Ara Damansara,

ADMC Menyokong Derma Darah Bagi Bank Darah Nasional

Isnin, Julai 06, 2020 Mahamahu 0 Comments

Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC) akan mengadakan gerakan kempen menderma darah untuk merayu kepada orang ramai agar menderma darah bagi menyokong Bank Darah Nasional yang perlu menambah bekalan darahnya. Semenjak wabak Covid-19 diikuti oleh berbagai fasa perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan penurunan yang signifikan dalam jumlah penderma darah untuk beberapa bulan terakhir.


Penderma boleh menuju ke lobi hospital pada 14 Julai 2020 antara jam 9.00 pagi dan 3.00 petang. ADMC menggesa masyarakat untuk turut serta membantu mereka yang memerlukan darah pada masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya. Setiap unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan tiga nyawa.

Bagi memenuhi syarat untuk menderma darah, penderma mesti tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada malam sebelumnya, berat badan lebih dari 45kg, berada dalam keadaan sihat dan tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan. 

ADMC akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menegakkan standard keselamatan tertinggi semasa kempen derma darah di premisnya. Penderma diminta memakai topeng dan menjalani pemeriksaan umum Covid-19 di pintu masuk hospital. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi 03 7839 9210 atau layari www.aradamansaramedicalcentre.com atau layari Facebook @aradamansaramedicalcentre dan Instagram @aradamansara_medicalcentre.







0 Pandangan: