Dapur,

Tanpa Daun Pisang Boleh Ke Nak Buat Kuih Pulut Panggang

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan ni lah macam-macam nafsu makan ni nak cuba. Hari tu tiba-tiba lak rasa nak cuba buat resipi Kuih Pulut Panggang. Yer lah nak cari orang jual kat tepi jalan gerai atau pasar malam musim PKP ni memang tak adalah. Nak atau tidak memang kena cari resipi kat Youtube dan cuba buat.

Cuma sekarang ni yang jadi masalah besarnya adalah mana nak dapatkan daun pisang. Mana nak cari daun pisang kat KL ni Ya Allah. Dugaan sangat, kalau tak ada daun pisang boleh jadi ker kuih Pulut Panggan ni. Selongkar punya selongkar kat dapur tu terjumpa pula Mission Wraps yang dapat semasa pergi event hari tu. Masih belum tamat tempoh dan elok lagi, maka timbullah idea untuk buat Pulut Panggang menggunakan wrap ni. Jadi atau tidak jom kita tengok.

Bahan nak buat Kuih Pulut Panggang tak banyak sangat. Tapi part nak memasak tu ada beberapa peringkat iaitu pertama kena masak pulut dahulu dan lepas tu baru boleh bungkus pulut tu dan akhirnya panggang. Jom tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam membuat resipi ini. 

Bahan-bahan utama :
1 pek Mission Wraps Original
200gram Beras Pulut
2 cawan Air Kosong
150ml Santan Kelapa
1 sudu teh Garam
100gram Sambal Ikan Bilis atau Serunding Daging (untuk inti)
Pencukil Gigi 

Ini bahan yang ada kat dapur masa tu jadi gunakan saja tak payah nak bazir-bazir. Ini resipi orang bujang ikut suka Maha lah nak buat macam mana wakakaka. Cara nak membuat Pulut Panggan ni Maha dah sediakan dalam bentuk video kat bawah ni korang boleh tonton sampai habis baru faham caranya macam mana ok.


Korang rasa senang tak nak buat Kuih Pulut Panggang walaupun tiada duan pisang. Apa yang penting rupa lebih kurang sama tapi rasa kurang harum lah sebab pakai daun pisang ni lebih wangi kata orang dulu-dululah. Cuma dalam pulut yang Maha kukus tu tak isi daun pandan sebab tak ada dan tak boleh nak ganti dengan bahan lain ok. So kukus macam biasa sahaja yang penting pulut kena masak tau. Korang rasa nak cuba tak resipi ala Maha ni. Kalau dah cuba nanti tinggalkan komen korang kat sini sama ada jadi atau tidak ok. Selamatlah mencuba semua.









2 ulasan:

  1. Wah kreatifnya . .mesti rasanya lagi sedapkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang wangi lah tapi still ok boleh cuba heheheh

      Padam