Bayam Brazil,

Bayam Brazil Paling Mudah Ditanam Dan Paling Banyak Khasiat

12:31 PTG Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun baru 2020 telah kita masuki dan apa azam baru korang? Maha tak ada pun azam baru tapi tahun baru ini ada satu hobi baru lak. Tiba-tiba lak berminat untuk bercucuk tanam dekat rumah walaupun hakikat rumah apartment tinggi dan tiada ruang tanah untuk bertani. Tapi sejak tular tanaman Bayam Brazil Maha jadi berminat pulak untuk menanam.

Ramai orang dah tahu pasal bayam ni memang begitu mudah giler nak tanam. Korang hanya perlukan batang pokok Bayam Brazil dan tanah yang mencukupi. Cara nak tanam pokok ini sangat mudah hanya sediakan tanah dalam pasu atau bekas plastik pun boleh. Kemudian korang ambil batang pokok Bayam Brazil yang korang potong daripada pokok induknya. Kemudian cucuk sahaja batang pokok tu kat tanah yang korang sediakan tadi. Akhirnya pastikan korang siram setiap hari dan korang akan dapat lihat hasilnya seawal lima hari.

Masa tu korang akan gembira dan juga sangat teruja sebab dapat tengok daun pokok ini mula bercambah dengan sihat dan hijau sekali. Maha yang baru sahaja tanam pokok ni sekarang dah tumbuh dengan segar setelah lima hari ditanam. Memang mudah giler tak perlu nak baja sangat yang penting kena selalu disiram jangan biar kering. Khasiat daun Bayam Brazil ini sangat banyak yer ada lebih daripada 15 kebaikan yang boleh disenaraikan. Maha pun search kat google dan jumpa beberapa khasiat kepada pokok ini. 

1. Melawan Kanser
2. Mengekalkan Kesihatan Mata
3. Sumber Vitaman K
4. Menguatkan Tulang
5. Membantu Menurunkan Berat Badan
6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
7. Membantu Sistem Penghadaman
8. Mengelakkan Daripada Sembelit
9. Membantu Melancarkan Darah
10. Mencegah Anemia
11. Mengatasi Masalah Gusi
12. Nutrisi Yang Baik Untuk Pembesaran
13. Mengekalkan Stamina
14. Mengekalkan Kesihatan Mulut
15. Meningkatkan Kalsium
16. Mencegah Penuaan Pramatang
17. Mengekalkan Kesihatan Ibu Mengandung

Tengok betapa banyaknya kebaikan kalau kita mengamalkan makan daun sayur ini. Selain daripada mudah untuk di tanam tapi juga mudah untuk mendapat kebaikkan daripada daun ini. Korang boleh masukkan dalam macam-macam jenis masakkan seperti Masak Lemak, Masak Sup, Goreng atau juga makan sebagai ulam-ulaman bersama sambal belacan memang terangkat. Jadi tak rugi kita bercucuk tanam dan juga berbakti dengan tanah tengok lah hasilnya terbaik. 

Selain daripada ditanam sebagai untuk sumber makanan pokok Bayam Brazil ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok hiasan di rumah untuk sentiasa nampak segar dan menarik. Macam korang cuba tanam dalam pasu pastu letak kat sudut rumah sangat menarik cantik dan tertarik. Nanti korang boleh cuba tanam sendiri kat rumah tak perlu ruang tanah yang banyak pun cukup dalam pasu sahaja.






17 ulasan:

  1. Banyaknya khasiat bayam ni, baru tau. Saya ada kawan yang tanam bayam ni kat beranda apartment dia, dia kata senang. Tengok bro pun buat post yang sama, blh la saya tanam jugak.

    BalasPadam
  2. Wah! Subur tanamam Bayam Maha. Ini tandanya tangan Maha memang sejuk dan bagus untuk tanam menanam. Dah bnyk bayam t pas sikit nak masak hihi

    BalasPadam
  3. Ramainya yang dah start tanam bayam brazil ni. Kite nak menanam memang tak dapek lah. Balkoni tak dek ape tah lagi tanah huhuh

    BalasPadam
  4. Oh baru tahu, yang ini rupanya bayam brazil... Noob tertiba... KIta xleh nak menanam dah.. tangan dah panas..

    BalasPadam
  5. Interesting write up about bayam Brazil. Saya bukan SME pertanian. Tapi seronok juga baca and ambil tahu pasalnya. Tq for sharing.

    BalasPadam
  6. Eee geramnya tengok sayur segar macam ni rasa nak terus masak tumis air haha. Senang je rupanya nak tanam lepas ni boleh try. Thanks for sharing maha!

    BalasPadam
  7. Suburnya bayam brazil dia tanam. Kita tengok pulak jadi geram. Bolehlah nakntanam bayam Brazil kat rumah lepas ni.

    BalasPadam
  8. Rajin mahamahu tanam pokok bayam ni. Kena siram hari2 la kan. Teringin nk buat tanaman sendiri, tk perlu ke pasar da

    BalasPadam
  9. wah dah bercucuk tanam! hebat. hehe first time saya tahu pasal bayam brazil ni. sebab sebelum ni bayam yg biasa pun macam tak makan :)

    BalasPadam
  10. Bayam Brazil senang nak hidup. Rumah mak pun ada tanam..teringin juga nk tanam sendiri sebab nampak cantik menghijau. Hihi.

    BalasPadam
  11. memang mudah nak hidup kan. saya pun baru tanam beberapa bulan lepas. alhamdulillah

    BalasPadam
  12. Kita pun dah beberapa bulan tanam bayam brazil ni. Siap tanamkan kat pasu kecik bagi kat org lain sbb mudah cucuk batang dia je kan. Selalu makan ulam je.

    BalasPadam
  13. Yes.. Mmg senang tanam pun.. Akak dlu ada 1 pasu ja.. Lani ada byk pasu dah.. Nak makan gunting skit... Lpas tu cucuk balik dekat pasu lain.. Lama2 bercambah la dia

    BalasPadam
  14. Oh! I will get my mom to consider to tanam this veggie as well. Just last year, she started to tanam her own mini kebun...hopefully this veggie will also be added into her mini kebun since it has so many health benefits.

    BalasPadam
  15. Bayam Brazil memang mudah ditanam. Kami punya dah beranak pinak. Sampai dah tak termakan dah. Hee.. Dan Maha boleh cuba jugak buat Bayam Brazil Crispy...memang sedap

    BalasPadam
  16. Wah senang sangat ni. sebab kita kalau tanam pokok selalu mati hahahah. lepasni nak cari la pokok dia

    BalasPadam
  17. 1st time tengok bayam brazil. byk juga khasiatnya kan.

    BalasPadam