Covid-19,

4 Affordable & Yummy Western Food Places In KualaLumpur

Khamis, Mac 26, 2020 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini semua kerja jadi terbatas. Nak keluar pun takut akan berjangkitnya Covid-19. Jadi lebih baik kita #dudukrumah sahaja sehingga arahan seterusnya. Tapi perut nak kena isi juga dan tak tahu nak makan apa sekarang ini hurmmm. Maha ada beberapa senarai tempat makanan yang menyediakan juadah makanan barat istimewa dan pada harga yang sangat berpatutan. Jom kita tengok mana yang menarik.  

#1 - Uncle Z Western Food



Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan Bangsar mesti dah biasa dengan nama Uncle Z Western  Food. Dikalangan peminat-peminat Nasi Kandar apatah lagi kerana di sini ada pelbagai jenis makanan termasuklah menu makanan barat.

Harganya pula memang berpatutan dengan rasanya yang sedap. Antara hidangan yang disediakan oleh mereka adalah seperti berikut:

Nuggets(5 biji): RM4.50
Fun Fries: RM5.00
Chicken Chop: RM12.00
Chicken Grill: RM12.00
Fish & Chips: RM13.00
Lamb Chop: RM22.00
Beef Steak: RM22.00

#2 - Geo’s Hartamas



Hartamas amat dikenali dengan rumah-rumah mewah dan kehidupan masyarakat di situ yang selalu sibuk, namun di situ juga terdapat restoran yang  yang sangat meriah suasananya terutama pada waktu malam. Ia juga sering dijadikan sebagai port lepak oleh orang-orang muda di kawasan itu.

Geo’s Hartamas sudah beroperasi selama enam tahun dan makanan yang dihidangkan oleh mereka memang pelbagai termasuklah hidangan tempatan, Itali dan juga western. Kelebihan di sini ialah pada sos GorGeos buatan sendiri oleh chef Geo’s dengan resepi yang terbaik. Dan sudah tentulah halal. Antara hidangan yang disediakan di restoran Geo’s Hartamas ini ialah:

Grilled Chicken Chop: RM18.00
Grilled Lamb Chop:  RM22.00
Carbonara Grilled Chicken Chop: RM22.00

#3 - Q Bistro TTDI



Bagi sesiapa yang dah biasa dengan kawasan TTDI mesti kenal nama Q Bistro. Restoran ini merupakan salah satu rangkaian kedai makanan yang sangat popular di semenanjung Malaysia di mana mereka mempunyai pelbagai hidangan makanan yang berala-alakan mamak, tetapi anda semua juga perlu tahu yang di restoran ini juga terdapat pelbagai hidangan barat.

Bagi sesiapa di luar sana yang mempunyai selera yang besar tapi nak berjimat bolehlah datang Q Bistro TTDI ni sebab harga di sini memang berpatutan.

Antara hidangan special yang terdapat di sini ialah QB Fried Chicken Burger, QB Mushroom Soup, Spaghetti Bolognese dan Grilled Lamb Chop. Harganya pula hanyalah dari RM10.40 hingga RM34.00 sahaja.

#4 - Eye’s Steak



Bagi anda yang belum tahu, kedai ini baru dibuka di Pantai Dalam.  Mereka mempunyai hidangan istimewa tersendiri seperti Chicken Boxing dan Ribs Eye.

Sesiapa yang makan di sini mesti akan puas hati sebab makanan yang dihidangkan dengan saiz yang agak besar. Bagi sesiapa saja yang ingin makan makanan western dengan harga yang berpatutan, anda disarankan datang ke kedai ini kerana tagline mereka pun “rasa restoran, harga kedai” yang sememangnya menjaminkan dompet anda tidak akan “koyak dan kering”.

Antara hidangan yang disediakan oleh Eye’s Steak adalah:

Beef Steak: RM11.00
Chicken Chop: RM7.50 
Lamb Chop(dan nasi): RM13.50

Alamak, macamana nak keluar makan ke restoran sedap-sedap dalam keadaan begini kan? Tapi bila difkirkan balik boleh saja makan makanan western yang affordable dan yummy ni dengan mudah. Tak kan lupa kot, servis mencari western food near me berserta penghantaran Foodpanda kan ada.

Teringin nak makan apa bukanlah penghalang kerana bermacam jenis pilihan ada kat sana. Order dan tunggu kemudian ngap! Senang sangat-sangat. Thank you Foodpanda Malaysia.






14 ulasan:

  1. Ohhhh Foodpanda. Ruby jarang dah guna Foodpanda. Macam lupa plakkkk nak order delivery food. Hahaha. Mak buntu duk rumah.

    BalasPadam
  2. Dalam bebanyak atas tu Eyeseteak je pernah makan, memang sedap gile, kalau ada Food Panda ke Johor, dah memang Sis order dah..

    BalasPadam
  3. Kalu bab makanan memang bole percaya apa yang disyorkan kleh Mahamahu ni ...hihi

    BalasPadam
  4. semua yang disyorkan belum pernah cuba. chicken grilled tu nampak menyelerakan sangat. waktu pkp ni sesuai sangat nak gunakan food panda. thanks for sharing Maha..

    BalasPadam
  5. Ya Allah nampak sedap semuanya ye. lapar pula rasa tengok posting ni hehe

    BalasPadam
  6. FoodPanda memang menyenangkan masyarakat kita kini. Kita senang, rezeki mereka juga dipermudahkan. :)

    ok the food serius look yummy!

    BalasPadam
  7. Wow! Q Bistro tu paling lazat uols. Yes - Foodpanda is the best untuk mendapatkan makanan di kala MCO nie.

    BalasPadam
  8. wah menariknya..jadi lapar pulak iena malam2 ni tengokgambar makanan..boleh la order kt foodpanda nty:D

    BalasPadam
  9. owh ada ya foodpanda, nanti boleh cuba. now lockdown ni harap2 restoran2 cepat pulih

    BalasPadam
  10. Allahu sedapnya semua makanan ni. Mujur la sekarang ada food panda kan? Leh la order

    BalasPadam
  11. wow sangat ya meatball dia.. nampak macam teruja dan lapar pulak pagi pagi ni nak kena grab ni heheeee

    BalasPadam
  12. Memang terliur tengok western foods ni semua. Kat rumah mampu masak makanan melayu je lah... Mmg Foodpanda lah xlama lg, tekak dah mengidam chicken chop, agitew...

    BalasPadam
  13. sedapnya tengok makanan yang ada cheese leleh leleh ni terliurr hahahaha

    BalasPadam
  14. q bistro ni memang sedap, pernah pergi 2 kali dengan kawan. menu-menu nasi kandar dia memang terbaik.

    BalasPadam