Buffet Ramadhan,

'Jom Iftar @ Chatz Brasserie' Istimewa Bulan Ramadan Di PARKROYAL Kuala Lumpur

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Laporan pekembangan virus Covid-19 di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari jadi kita kena lebih berhati-hati dan juga selalu beringat. Walaupun hanya untuk keluar pergi makan atau pergi mana-mana sahaja amalkan penjagaan kesihatan yang maksima dan pakai penutup mulut. 

Maha mengingatkan pada diri sendiri juga pasal perkara ini. Walaupun nampak Maha pergi makan merata dan pergi event tapi tetap menjaga keselamatan. Macam baru-baru ini pergi makan Bufet Ramadan di ParkRoyal Kuala Lumpur. Kali ini mereka membawa tema Jom Iftar @ Chatz Brasserie yang ada lebih daripada 50 juadah semuanya dengan masakan tradisi menjadi keutamaan kali ini.



Di antara beberapa menu yang menjadi hero kali ini adalah menu khas daripada barisan chef mereka iaitu antaranya ialah Ikan Goreng Kari Pulleh Rangup Johor Berlada Hitam dari Chef Isham, Special Nenda Ayam Goreng Inchi Kabin dari Chef Hazmi, Kambing Panggang Cik Mek Molek Mewangi yang menjadi tumpuan dari Chef Razalee. Manakala Gulai Kawah Pedas Tetel Omak Den dari Chef Khairulizam dan diterbangkan jauh dari Borneo iaitu Mi Kolok Bumi Kenyalang dari Chef Stewart.



Dalam banyak-banyak menu ini yang paling Maha suka adalah Kambing Panggang daripada negeri Chek Mek Molek Kelantan. Seluruh kambing panggang diasinkan dengan jus nanas yang baru dicampur, sentuhan madu dan wangi dengan rempah-rempah Tanah Merah yang segar.  Hidangan ini dihidangkan bersama dengan nanas panggang kayu manis dan lembapkan dengan sos kuzi pedas.




Juga kelainan dibawakan kali ini adalah Mee Kolok yang terkenal di Sarawak. Chefnya pun daripada sana diimport khas. Dihidangkan dengan bawang putih dan daging bawang merah, bawang cincang, bawang cincang dan daging ayam Char siew yang disalut dengan minyak bawang merah.  Mi Kolok disediakan dengan minyak merah merah rahsia oleh Chef Stewart. Untuk pengalaman Mi Kolok yang lazat, mi mesti dimakan bersama chill jeruk dan mangkuk sup. Ia biasanya diambil untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam.



Maha suka Assam Laksa sini kerana kuahnya terasa ikan dan juga manis, masam dan juga pedas yang cukup seimbang.  Assam Laksa dihidangkan dengan porsi sayuran yang dihiris seperti timun, bawang, cili, nanas, salad, daun pudina, tunas halia dan mi beras. Semangkuk tak cukup kot kalau makan tambah-tambah bulan puasa nanti hehehe semua makanan nampak sedap.




Promosi khas Ramadan ini akan bermula dari 27 April hingga 20 Mei 2020. Bagi harga asal kat sini adalah RM132nett untuk seorang dewasa dan RM66nett untuk kanak-kanak dari usia 5 hingga 11 tahun.. Tapi masa sekarang ini ada promo early-bird bermula dari 16 Mac hingga 26 April 2020 korang boleh booking dengan harga hanya RM93nett seorang. Ok lah bagi hotel yang berada ditengah-tengah segitiga Bukit Bintang tu. Kalau korang ada berbuka sana nanti roger-roger mana tahu boleh buka sama tapi korang belanja wakakaka. Selamat bergurau..

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut hubungi :
Tel : 03-2147 0088





2 ulasan: