Buffet Ramadhan,

Laman Nostalgia Bufet Buka Puasa Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal lagi 30 hari sahaja untuk kita mula menyambut Ramadan Al Mubarak. Semoga dalam beberapa hari menghampiri bulan mulia ini kita terus diberikan kesihatan dan juga terhindar daripada penyakit yang tidak diingini. Korang terus ikut arahan dan duduk sahaja diruah agar segalanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bila dah tenang semuanya bolehlah kita pergi buka puasa dengan senang dan tenang. Seperti mana yang terdapat di Sofitel Kuala Lumpur Damansara ini. Hotel dan resort ini berada betul-betul di tengah-tengah Damansara City Mall mejanjikan pengalaman buka puasa yang pasti korang puas hati. Kali ini mereka membawakan konsep Laman Nostalgia dan juga menampilkan chef selebriti yang popular iaitu Dato' Chef Haji Ismail




Kalau dah Chef Mail mestilah korang akan dapat nikmati juadah makanan tradisional yang sangat autentik dan juga jarang kita dapat ditempat lain. Keaslian makanan tradisi yang diperkenalkan kali ini membawa kita betul-betul berada pada zaman dahulu kala. Korang boleh nikmati bufet buka puasa ini di Restoran Kwee Zeen dalam hotel ini. Ia akan diubah menjadi satu suasana yang sangat indah dan klasik demi menyambut kedatang korang.



Kalau makanan barat popular dengan pembuka selesa salad mereka, makanan Malaysia juga ada yang kita sendiri tak tahu itu adalah pembuka selera seperti Pecal, Tauhu Sumbat, Lawar Pucuk Betik, Acar Jelatah, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Taugeh dan Kerang, Kerabu Aneka Lauk dan Soo Hoon, Kerabu Daging Bakar, dan banyak lagi untuk memulakan permulaan juadah.  





Pastu baru kita mulakan dengan menu utama yang ada di sini seperti Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Udang Petai, Telur Itik Masak Lemak Cili Api dan lain-lain. Semua juadah utama ini adalah ciptaan Chef Mail sendiri yang direka khas untuk Sofitel Kuala Lumpur Damansara sahaja. Juga termasuk Botak-Botak Ikan Tenggiri, Paru Berlada, Ayam Kaloi, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Udang Masak Lemak Nenas, Ikan Pari  Asam Pedas, serta pilihan Panggang Purba berkhidmat dengan Nasi Ulam.  




Walaupun juadah buka puasa tapi tak lupa untuk tetamu yang dari pelbagai negara neraka mereka turut menyajikan juadah antarabangsa seperti masakan Cina, India, Jepun dan Barat.  Terdapat juga stesen untuk masak secara live, yang menawarkan segala-galanya dari Roti Canai, Murtabak Ayam, Pisang Goreng dan lain-lain.  





Akhir mesti kena tutup dengan pencuci mulut pelbagai hidangan istimewa tempatan seperti Bubur Cha-Cha, Bubur Pulut Hitam, Bubur Pengat Pisang, Bubur Serawa Durian, pilihan kuih-muih, kuih-muih dan kuih muih Melayu yang banyak pilihan.  Selain itu, terdapat juga minuman tradisional yang menyegarkan seperti Air Janda Pulang, minuman yang penuh dengan sumber mineral dan nutrien penting istimewa dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan tempat kelahiran chef lah.







Mulai hari ini hingga 22 April 2020, akan ada baucar pembelian awal yang dijual pada harga RM141.00nett seorang dewasa dan RM70.50nett seorang kanak-kanak. Kalau harga biasa korang beli walkin bermula 23 April hingga 23 Mei 2020 adalah RM188.00nett untuk seorang dewasa dana RM94.00nett untuk seorang kanak-kanak. Jadi mana lagi jimat, tepuk dada tanya selera korang boleh buat pilihan.




Selain daripada makan korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada Dollah Gambus Al-Linggi setiap hari dari pukul 6.30 petang hingga 9.00 malam. Juga mereka membuat tanggungjawab koporat CSR dengan menjual produk beg dan juga kad hari raya dengan harga RM15.00nett. Korang boleh membeli sambil beramal.
  
Sebarang tempahan bufet dan juga pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-2720 6688
Email : ha123-fb2@Sofitel.com







2 ulasan:

  1. Boleh tahan menu-menu yang ada tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes bro banyak pilihan semua disediakan oleh Chef Ismail mesti sedap...

      Padam