Frozen,

15 Minit Sahaja Dah Siap Hidangan Berbuka Puasa Menu Barat Dari MIOS Kitchen

7:00 PG Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakanp-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang dah masuk hari ke 15 dah separuh bulan kita berpuasa. Sekarang ni pun musim kena duduk rumah jadi banyak kerja Maha buat dirumah sahaja. Termasuk untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Bila bulan puasa ni makanan Melayu memang banyak boleh dapat dengan mudah tapi kalau tiba-tiba rasa nak berbuka dengan masakan barat macam mana. Kalau nak masak sendiri perlukan persediaan bahan yang banyak nak cari, rempah nak buat perapan dan macam-macamlah. Nasib Maha ada temui solusi baru untuk orang bujang dan juga ibu-ibu yang sibuk di rumah mahupun di pejabat.

Maha dah mencuba satu produk baru daripada MIOS Kitchen yang menjadi pilihan JJCM dan juga menerima GrabFood Award Winner. Mereka mengeluarkan produk mudah dimasak dan jimat masa. Semua produk yang mereka keluarkan kali ini adalah yang popular dan menjadi pilihan pelanggan tetap mereka. Sebab itu lah Maha berani mencuba produk MIOS ni memang menarik.


Bulan Ramadan mereka mengeluarkan perlbagai variasi produk yang mudah untuk disediakan dan ready-to-cock. Hari tu Maha telah mencuba Grilled Chicken Chop yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memasak. Maha hanya perlu keluarkan produk ni daripada peti sejuk dan biar sementara untuk dinyah bekukan. Lepas tu terus boleh panggang atas kuali kalau korang ada ketuhar atau Airfriyer boleh jer bakar dalam tu lagi mudah.


Dalam pek Grilled Chicken Chop ini dah cukup ada semua item seperti daging ayam yang telah diperap dengan rempah, juga ada BBQ sos, mash potato powder dan juga brown sos. Jadi bila dah masak ayam tu korang panaskan sahaja BBQ sos dan bancug mash potato powder dengan air panas lepas tu boleh hidang macam yang Maha buat ni. Rasanya pula mencukupi kerana perapan yang sempurna dan juga ada Oregano, Paprika dan macam-macam lagi.


Satu pek ni sesuai lah untuk makan seorang bagi orang macam Maha yang memang suka makan panggang ni. Tapi kalau korang yang ada keluarga ramai anak-anak boleh gunakan Chicken Chop Marinate. Perapan ni korang boleh guna untuk lebih kurang 1ekor ayam dan boleh masak sesuai untuk berbuka puasa. Caranya hanya buka sahaja perapan tu dan gaulkan dengan daging ayam dan perap lebih kurang 2 ke 3 jam untuk rasa lebih sekata. Lepas tu bila masa dekat berbuka boleh panggan sahaja sangat mudah.

Selain itu juga mereka ada produk lain yang Maha suka iaitu Carbonara Sauce. Ni satu lagi yang bestnya iaitu ada sos yang dah siap hanya perlu panaskan sahaja lepas tu korang rebus spaghetti atau pasta. Bila dah cukup masak boleh dimasukkan terus dalam tu. Nak menarik lagi mungkin boleh ditambah dengan cendawan atau juga sosej macam yang Maha buat ni. Kenyang kot makan ni banyak giler.

Pada yang suka Tomato Sauce untuk buat macam Spaghetti Bolognese boleh guna yang ni. Cara sama jer hanya perlu panaskan dalam periuk dan masukkan bahan tambahan seperti daging atau juga ketumbar. Semua ni senang giler disediakan tak sampai 15 minit pun memang waktu nak dekat berbuka tu boleh jer buat terus.

Selain itu juga mereka ada banyak lagi sebenarnya produk lain yang boleh dipilih seperti Grilled Lamb Chop pada yang suka daging kambing, juga ada Lamb Chop Marinate untuk masak dengan kuantiti yang banyak, ada juga Meatball & Mash, Special Beef Burger Patties dan Special Crunchy Chicken Burger.

Semua produk mereka tak mahal pun harga mampu beli kalau macam yang Maha makan tu Grilled Chicken Chop untuk satu pek RM14.00, manakala kalau Grilled Lamb Chop pula harganya RM25.00 sahaja. Carbonara Sauce pula RM22.00 dan Tomato Sauce RM11.00. Yang lain tu korang boleh tengok harganya ada mereka letak kat Facebook dan juga laman web mereka.

Musim PKP ni Maha tak keluar pun untuk dapatkan produk ni hanya beli atas talian sahaja seperti kat laman web https://linktr.ee/mioskitchen, juga boleh beli kat aplikasi Grab Food, Food Panda atau Beep Delivery korang search sahaja MIOS Kitchen nanti jumpa lah. Mereka akan hantar terus ke rumah tak perlu keluar. Jimat masa dan juga lebih selamat. Pek produk ni pun bagus boleh tahan lama simpan sahaja dalam peti sejuk beku nanti nak masak keluarkan sahaja.


Mungkin ini boleh menjadikan waktu berbuka korang lebih mudah dan menyediakan juadah masakan barat tanpa perlu beli bahan untuk membuatnya semua ada dalam satu pek. Itu yang membuatkan Maha suka akan produk keluaran MIOS Kitchen ni. Nanti kalau korang dah cuba macam Maha ni boleh lah share gambar menarik kat sini kita tengok siapa yang buat lagi hebat dari Maha hehehe. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa semua ok.

Info lanjut boleh layari:
Email: hello@mioskitchen.com 






10 ulasan:

  1. Senang sangat ek memasak Maha, tak payah susah nak mengisar menumbuk bagai, siap sedia terus masak...nak jugalah cuba..masak untuk buka kot-kot masa terhad kan, cepat siap...

    BalasPadam
  2. Nampak sedaplah semua ni Maha. Memang tak sangka packaging nya dah dibuat begitu memudahkan. Menu mcm ni sesuai kalau terlambat nak readykan menu berbukakan, masak je ni.. senang dan cepat

    BalasPadam
  3. aalamak aiii... sedap nyer! mudah nyer!
    aida da klik dah link fb. mcm nak cuba.
    org bujang elok sgt la beli semua ni. mudah. tak renyah!

    BalasPadam
  4. suka sangat pek segera camni. lagi2 dah start kerja, biasanya balik kerja memang tak sempat nak masak.

    BalasPadam
  5. Baru dengar mengenai produk ini dr beberapa blogger yg membuat review. Kat kedai tak jual ke? Online je ek?

    BalasPadam
  6. wow.. senang sangat ni. but kan pengalaman kita beli makanan dalam pek. mesti nak diolah jugak. sabar ajelah. rasanya sedap mcm kedai/resepi tak?

    BalasPadam
  7. Ni mmg kesukaan sisyat ni. Yg mudah dan cepat nak masak tapi sedap ditekak..
    Dah la ada pasta semua tu..my feveret😊

    BalasPadam
  8. bagus juga ni tak perlu nak berlama2 di dapur semata2 mnyiapkan hidangan. thanks info

    BalasPadam
  9. Senang nya dah siap mcmni ada rencah nak masak je. Tgk pun menarik sedap.. Bole la cuba nnt

    BalasPadam
  10. senang dan mudah kan maha...ala2 teringin nak makan western bolehlah cuba hidangan dari MIOS KITCHEN

    BalasPadam