Buffet,

Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang Membawakan Tiki Weekend Hi-Tea Dan Tiki BBQ Seafood Dinner

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam proses normal baharu ini memang agak sukar lah untuk kita membuat aktiviti hari bukan seperti biasa. Kalau sebelum ni orang keluar jalan pakai mask kita dah syak sebagi seorang penjenayah atau juga orang sakit. Tapi sekarang dah terbalik orang yang sihat semua kena pakai mask dan siapa tak pakai mask kena denda tau. Diharap semua ini hanya untuk sementara sahajalah dan kita terus dijauhkan daripada pendamik yang makin hari makin mengganas ni.



Sebab tu di tempat makan seperti buffet atau juga hotel ada SOP mereka sendiri bagi memastikan pelanggan terus terhindar daripada sakit. Begitu juga yang diamalkan di Restoran Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang yang Maha pergi baru-baru ini. Mereka bukan sahaja mewajibkan semua pelanggan pakai mask dan juga membuat pemeriksaan suhu serta juga cuci tangan dengan hand sanitizer. Malah semua makanan yang dihidangkan di sini juga tidak benar disentuh oleh pelanggan. 






Pelanggan hanya perlu bagi arahan kepada petugas yang ada di meja buffet tu untuk mengambil makanan dan juga menyediakan makanan untuk anda. Ini juga dalam masa sama dapat menjaga kebersihan dan juga kualiti makanan yang dihidangkan. Selain itu juga restoran mereka mengamalkan penjarakkan fizikal dimana jumlah meja dan kerusi dikurangkan demi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM. Itu yang Maha rasai bila makan buffet kat sini satu yang baru dan kita kena biasakan. Sekarang ni Kontiki menyediakan dua buffet istimewa kepada pelanggan dan tetamu mereka.

Tiki Weekend Hi-Tea


Bufet ini adalah untuk hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad sahaja. Korang boleh bawa keluarga dan ajak rakan-rakan hujung minggu untuk chill out bersama-sama. Masa untuk makan kat luar dah puas masak kat rumah sekali sekala nak rasa juga makanan betaraf hotelkan. Bufet hi-tea ini ada lebih daripada 100 variasi makanan untuk dinikmati. Juga ada 5 set hidangan yang akan di tukar setiap minggu untuk memberikan kelianan kepada pelanggan. 







Korang memang akan rasa tak tahu nak mula mana dulu bila dah tengok makanan banyak macam nikan. Ni Maha namakan sebagai sindrom nafsu membuak wakakaka. Maha sendiri mengalami situasi macam ni. Bufet sini mereka bahagikan kepada beberapa bahagian seperti Noodle & Rice Station, Action Station & On Ice iaitu bahagian dimana chef akan masak secara terus depan mata anda. Kemudian ada bahagian Salad & Appatizer untuk orang yang diet, ada bahagian Sandwich Station, Hot Dishes, Vageterian & Vegan Corner, From The Soup Kettle dan juga bahagian paling ramai suka iaitu Sweets & Desserts






Ramai orang kata kalau datang sini tak cuba mereka punya satay memang tak sah. Kuah satay yang sedap dan pekat serta satay ayam dan daging yang dibakar panas memang menyelerakanlah. Selain itu juga kalau siapa suka makanan berat boleh cuba mereka punya Hot Dishes seperti Fried Rice with Seafood, Mee Siam, Squids Cooked with Capsicum & Onion, Chicken Varuval, Mutton Stewed with Vagetables, Deep-Fried Breaded Fish Fingers, Mashed Potato with Gravy dan juga Ikan Masak Kicap Berempah







Bufet Hi-tea ini seperti mana yang Maha bagitahu tadi ia dibuka untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja dari pukul 12.30 tengahari hingga 4.00 petang. Korang boleh booking awal untuk dapat tempat yang selesa atau juga boleh walk-in juga. Harga untuk Tiki Weekend Hi-Tea hanya RM86 nett untuk dewasa, RM43 nett untuk warga emas 55 tahun ke atas dan RM33 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Jadi boleh lah plan hujung minggu untuk menikmati juadah yang menarik dan banyak kat Restoran Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang.

Tiki BBQ Seafood Dinner


Bagi bufet untuk makan malam ni pula lain sangat daripada yang siang tadi. Selain daripada hari yang lain iaitu hanya disediakan pada Jumaat malam dan Sabtu malam sahaja. Makanan yang disediakan untuk makan malam ni pun lagi hangat dan menyengat. Dah nama pun Seafood jadi waktu malam ni lebih banyak pilihan makanan laut yang segar dan juga dipanggan panas. 








Belah malam ni korang kena cuba bahagian bakar-bakar yang berada di luar Restoran Kontiki ini. Korang mesti mengidam mereka punya BBQ yang disediakan seperti Roasted Whole Lamb Rack & Lamb Leg, juga ada Beef Wallington, Baked Whole Salmon Fish bersama dengan sos istimewa iaitu Mint Sauce, Mushroom Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce, Cream White Herb & BBQ Sauce. Ini sahaja Maha makan dan bertambah beberapa kali tak ingat memang asyik berulang sahaja kat bahagian ini. 








Juga ada bakar-bakar lain seperti Slipper Lobster, Tiger Prawn, Assorted Sausage, Chicken Wing, Chicken Santin, Large Squid, White Prawn, Lamb Cutlet, Flower Crab, Beef Steak, Chicken Satay dan Beef Satay. Tu bahagian yang panas ada juga yang bahagian Seafood On Ice dimana makanan laut segar dihidangkan kepada yang minat. Macam-macam pilihan ada kalau korang suka Shell Oyster, Slipper Lobster, Tiger Prawn, Flower Crab dan Shell Mussel. Siapa suka sangat makan tiram mentah dengan perahan lemon ini masa korang makan sampai puas ok tapi jangan membazir ok.








Tiki BBQ Seafood Dinner ini hanya buka pada waktu malam hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Harga pula lain sikit dimana RM138 nett untuk dewasa, RM69 nett untuk warga emas 55 tahun ke atas dan juga RM49 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Jadi kalau nak cuba makanan laut yang banyak untuk BBQ boleh datang sini mesti korang terkejut punya hehehe. 







Selain itu juga ada Tiki Yam Lay Sek iaitu A LA Carte Buffet untuk makan tengah hari dan makan malam pada hari-hari lain selain daripada promo kat atas tadi. Iaitu bermula hari Isnin hingga Jumaat buka dari pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan Isnin hingga Khamis untuk makan malam dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Bak kata hari-hari lah Restoran Kontiki ini buka tapi hari yang Maha sebut kat atas tadi ada promosi makanan yang lain daripada lain. 
 
Untuk tempahan dan juga pertanyaan promosi ini boleh hubungi :
Tel : 03 2148 9166 ext. 2239
Laman web : http://www.kontiki.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/kontiki.thefederalkl
Instagram : https://www.instagram.com/kontiki.thefederalkl
Twitter : https://twitter.com/KontikiTFKL





13 ulasan:

  1. best la kalau buffet yang ada banyak makanan macam ni. semua nmpak sedap terutama desserts tu.. wow!!

    BalasPadam
  2. dessert2 dia sangat sedap ye... kita suka time bbq seafood tu...mcm2 jenis makanan ada utk dinikmati.. it was nice meeting you maha. maafkan kami berdua MJK dan anak jika terkasar bhs ye.. hihi

    BalasPadam
  3. dah lama tak dtg sini makan! so far kite memang stuju sini slah satu tempat fresh seafood. nanti nak pergi lagi lah!

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan kt Hotel nie..makanan semua nampak sedap, seafood pun nampak fresh..bolelah cuba nie

    BalasPadam
  5. alaaaa. tak boleh jadik ni, nampak makanan sedap2 tapi maha tak ajak pun haha. sedap2 belaka makanan dkt sini. haish dah lama jugak tak makan mknn hotel

    BalasPadam
  6. Bila baca blog Maha, tetibe rasa rugi tak join haritu. Uwaaaa bestnya. Makan sedap2. Terliur dibuatnya. Kontiki mmg selalu sajikan makanan best2.

    BalasPadam
  7. Tiki memang sentiasa menyediakan makanan yang best - tak pernah mengecewakan. Next time ajak I please

    BalasPadam
  8. Bagus juga SOP restoran ni.. banyaknya pilihan makanan bro.. kalau saya tak tahu nak pilih yg mana satu dulu

    BalasPadam
  9. Fuyooo bestnye. Tempat dia menarik. Makanan semua nampak sedap sedap. Terliur dah ni

    BalasPadam
  10. Tengok gambar2 makanan especially the desserts semua tempting sangat2.. Ada dimsum juga.. Nak plan makan2 with my family and friends la...

    BalasPadam
  11. Hr tu aku makan kat sini. Mmg sedap dan puas hati sgt

    BalasPadam
  12. The buffet at Restoran Kontiki @ The Faderal Bukit Bintang looks so yummy. Worth to dine in there

    BalasPadam
  13. Kak klu ygk menu2 yg byk gitu memang blur terus nak mkn mana.. sbb tgk semya cantik2, sedap belaka

    BalasPadam