Bakpia,

Mencari Oleh-oleh Khas Jogja Untuk Dibawa Pulang - Episod 2

7:00 PG Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada cerita tentang rumah makan atau restoran yang Maha singgah sepanjang trip mengenali kulinar yang terbaik di Jogja. Kali ini pula Maha nak sambung lagi kerana kat Jogjakarta ini begitu banyak sekali makanan yang terkenal dan juga menjadi identiti kepada daerah ini.

Cuma kali ini Maha menyulusuri pelusuk dan juga kampung untuk mengenali beberapa perusahaan tempatan yang sebenarnya ia boleh menjadi ole-ole untuk dibawa pulang. Mungkin korang selalu kenal Bakpia sahaja tapi banyak lagi juga orang sini kreatif dan juga mencari sumber tempatan diinovasi kepada yang lebih bagus dan berpotensi ke peringkat antarabangsa. Jom kita masuk ke perusahaan tempatan yang berjaya di Jogja.

THE ORIGINAL PAWON LUWAK COFFEE


Seperti mana yang Maha bagi tahu bahawa sekitar pergunungan Menoreh cukup terkenal dengan perusahaan ladang kopi. Di antara salah satu yang menjadi begitu popular adalah Kopi Luwak. Di Kampung Borobudur ini jumpa satu industri tempatan yang mengusahakan dan memproses kopi ini daripada biji kopi yang dikutip dikaki bukit.



Korang tahukan yang biji kopi Luwak ini adalah biji kopi yang dikeluarkan hasil daripada pemakanan musang secara semulajadi. Ia adalah biji kopi yang tidak terhadam kerana musang ni hanya makan isi sahaja. Jadi biji ini semua di kutip oleh peladang daripada hasil buangan musang liar. 



The Original Pawon Luwak Coffee adalah satu perusahan kecil penduduk kampung daripada proses menjemur biji kopi. Kemudian dimasak dan diproses menggunakan mesin tradisional sehingga kepada serbuk kopi. Kat sini cukup terkenal dua jenis kopi iaitu Arabica dan juga Robusta. Korang mesti tak tahukan yang Kopi Luwak ini adalah kopi paling mahal didunia. Harga untuk satu cawan kopi tu sahaja Rp25,000 tau. Siapa suka kopi boleh beli dan bawa pulang serbuk kopi ini.

ASHFA MADU


Sini pula adalah perusahaan madu yang dilakukan dirumah sahaja. Daripada minat hingga kini Ashfa Madu telah ada lebih 300 kotak sarang madu di sekitar rumahnya. Dari mana asal lebah madu ini? Ia sebenarnya dibawa terus daripada perhutanan dan diternak di sini untuk diambil madunya. Jadi lebah sini lebih jinak dan kurang merbahaya kalau kita tidak mengancam rumahnya.






Kat sini popular dengan 3 jenis madu iaitu Madu Rambutan yang dibawa oleh lebah daripada bunga pohon rambutan, Madu Bee Pollen dan juga madu paling banyak iaitu Madu Asli Bunga Kaliandra. Pokok bunga ini ada ditanam sekitar rumah ini untuk terus menghasilkan madu yang berkualiti di sini. Rasa setiap madu pun berlainan dan ada rasanya tersendiri. 

MBAKYU MUN 


Mbakyu Mun ni adalah satu perusahaan kerepek daripada Singkong atau kita panggil Ubi Kayu. Kerana tanah sekitar Borobudur ini begitu subur dan juga kering makan penanaman ubi kayu banyak sangat diusahakan oleh penduduk kampung secara kecil-kecilan. Mereka menanam ubi untuk dimakan sendiri atau juga untuk dibeli oleh pengusaha seperti ini untuk dijadikan kerepek ubi.



Mula masuk tu memang banyak sangat lihat bungkusan kerepek yang telah siap di goreng. Ada yang memang dihasilkan terus daripada ubi kayu yang dihiris nipis dan ada juga yang diadun menjadi doh kemudian di potong untuk menghasilkan kerepek pelbagai bentuk dan jenis. Pulak tu kat sini bukan satu rasa sahaja kerepek macam kita kat Malaysia tapi mereka pelbagaikan rasa seperti cheese, cili juga yang manis, yang pedas juga kepada yang original.



Setiap kerepek ubi yang dihasilkan lain harga korang kena tawar menawar kat pekerja sini tapi bagi Maha ia sangat murah kalau nak banding kat Malaysia. Cuma kerepek di sini dihasilkan bukan untuk tujuan pemasaran luar tapi untuk dijual disekitar kampung sahaja. Cuma pelancong boleh beli bawa pulang dengan bungkus cantik dalam kotak ikat ketak agar tak masuk angin. Maha dan kawan hari tu ada beli juga beberapa bungkus dan bawa balik ke Malaysia masih sedap dan rangup rasanya ok.

BAKPIA PATHOK 25


Kalau sebut Bakpia kita mesti ingat akan Jogja kerana kuih ini begitu sinonim dengan kota ini. Hampir diseluruh tempat pasti ada sahaja menjual kuih Bakpia ini. Namun yang mana adalah yang terbaik dan sedap untuk dinikmati dan dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang korang kena pandai cari. Hari tu Maha dibawa oleh Tourism Indonesia untuk melihat sendiri bagaimana kuih ini dibuat disebuah perusahaan Bakpia Pathok 25 antara pengeluar kuih Bakpia terbaik di kota Jogja.


Sebenarnya kuih Bakpia ini dibawa dari negara Cina dan hanya berintikan kacang ijo sahaja. Namun kini dengan permintaan yang tinggi dan pelbagai cabaran dalam memastikan Bakpia boleh diterima oleh semua orang dah diinivasikan macam-macam inti didalamnya seperti coklat, keju, nanas, durian dan kumbu hitam atau kacang hitam.



Proses nak menghasilkan kuih ini tak muda kerana ia daripada kacang hijau yang dikeringkan kemudian dikukus untuk menghasilkan isi yang lembut. Kemudian kacang dihancurkan dimasak dengan bahan tambahan lain. Lepas tu baru mereka buatkan kulit Bakpia daripada tepung, gula, air dan minyak. Akhir sekali dimasukkan inti didalamnya kemudian dibakar sehingga masak dan mengeluarkan bau yang wangi.


Korang mesti kena bawa pulang kuih ini kalau datang bercuti ker Jogja. Tak sah ok kalau tak bawa oleh-oleh ini sangat rugi rasa sedap. Boleh tahan lama kalau disimpan dengan baik. Ada yang harga biasa dan juga yang premium lebih mahal sikit kerana kualitinya. Bakpia paling Maha suka adalah inti Kacang Ijo hari tu bawa balik beberapa kotak hehehe puas makan.

CHOCOLATE MONGGO


Ini pun menjadi kegemaran Maha masa datang berjalan di Jogja iaitu Chocolate Monggo. Siapa tak suka coklatkan rugilah. Ia merupakan perusahaan daripada pengusaha asing yang memang cinta kepada coklat dan koko di sini. Coklat di sini dihasilkan daripada biji koko yang dikeringkan daripada buah koko. Korang pernah tengokkan buah koko macam mana orang sini panggil Kokao.




Dulu masa mula diusahakan coklat ini dijual menggunakan vespa warna pink oleh pengusahanya keserata Jogja. Kemudian dari tahun ke tahun dengan bantuan kemajuan perusahaan coklat ini makin berkembang dan kini di sini juga terdapatnya muzium coklat. Di sini mereka mencerikan sejarah bagaimana Chocolate Monggo berasal dan juga bagaimana ia dihasilkan dari biji hingga kepada perbungkusan.




Hari tu kami diberi kesempatan untuk membuat coklat sendiri. Sini kalau korang masuk memang baunya harum semerbak sedap kerana bau coklat. Pengeluaran Chocolate Monggo antara coklat terbaik di dunia. Kalau korang memang hantu coklat kena datang dan cuba sendiri semua yang ada disini. Lepas tu boleh bawa pulang sebagai ole-ole. Kat dalam kawasan kilang tu juga ada cafe coklat untuk menikmati makanan dan minuman berasaskan coklat sedap.

So cukup kali ini lima ole-ole yang korang boleh bawa pulang bila datang bercuti ker Jogja ini. Memang masih banyak lagi yang ada tapi tak sempat nak singgah semuanya. Apa pun Jogjakarta cukup bangga dengan makanan mereka sehingga ramai orang luar juga mengiktiraf kulinar mereka. Lepas ni ada satu lagi posting Maha iaitu beberapa menu masakan yang kami masak sendiri sepanjang berada di Jogja ini. Nantikan ok posting seterusnya. Selamat mejamu selera dan juga selamat bercuti.







11 ulasan:

  1. Sgt menarik ni. Dpt lihat produk tempatan. Merasa makanan diorang.
    Bab boleh tgk cara diorang buat tu yg seronok Maha. Ala-ala d.i.y.

    BalasPadam
  2. Wahh bestnya dapat pegi kat sana macam2 boleh buat .fuyoo macam2 nama makanan dia berbelit gak lidah nak sebut ni.

    BalasPadam
  3. Bestnya maha dapat menimba ilmu di negara orang. Lagi2 budaya makanan disana. Nak sebut pon susah. Hehe

    BalasPadam
  4. Camno nak menjamu selera tu..dok asyik tertelan airlior je ni. Syok tengok gambar..paling best cekelat . Harga sure berbaloi sangat kan.

    BalasPadam
  5. wahhh menarik ysa maha pergi bercuti ke overseas. bila lah nak ajak pi food review pulak nannti

    BalasPadam
  6. bestnya ke Jogja. antara yang nak pergi tapi tak tahu masuk list bila. Mungkin 2021. hehe. 2020 kita ke Thailand dlu.

    BalasPadam
  7. Wowww nampak bagus kesemua perusahaan ini.. Teringin nak pelajari bisnes macam nie.. mana tahu boleh dikembangkan di Malaysia ke kan...

    BalasPadam
  8. Pergh. Byk jgk cari oleh2 tu? Check in luggage ke tu ? Cari madu sampai ke jogja. Lain mcm 😎😎

    BalasPadam
  9. bestnyaaaa banyak ole-ole menarik boleh dapatkan kat sini..terutama makanan lokal dowang kan heheh

    BalasPadam
  10. seronoknya maha! nampak best jalan2 cari makan kt jogja tu. in shaa Allah doakan saya dapat pergi sana jugak nnti

    BalasPadam
  11. Seronoknya dia jalan-jalan ke Jogja! Lagi best bila dapat menghayati keunikan dan budaya disana kan sambil mencuba benda baru untuk dijadikan kenangan hee

    BalasPadam