Amerika Syarikat,

Blueberry Washington Segar vs Blueberry Beku Yang Mana Lebih Baik

8:38 PTG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau korang ada buah blueberry apa yang korang akan buat kepada buat tersebut adakah dimakan segar begitu sahaja atau dijadikan produk lain seperti jem, tart atau sebagainya. Kalau Maha buah import ini selalu tidak makan begitu sahaja mungkin Maha akan letakkan sebagai hiasan di atas kek atau juga dalam makanan tambahan penyedap rasa pada oat dan minuman smoothies.



Maha selalu beli adalah buah Blueberry Washington yang banyak ditanam di Washington State, Amerika Syarikat. Ia adalah antara daerah pengeluar buah blueberry terbesar di Amerika Syarikat. Sekarang buah blueberry ni ada banyak dijual dipasaran Malaysia sama ada dalam bentuk segar atau juga sejuk beku. Ini kerana buah Blueberry Washington dihasilkan pada musim panas sahaja maka mereka juga membekukan buah ini untuk dapat dinikmati sepanjang masa sepanjang tahun.

Blueberry Segar vs Blueberry Beku

Mungkin korang tertanya apa perbezaan antara Blueberry Washington segar atau juga blueberry yang beku. Sebanarnya mana-mana sahaja yang korang ambil waima ia blueberry segara atau beku khasiat tetap masih sama. Penyelidikan menunjukkan bahawa korang yang memakan blueberry beku dapat peningkatan antioksidan tambahan jika ia dimakan dalam masa 3 bulan dari tempoh pembekuannya. 



Penyelidikan di South Dakota State University ada menunjukkan bahawa blueberry beku menjadikan antioksidan didalamnya bertambah kuat. Ini kerana anthocyanin iaitu sebatian antioksidan terdapat pada kulit buah blueberry yang berwarna biru. Apabila buah ini beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem badan manusia mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit buah blueberry ini.



Hebat tak Maha wakakaka ini semua hasil pembacaan dan pencarian yang Maha buat di internet terhadap buah blueberry ini. Sebab Maha suka makan buah ini. Selain tu juga, buah ini ada banyak khasiat seperti mana yang di nyatakan oleh pakar Dietitian, Ms Indra Balaratnam. Menurut beliau satu cawan Blueberry Washington hanya mempunyai 80 kalori dalam setiap hidangan dan ia sangat rendah lemak serta natrium.



Blueberry Washington mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada kulit blueberry. Jadi sebab itu banyak pakar kulinari lebih gemar menggunakan warna asal dari kulit buah blueberry ini dalam semua jenis masakan dan makanan mereka. Selain khasiat ia juga adalah warna yang semulajadi. 



Dalam Blueberry Washington ia mengandungi Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan tisu dan mendorong penyembuhan luka. Kemudian ia juga mengandungi Mangnasia membantu tubuh memproses kolesterol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein. Ia juga adalah sumber serat makanan yang baik untuk tubuh. 1 cawan blueberry memberikan 3.6 gram serat. Ia Serat makanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan menambahkan sebahagian besar makanan selera makan korang.

Resipi Sihat Dengan Menggunakan Blueberry Washington

Macam Maha bagi tahu sebelum ni kalau korang tak boleh nak makan buah blueberry segar macam tu sahaja korang boleh hasilkan beberapa resipi makanan yang sihat yang korang boleh gunakkan. Kat sini Maha nak kongsikan dua resipi yang di ajar oleh pakar nutrisi untuk korang sama-sama dapat kebaikan blueberry ni. 

Resipi pertama WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR
Serves: 1 person

 


Bahan-bahan:
½ cawan blueberry Washington beku
250 ml air kelapa
1 pisang beku kecil atau ½ pisang beku besar

 

Kaedah penyediaan:
• Masukkan semua bahan ke dalam pengisar smoothie
• Kisar hingga rata
• Hidangkan sejuk

 

Analisis Nutrien (setiap hidangan):
Kalori: 160
Protein: 3g
Jumlah lemak: 1 g
Lemak tepu: 0g
Karbohidrat: 38g
Serat makanan: 7g
Kolesterol: 0mg
Natrium: 254 mg
Vitamin C: 20mg
Vitamin A: 92 IU
Kalsium: 66mg
Besi: 1.1mg


Resipi kedua pua adalah WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES
Serve: 6 standard-size rectangular waffles

 


Bahan-bahan:
1 cawan Blueberry Washington beku
1 ½ cawan tepung atta (tepung gandum)
3 sudu teh serbuk penaik
½ garam teh
340 ml susu rendah lemak
2 biji telur - dipukul rata
3 sudu besar minyak masak sayur
2 sudu besar kacang almond

 

Kaedah penyediaan:
• Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
• Dalam mangkuk lain, campurkan tepung atta (tepung gandum utuh), serbuk penaik dan garam.
• Lipat campuran tepung atta ke dalam campuran telur hingga digabungkan menjadi adunan halus.
• Campurkan kacang almond
• Kacau perlahan-lahan dalam 1 cawan blueberry beku. (Petua: Jangan terlalu banyak memasukkan blueberry ke dalam adunan, sebaliknya blueberry akan tumbuk)
• Ikuti arahan pemanasan pada pembuat wafel anda.
• Tuang adunan secukupnya ke dalam besi wafel yang telah dipanaskan hingga masak hingga kekuningan.

Analisis nutrien (setiap wafel segi empat tepat):
Kalori: 238
Protein: 8g
Jumlah lemak: 11g
Lemak tepu: 2g
Karbohidrat: 29g
Serat makanan: 4g
Kolesterol: 59mg
Natrium: 244mg
Vitamin C: 1mg
Vitamin A: 200 IU
Kalsium: 201mg
Zat besi: 2mg

 

Selain itu juga buah blueberry ini memang cukup popular di negara asalnya kerana ia boleh dinikmati dalam pelbagai cara mereka sendiri. Korang boleh tambahkan blueberry ini dalam minuman, roti, kek dan juga smoothie. Ada juga mereka menggunakan buah blueberry ini untuk  memasak sos dalam makanan utama atau sebagai perapan daging tanpa lemak. Ada juga yang membuat ramuan tambahan dalam bebola daging dan roti burger buatan sendiri. Ini membantu mengurangkan penggunaan banyak daging dalam resipi tersebut. 





Apa lagi cara yang korang gunakan untuk nikmati buah Blueberry Washington ni selain daripada makan segar. Boleh korang kongsikan kat sini mana tahu nanti ia dapat memberikan idea kepada orang lain yang membacanya. Maha mungkin akan letak dalam minuman sebagai perasa dan juga pewarna kerana ia memberikan warna biru yang gelap.







14 ulasan:

  1. hahahaha walaupun hasil pencarian je fajta tu tapi yang membaca dapat jugak ilmu baru. Lepas ni boleh try makan blueberry beku lah campur dengan aiskrim nyummm!

    BalasPadam
  2. Sis pernah makan hidup-hidup (fresh) masa pi Korea dulu, ada orang jual tepi jalan, kawan beli, memang sedap oii cuma agak manis masam... patut kalau buat jem, ramai pilih blueberry..

    BalasPadam
  3. tak pernah beli buah blueberry fresh. selalu beli jem makan dengan roti..hahaha
    nice resepi :)

    BalasPadam
  4. Uish minuman berkhasiat ni. Selalu juga consume blueberry dulu , mmg faktor utama utk fungsi oksida tu. Nanti boleh try makan dgn waffle pon menarik juga

    BalasPadam
  5. Sedapnya buah blueberries fresh! Kita suka... Paling sedap buh atas cheese cake as topping. Nyummy!

    BalasPadam
  6. Sedapnya buah blueberry. Feveret aku ni. Kalau makan susah nak stop. Heheheh

    BalasPadam
  7. sedapnya. saya tak pernah lagi makan blueberry yg belum diproses mcm tu. selalu makan yg dh proses & yg biasa sahaja. bolehlah nnti try blueberry washington ni nnti

    BalasPadam
  8. Saya tak pernah beli blueberry macam ni lagi sebelum ni.. Nak cuba try test la menarik pulak lepas baca information tentang Blueberry kat sini. :)

    BalasPadam
  9. Sedapnya dapat minum air blueberry tue..Buah yg fresh pun best juga..anyway thanks share resepi tue..bole gak cuba

    BalasPadam
  10. ohhh baru tau pasal blueberry ni. tak pernah makan lagi buah ni tapi lepas baca info ni semua macam nak cuba pulak

    BalasPadam
  11. Ika kurang suka blueberry. Tapi nanti boleh cuba sekali lagi huhu. Thanks untuk resepi.

    BalasPadam
  12. Blueberries are my favourite fruit eat it fresh or add into my food or drinks.

    BalasPadam
  13. Nampak scrumptiously delicious sangat blueberries tu... saya memang suka makan blueberries lebih-lebih lagi dengan waffles... uishhhh, favourita de amour gitu... Maha siap bagi resipi lagi tu... thumbs up lah... nanti saya cuba... hehehehe...

    BalasPadam
  14. Blueberries! Unfortunately, we cannot have blueberries farm in malaysia! But you are so lucky to have the chance to visit! Yeay to berries!

    BalasPadam