Bangi,

Iftar Ramadhan 'Jom Ler Berbuka!' Di RHR Hotel @ UNITEN Bangi

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan yang penuh mulia dan Mubarak. Bulan yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan dimana kita dapat meningkatkan amal ibadah dan juga lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Bulan itu juga kat Malaysia ni macam pesta makanan kerana merata tempat akan menyediakan juadah berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak-enak belaka. Tak kurang juga di RHR Hotel yang terletak di dalam Universiri Tenaga Nasional Bangi ini. Hotel yang strategik di antara Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang menyajikan lebih daripada 200 pilihan makanan serta lebih 21 gerai istimewa. 





Kali ini RHR Hotel membawakan konsep 'Selera Kampung' yang pasti orang Malaysia tidak akan lupa masakan kampung yang begitu sinonim dengan cara hidup masyarakat kita. Bufet Ramadhan kali ini di sediakan di Jupiter Coffee House yang memiliki persijilanan Halal JAKIM. Kafe ini juga mampu memuatkan 500 hingga 700 orang dalam satu-satu masa banyak tu.






Macam Maha bagitahu tadi yang bufet kat sini ada juga gerai yang menyajikan beberapa juadah istimewa seperti Gerai Bergedil Tauhu Pak Hassan Ada juga gerai yang menjadi tumpuan orang ramai bila bulan puasa iaitu Gerai Odeng Kambing Golek istimewa. Gerai Satay Kajang, Gerai Shellout Station Anuar, Gerai Nasi Bebek & Ayam Adik Shahrul, Gerai Gulai Kawah Pak Suhaimi, Gerai Sup Bro Adil, gerai yang Maha paling suka iaitu Gerai Nasi Chef Hizrani, Gerai Ikan Bakar Utara dan banyak lagi lah.




Tu baru bahagian gerai yang ada kat situ belum lagi menu utama bufet kat sini berkonsepkan masakan mengikut negeri-negeri yang popular di Malaysia. Menu utama ini akan digilirkan setiap hari agar korang datang dan dapat nikmati juadah berbeza setiap masa. Kalau contoh hari pertama puasa juadah dari Negeri Johor, esoknya pulak juadah dari negeri Melaka dan begitulah bergilir sehingga habis semua negeri-negeri di Malaysia. 





Maha senaraikan beberapa juadah yang korang akan dapat rasa kat sini mana tahu ada yang korang mengidam nak rasa boleh datang sini. Ada menu Laksa Johor, Nasi Briyani Muar, Mee Kari Nyonya, Masak Lemak Teluk Itik, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ikan Keli Goreng Dengan Sambal Merah, Kupang Masak Serai, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Gulai Daging Berkentang, Sambal Ikan Tongkol dan banyak lagi lah ada 200 menu semuanya. 








Semua juadah ini korang boleh nikmati dengan hanya harga RM75.00nett untuk seorang dewasa dan RM38.00nett untuk seorang kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun keatas. Tapi kalau korang booking sekarang ada harga 'early bird' hanya RM55.00nett bermula 1 Mac hingga 20 April 2020. Tarikh sebenar bufet ini akan bermula adalah dari 25 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. 

Korang rasa berbaloi tak dengan harga ni serta makanan yang ada kat sini. Bagi Maha sangat-sangat berbaloi murah dan juga makanan mereka semua sedap dan ada rasa yang asli masakan Melayu tradisional. Kemudahan lain ada kat sini seperti tempat solat yang dekat iaitu bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional. Kawasan parking yang luas dan selesa jadi tak perlu risau datang naik kenderaan di sini. Boleh lah bawa keluarga atau juga plan dari sekarang untuk berbuka dengan kawan-kawan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-8922 2088 sambungan 8036/8013
Whatsapp : 011-6318 2088
Email : dahlia@rhrhotel.com







2 ulasan:

  1. Terima Kasih kerana mencuba makanan kami. Nnti Ramadhan tiba, "Jom Ler Berbuka di RHR Hotel @ UNITEN" ya. Jangan tak mai tauu. ;)

    BalasPadam
  2. Terima Kasih kerana mencuba makanan kami. Nnti Ramadhan tiba, "Jom Ler Berbuka di RHR Hotel @ UNITEN" ya. Jangan tak mai tauu. ;)

    BalasPadam