Delivery Malaysia,

Tujuh Kedai Dalam Talian Di Malaysia Menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Bahan Makanan Supaya Tetap Selamat Dalam Wabak Covid-19

6:26 PTG Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kita ni masih lagi belum pulih sepenuhnya masih dalam tempoh PKPP dan juga kena berjaga-jaga kerana pendamik yang melanda negara sekarang. Ramai kat luar sana yang terkesan dengan keadaan dan juga situasi ini memberi impak kepada normal hidup seluruh rakyat Malaysia. 

Selalunya kita boleh keluar pergi kedai atau pasaraya dengan bebas tanpa perlu nak kena pakai penutup muka tapi sekarang ni tidak lagi. Kita masih perlu juga untuk mendaftar masuk dan juga perlu kepada penjarakan fizikal jika berada di tempat yang ramai orang. Sebab itu sekarang ni macam Maha lebih selesa untuk membuat pembelian barangan keperluan secara atas talian. Maha senaraikan tujuh kedai dalam talian di Malaysia yang menyediakan penghantaran terus ke rumah.


1. Potboy


Potboy mempunyai lebih daripada 10,000 produk runcit dan juga bahan keperluan rumah terus dari pembekal. Tetapi yang membezakannya dengan kedai lain ialah korang boleh menyerahkan barang kitar semula yang ada di rumah kepada mereka untuk kredit kedai yang disebut sebagai Potboy Gold. Melalui Potboy Gold, korang boleh gunakan potongan untuk pembelian atau menebus hadiah. 

Sekiranya korang ingin membuat sumbangan, korang juga boleh membeli bahan makanan untuk rumah anak yatim dan tempat perlindungan warga tua, yang akan dihantar setiap dua minggu bagi pihak korang. Namun perkhidmatan penhantaran hanya terhad ke kawasan terpilih di Lembah Klang. Jangkaan penghantaran barang dalam 3 hingga 5 hari bekerja, tidak termasuk hari Ahad dan Cuti Umum. Mereka juga menerima pelbagai jenis pilihan pembayaran termasuk pembayaran semasa penghantaran, e-dompet, kad debit / kredit dan transfer bank langsung.

2. HappyFresh


Berbelanja pada saat terakhir? Pergi sahaja ke laman web atau aplikasi HappyFresh (tersedia di Google Play dan Apple App Store) senaraikan dan tempah sendiri barang yang korang nak beli mereka akan memilih dan menghantarkan barang korang dalam masa kurang dari 1 jam sahaja. Tempoh penghantaran adalah berdasarkan alamat korang, HappyFresh akan menyenaraikan pasar raya berhampiran kediaman korang seperti Village Grocer dan Tesco juga ada kedai khusus seperti makanan organik dan kedai haiwan peliharaan. 

Penghantar sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Pengoperasian penghantaran mereka adalah 7 hari seminggu termasuk cuti umum di antara waktu 10:00pagi dan 9:00malam, bergantung pada waktu buka kedai yang berhampiran. Namun ada minimum perbelanjaan yang perlu dibuat iaitu RM50 tetapi berbeza-beza bergantung pada kedai. Manakala bayaran perkhidmatan berdasarkan jarak rumah korang dari kedai, bermula dari RM3 dengan tambahan RM1 per km. Ini juga boleh berbeza bergantung pada permintaan. Mereka juga menerima bayaran melalui kad kredit / debit dan juga wang tunai semasa penghantaran.

3. MyGroser


Ia adalah perkhidmatan penghantaran yang diuruskan sendiri, dari cara mereka mendapatkan tempahan korang, memilih bahan dan menghantar. Menariknya mereka mempunyai ‘cloud store’ mereka sendiri yang bermaksud mereka tidak mendapatkan barang dari kedai yang ada, tetapi store mereka sendiri, lengkap dengan bilik penyimpanan sejuk dan kedai roti sendiri.

Walaupun ianya bukan kedai fizikal yang boleh korang pergi untuk beli barang tapi mereka memastikan bahawa 9,500 produk mereka tetap segar dan bersih. Menariknya juga mereka menyediakan penghantaran pada hari yang sama di slot waktu penghantaran tertentu, 7 hari seminggu dari jam 09:00pagi hingga 9:00malam, termasuk Cuti Umum kecuali dinyatakan. Namun, perkhidmatan mereka hanya meliputi Lembah Klang sahaja.

4. Pasar Segar


Ia adalah salah satu usaha peniaga tempatan dalam memberikan penghantaran barang basah yang segar dan terbaik terus dari pembekal kepada pengguna. Pasar Segar adalah platform pembelian atas talian. Ada lebih daripada 250 jenis barang segar yang di jual di sini seperti makanan laut, daging ayam, daging lembut dan kambing, sayur-sayuran dan juga buah-buahan semua ada. Pasar segar ada penghantaran terus ke rumah dengan tiada limit pembelian dan boleh buat bayaran atas talian.


5. Signature Market


Pada korang yang suka bahan organik sudah tentu kat sini pilihannya. Produk organik mempunyai kualiti dan standard tersendiri. Kat kedai ini ia menawarkan lebih dari 500 produk organik terus dari pengeluar, yang bermaksud pelanggan dapat menikmati potongan harga hingga 50%, tanpa orang tengah. 

Mereka dibuka 24/7 dan dihantar ke seluruh Malaysia dalam masa 7 hingga 10 hari bekerja. Terdapat bayaran penghantaran RM10 yang tetap untuk semua pesanan, tetapi korang akan mendapat penghantaran percuma sekiranya pesanan adalah RM100 ke atas. Korang boleh buat pembayaran melalui kad kredit / debit, perbankan dalam talian dan e-dompet.

6. Family Mart


Kedai sebaneka ini adalah antara yang paling popular juga dikalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya kalau korang tahu bahawa Family Mart juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang daripada barang makanan juga ada barang runcit yang di perlukan. Antara barangan runcit ada kat sini adalah mee segera, produk sejuk beku, sos, minuman, dan banyak lagi lah. Juga ada barang penjagaan kesihatan dan juga penjagaan peribadi.

Pembelian online boleh kumpul point dan digunakan untuk redem semula lagi mudah dan berbaloi. Operasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Siapa yang suka barang dari luar negara pun ada kat sini ramai yang dah tahu kalau sebut tentang Oden dan juga Bento serta Onigiri. 

7. PandaMart


Ini terbaru dan juga yang menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan produk keperluan melalui penghantaran. Pembelian dalam talian setiap hari menjadi mudah. Pilih apa sahaja dari bahan makanan, minuman hingga kesihatan dan farmaseutikal, juga barangan elektronik. Pergi ke checkout dan abang rider berbaju pink FoodPanda akan buat grocery delivery terus di depan pintu korang dalam masa singkat.

Menariknya ia tiada nilai pesanan minimum untuk pembelian. Korang juga boleh pilih kedai runcit kegemaran dan barang berpatutan setiap hari. Masa penghantaran purata 25 minit mengikut pada lokasi dan juga keadaan. Buat masa ini penghantaran ini terhad pada waktu sebelum pukul 11.00 malam sahaja kerana masih dalam PKPP. Korang boleh buat pembayaran secara dalam talian semasa membuat pesanan dengan menggunakan kad kredit atau debit atau PayPal. Korang juga boleh membayar tunai semasa penghantaran.

Jadi korang rasa macam mana ok tak senarai lis kedai untuk korang dapatkan barangan dapur yang Maha selalu gunakan ini. Ikut pada kemahuan dan juga apa yang korang nak dapatkan dengan mudah dan paling penting selamat dalam waktu yang tidak mengizinkan ini. Selamat membeli belah dan juga kita jaga kita.








3 ulasan:

  1. Fenomena 2020. industri beli online makin meletop bila masuk zaman pkp ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes kita tak boleh lari daripada normal baharu ni dan juga perubahan teknologi. Mungkin kalau bukan sebab pendamik ni mungkin satu masa kita akan sampai tahap ni tapi terlambatlahkan...

      Padam
  2. The official Celebrity birthdays Android app features all of today's popular celebrities including actors, singers, and social media stars.

    BalasPadam