Cuti-Cuti Malaysia,

Putrade Allsuites At RPGC Dibuka Kepada Penginapan Keluarga Yang Selesa Dan Berbaloi Di Ipoh

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung tahun ni ada jer plan Maha nak pergi jalan-jalan walaupun tak jauh dalam negara pun cukup rasa seronok sangat. Yer lah dapat restkan minda dan juga kesibukan diri dengan pelbagai kerja hakiki atau juga kerja menulis ni hehehe. Baru-baru ni Maha pergi ker Ipoh untuk cuti 2hari 1malam sahaja.


Tempat Pelancongan Menarik Di Ipoh


Perjalanan dari KL tak jauh pun hanya mengambil masa lebih kurang 2jam 15minit mengikut PLUS lagi senang selesa dan tak sesat wakakakaka. Rupanya kat sana banyak lagi tempat menarik yang Maha tak pernah pergi lagi dan juga banyak daya tarikan pelancongan. Macam Maha pertama kali sampai ker Taman Rekriasi Gunung Lang





Menarik kat sini adalah keindahan alam semulajadi yang masih kekal mempunyai tasik bekas lombong biji timah yang dikelilingi bukit dan gunung macam kat luar negaralah. Masa Maha datang ramai orang kat sini berbaris nak menaiki boat untuk pergi ke seberang tasik tu. Harga boat hanya RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Menarik kat sini ia Taman Rekriasi yang ada mini zoo, gua, menara tinjau dan juga aktiviti berbasikal. Sesuai lah kalau datang bawa family atau nak photo-shoot untuk wedding cantik.



Kemudian Maha pergi pula ker tempat bersejarah paling popular di Perak iaitu Kellie's Castle. Bangunan bersejarah dibina pada tahun 1905 dan juga tempat yang orang suka datang bergambar. Lepas tu pergi pula tengok Kapal Korek terbesar di dunia yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Datang untuk tengok bagaimana teknologi dulu untuk memudahkan kerja mengorek biji timah di Perak. Tapi tak boleh naik hanya boleh bergambar dari luar sahaja.




Lepas tu pula perut lapar Maha apa lagi pergi makan kat Nasi Ganja yang begitu popular di Ipoh ini. Masha Allah memang ramai gilerrr orang dan penuh sentiasa. Kat sini popularnya adalah Nasi Kandar Ayam Merah kena sekali nak lagi sebab tu ketagih. Tips nak makan di sini korang jangan berbaris tapi cari tempat duduk bila ada meja kosong terus duduk dan nanti ada staf mereka datang ambil order. Bagi yang nak take away tu baru kena bebaris panjang ok ni nasihat daripada orang sanalah.



Bermalam Di Putrade Allsuites At RPGC Ipoh


Bila dah penat seharian berjalan masa mencari tempat untuk bermalam sebab nak rasa juga duduk kat Ipoh ni. Jadi Maha telah memilih Putrade Allsuites at RPGC (Royal Perak Golf Club). Putrade Allsuites ni berada betul-betul dalam kawasan golf club dan ia berkonsep service apartment. Kenapa Maha pilih untuk bermalam di sini kerana keselesaan dan juga tawaran harga yang berpatutan sangat.




Kat sini ada tiga jenis suite apartment iaitu One-Bedroom Suite, Two-Bedroom Suite dan juga Three-Bedroom Suite. Hari tu Maha ambil One-Bedroom Suite dimana dalam tu lengkap macam sebuah rumah dengan adanya ruang tamu yang luas, pastu ada bahagian dapur siap coffee machine, juga ada satu bilik tidur dan juga satu bilik air yang sangat besar. Kalau korang yang baru kahwin atau nak honeymoon dekat-dekat ambil bilik ni sangat sesuai.





Hiasan dalam bilik lebih kepada moden mewah dimana perabot yang digunakan serta dekorasi membuat korang rasa selesa seperti di rumah sendiri. Kelengkapan yang ada dalam ni seperti Iron & Ironing board, Mini Fridge, Hair Dryer, 43" LED Flat Screen dan juga 32"LED Flat Screen ada dua tau kat ruang tamu dan dalam bilik tidur. Kemudahan lain macam toiletries lengkap, ada kemudahan WiFi and fully air-condition





Maha masa mula masuk bilik tu rasa macam tak nak balik tau sebab memang best giler. Harga untuk bilik yang Maha duduk tu hanya RM290 satu malam untuk bukan member. Best lah tak sangka kat Ipoh ni ada juga tempat penginapan macam ni. Tambah lak dalam Club Golf segala kemudahan lain juga boleh digunakan di sini seperti kolam renang, gelanggang Tenis, gimnasium, Game Rooms dan juga banyak lagi.





Cuma kalau nak main golf tu kena bayar lain lah yang kemudahan lain boleh digunakan. Kalau makan kat sini korang tak perlu nak keluar jauh lah sebab dalam tu mereka ada juga Fairway Restaurant yang menyediakan makanan a'la carte. Kat sini korang boleh tengok beberapa menu makanan yang Maha sempat makan masa berada di sana besar dan juga kenyang. Harga satu malam tu juga termasuk dengan sarapan untuk dua orang tau kat restoran ini.

Singapore Mee Honn (RM8.90)

Nasi Goreng Kampung (RM9.90)

Chicken Chop (RM17.50)

Triple Decker 'RPGC' Club Sandwich (RM11.50)

 Rib Eye Steak (RM39.50)

Rice with Crispy Chicken Butter (RM16.90)

Waktu sampai kat Putrade Allsuites tu ada orang buat majlis kenduri kahwin ramai tapi tetap boleh parking kerana mereka ada kawasan parking yang luas. Kalau nak buat majlis seperti perkahwinan kat sini pun sangat sesuai kerana mereka ada  Banquet yang mampu memuatkan sehingga 700 orang. Juga ada bilik-bilik untuk seminar, mesyuarat dan macam-macam lagi. Jadi lengkaplah segala kat sini kawasan luas dan juga tenang jer tak sesak sangat dan padat dengan bangunan boleh lihat tumbuhan hijau jer seluas padang golf lah. 



Esok pagi hari minggu Maha luang masa pulak pergi berjalan ker Pasar Karat yang terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil. Korang jangan anggap ia pasar biasa yer sangat luar biasa kat sini korang boleh dapat pelbagai jenis barang antik dan lama yang tak ada jual tempat lain. Pulak tu pasar ni sangat panjang dan penat berjalan rasa nak tercabut lutut kaki. Tapi habis semua sudut Maha jalan hari tu puas tapi tak beli apa-apa pun cuma suka tengok banyak barang lama-lama.



Maka lengkap percuti ringkas hujung minggu Maha ke Ipoh ini banyak tempat dapat pergi dan juga dapat tempat untuk bermalam yang sangat selesa. Jadi tiada alasan untuk korang tidak bercuti dalam negara dan juga menyahut kempen Visit Malaysia 2020 tahun depan. Harap nanti dapat datang lagi ke Ipoh sebab dengar cerita yang sini banyak cafe hipster. Nanti korang datang bermalam kat Putrade Allsuites at RPGC ni boleh komen kat sini ok. Selamat bercuti semua.

Info lanjut atau untuk tempahan boleh hubungi :
Tel : 05- 238 0022
Email : inquiry@putradeallsuites.com






14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Menarik gak cuti² sini.Sal suka la menu dia sebab berbaloi dengan harga. Kalau ajak Mr Husband mesti suka sebab dia kaki golf. Tq tau share

    BalasPadam
  3. Wah mike lawat home town teman ya... teman pun tak pergi ke setengah tempat yg mike pergi dan yang penting ipoh mali tatak sombong kan haha

    BalasPadam
  4. OMG dalam banyak2 tu saya tertarik dengan NASI GANJA. bestnya

    BalasPadam
  5. Kenapa MM tak pernah ajak Rawlins bila pergi travel tempat best-best gini? Sampai hati MM buat Rawlins begini. Dah la tempat best, makanan lazat.

    BalasPadam
  6. This looks like a really great place for family and friends to relax and recharge. I would definitely want to visit this hotel one day. :)

    BalasPadam
  7. Semua tmpt yg maha mention, AM dah penah sampai kecuali yg RPGC Hotel tue.. Harga menu n penginapan nmpk menarik.. Nnti turun Ipoh leh la AM menginap d sana

    BalasPadam
  8. selesanya tengok Putrade Allsuites RPGC tu, dengan ada driving port lagi, so boleh praktis main golf dkt situ dengan keluarga. dah lama rasanya tak hayun kayu golf.

    BalasPadam
  9. Ruby plan nak explore Ipoh juga. Cuma belum siap itenari. Hahahaha. Banyak betul tempat nak pergi. Ruby nak makan, nak cari mural, nak pi muzium, nk bergambar. Hehehe. Cilok itenari Maha dan Kak Lily lah nanti. Semua nampak best.

    BalasPadam
  10. Ipoh memang banyak tempat menarik n sometimes sampai tak tahu nak menginap dkat mana. Putrasuites nie nampak best n selesa. Bolehlah bawa family dtg menginap sini nanti

    BalasPadam
  11. Bestnya stay dekat Putrade Allsuites. Selesa sangat tengok. Dengan makanan dia yang sedap tu lagi. Mengancam sungguh. Nanti datang Ipoh boleh laaa usha pergi sini dan tempat2 best yg Maha mention tu

    BalasPadam
  12. Wah menariknyaaa.. tak sabar nak singgah bawa family ke situ.. nanti boleh melawat kawasan sekitar dia Kan.. ni rasa macam teruja cepatlah akhir tahun Kan!! Hehehhe

    BalasPadam
  13. Bestkan tempat ni. Suka dengan fasiliti yg disediakan mmg semuanya tip top. And ianya terletak betul2 di bandar Ipoh

    BalasPadam
  14. thankyou sangat sangat maha sebab kak pun tengah nak buat research apa yang menarik and best stay kat ipoh. this one look suit. jom visit perak 2020.

    BalasPadam