Buah-Buahan,

Mengambil Satu Setengah Cawan Kismis California Setiap Hari Sudah Cukup

7:00 PG Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak kongsi dengan korang satu fakta menarik, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan satu orang dewasa hanya perlu mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan untuk sehari. Korang banyangkan banyak mana buah yang kita kena makan tu kalau hari-hari nak kupas buah-buahan jenuh juga.

Maha memang suka makan buah tapi kadang-kadang ada setengah buah mengandungi gula yang tidak diperlukan badan. Sebab itu sekarang ni Maha telah mencuba untuk mengambil kismis kerana kismis mengandungi antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) dalam kira-kira 2/3 cawan.  Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit.


Maklumlah sekarang ini usia dah makin meningkat dan pemakanan juga kena jaga hehehe sebab selalu dapat review makanan. Kismis adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain, kerana kismis manis secara semula jadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Senang nak bawa kemana-mana sahaja letak dalam beg galas atau beg tangan sahaja untuk pengambilan yang kerap.




Kismis yang Maha ambil adalah California Raisins kerana ia lebih pejal dan juga lebih sedap. Kismis ini bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan. Sebab itu baru-baru ini Maha bersama rakan-rakan blogger lain berada di Samplings On the Fourteen Restaurant untuk Sesi Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant.
Chef Emmanuel Stroobant

Maha kongsi sikit tentang chef Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.
Kismis California, Ketam & Kubis Bunga



Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk


Pada hari tu kami dapat pelajari bagaimana menggunakan Kismis California untuk menghasilkan satu hidangan yang sangat unik dan exotic. Rupanya dalam pelbagai jenis masakan boleh kita masukkan khasiat kismis ini agar sentiasa dapat. Tiga resipi yang diajar oleh chef iaitu :
1. Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk

Maha nak share satu resipi yang digunakan kat sini iaitu Pasta Kismis California Dengan Jintan Hitam & Udang.
Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang

Bahan-bahan utama:
40g       Kismis California 
400g     Udang segar (dibersihkan dan dikupas)
400g     Spaghetti
2 biji     Fennel Bulbs (dengan daun)
7g          Dill segar (dicincang)
6 nos     Anchovy Fillets in Oil
2 ulas    Bawang Putih (dikupas)
2g          Biji Fennel
1.5 nos   Kulit Lemon (parut)
90ml      Extra Virgin Olive Oil
1 biji      Bawang (dikupas dan dicincang halus)
40g        Kacang Pine
1g          Saffron
Garam dan Lada Hitam secukup rasa

Cara memask:
1. Potong dan basuh Fennel dan potong panjang. Kemudian hiris nipis, memanjang, menggunakan mandolin jika ada. Asing daun Fennel ditepi. Masukkan Fennel dalam air mendidih kemudian dalam air masin selama 1 minit kemudian dalam air sejuk. 
2. Ambil 200ml air masak dan rendam Kismis California di dalamnya.
3. Cincang daun Fennel sehingga halus. Cincang juga Anchovy Fillets in Oil dan bawang putih. Hancurkan biji Fennel dengan lesung batu. Campurkan Anchovy Fillets, bawang putih, daun Fennel dan Dill dengan kulit lemon dan 3 sudu minyak zaitun. Campurkan dengan garam dan lada.
4. Rebus air untuk pasta, tambah garam dan masak pasta sehingga lembut.
5. Pada masa yang sama memanaskan minyak sisa dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan udang dan tumis di atas api sederhana. Masukkan Fennel, kismis dengan air rendaman, pasta, Anchovy Fillets dan kacang Pine. Larutkan safron dalam sedikit air dan campurkan. Campur sikit dengan garam dan lada dan masak dengan lembut selama 4-5 minit.
6. Tuangkan pasta, campurkan dengan sos dan sedia untuk dihidangkan.

Tu salah satu resipi yang diajar kalau nak semua resipi tu boleh PM tepi ok nanti Maha share hehehe. Sebenarnya banyak kebaikan kalau mengamalkan pemakanan kismis ini. Baik untuk kesihatan kerana mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Paling menarik kismis ini mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.





Banyak sangat Maha share ngan korang tentang kismis ini kalau tak amalkan pun tak guna jugakan. Sebab itu sekarang ini kita tengok Kismis California dibungkus dalam kotak kecil untuk mudah dibawa kemana-mana dan juga diberikan kepada kanak-kanak. Selalu kita tahu kismis untuk minda kanak-kanak sahaja tapi sebenarnya orang dewasa juga digalakkan ambil kismis ini. So lepas ni semua orang boleh amalkan makan kismis hehehe bukan untuk minda sahaja tapi untuk kesihatan juga tau.

Info lanjut tentang Kismis California boleh layari :
Laman web : www.calraisins.org
                      www.caraisins.com
Facebook: https://www.facebook.com/RACASEAN 






11 ulasan:

  1. Uii laa Maha, nengok gambo ko, dari kismis sekecik gitu, terus rasa terliurrr nengok...lawaa sungguh gambo..
    Kismis ni makan selalu bagus, supaya tak nyanyuk..tapi dah tua ni entah laaa, masih boleh ke x entah hahahaha

    BalasPadam
  2. wah. dari kismis tu, menjadi hidangan yg gojes!
    adudududuhai... menjemput kelaparan :) ha ha ha ha...
    anak2 aida memang mulakan pagi dgn kismis sorang 7 biji.
    makanan sunnah, kan. untuk otak. untuk sihat.

    BalasPadam
  3. Memang bagus wak makan kismis ni..nanti jadi bijak cam kte! Eh..hahahah..btw menu2 aritu mmg sedap

    BalasPadam
  4. oh ligo ni sama company rupanya.. no wonder la ramai orang suka makan kismin brand ligo ni. kalu letak dalam puding sedapnya gigit kismis

    BalasPadam
  5. Kagum gila orang yang boleh buat resepi macam macam guna kismis ni. Kalau saya guna kismis makan macam tu je. Tak pun paling koman pun campur dalam nasi hujan panas hehehe

    BalasPadam
  6. Kismis tu mmg popular since dulu and memang sedap pun. Wahhh banyak rupanya masakan yang kita boleh campur dengan kismis. Huda just tau if masak nasi minyak ke then baru letak haha. And thanks for the info sharing

    BalasPadam
  7. dulu2 suka makan, tapi bila kita dewasa ni, just ambik moderately sahaja kan

    BalasPadam
  8. kismis memang sedap makan macam tu, tak pernah lagi masukkan dalam masakan . nanti nak try lah. thanks sharing resepi

    BalasPadam
  9. Wah ingatkan maha nak promote makan kismis macam masuk mulut gitu je.. rupanya siap ada jenis-jenis masakan berasaskan kismis lagi. Memang lain dari lain

    BalasPadam
  10. Sedap2 kan makanan yg guna raisins. Paling penting kaya dengan khasiat semulajadi

    BalasPadam
  11. sy x brp suka mkn kismis xpi nmpk interesting pulak bila digunakan sbg bahan utk masakan!

    BalasPadam