM? Teringin gak nak makan-makan lepak-lepak makan Ayam Koli nie kan.

    BalasPadam
  3. Suka la makan kat The Chicken Rice Shop ni.. Setiap perayaan akan ada signature dishes yang dinanti2kan oleh peminat TCRS like me... Hehehe... Nak g try Flaming Koli ni nanti la..

    BalasPadam
  4. LH memang suka pedas-pedas ni. Lagi pedas, lagi LH suka 😋

    BalasPadam
  5. Wah chicken rice shop ada menu baru. Nak nak yang jenis pedas ni. Memang kena cuba menu baru ni. Memang suka makan pedas2 ni

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ayam ni. Bila nak belanja aku Maha.. huhuhu

    BalasPadam
  7. Wow nampak sedap nya nasi ayam koli ni.. Mesti pedas lit lit nih. Tapi nk cuba jugalah nnt

    BalasPadam
  8. Perghh menu baru dia menarik betul. Nampak sedap ni. Yang pedas ni lah kena cuba. Hahaha.

    BalasPadam
  9. Fulamak nampaknya memang sedap lar sajian yang terbaru ni. Saya nak cuba juga ayam dengan kuah yang pedas-pedas giler ni.

    BalasPadam
  10. Wahh nama dia btul2 sempena deepavali nti ea.. Tgok mcm best je menu baru ni nanti nk try laaa...

    BalasPadam
  11. TCRS memang fav kita sekeluarga. Next time nak cuba menu baru ni pulak. Mesti sedap kan.

    BalasPadam
  12. wah nampak sedap Flaming Koli tu.. aritu iena pergi TCRS dengan kawan opis dah tapi da abes Flaming Koli tak dapat cuba..So makan menu biasa je la hehe

    BalasPadam
  13. Dah lama tak makan2 kat makan kat The Chicken Rice, sjrg dah ada menu baru blhlah nti sggh

    BalasPadam
  14. oo dah hujung tahun ni, nak Deepavali dah ya. nice semua

    BalasPadam