Dapur,

Resipi Kek Kopi Susu Kapal Api White Coffee Peneman Minum Petang

12:00 PTG Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari minggu kadang-kadang tak ada apa kerja dan juga aktiviti nak buat Maha suka habiskan masa dengan mengasah bakat memasak. Terus terang Maha sebenarnya lama tak baking untuk buat kek atau pastry. Semua ni pun belajar sendiri jer melalui Youtube atau juga baca kat blog kawan-kawan banyak yang share resipi mudah boleh buat.

Macam baru-baru ini tiba-tiba terfikir nak baking kek menggunakan satu produk minuman yang popular apa lagi kalau bukan Kapal Api White Coffee. Maha juga bukan lah pencinta kopi tahap ketagih nak minum setiap hari setiap masa sampaikan kalau tak ada kopi tak tenteram hidup hehehe. Kalau dapat minum sekali sekala tu dah cukup lah.

Nak nikmati kopi secara bancuh macam tu agak biasa jadi datang idea untuk hasilkan kek menggunakan serbuk Kapal Api White Coffee 3 in 1 ini. Kapal Api dah keluarkan produk minuman 3 in 1 yang menggunakan kopi putih lengkap dengan gula dan krimer. Tak susah nak sediakan minuman kopi ini hanya tuang satu paket kopi Kapal Api White Coffee 3 in 1 dalam cawan dan masukkan 180ml air panas kacau sehingga sekata dan boleh terus minum.

Cuma kali ini Maha nak gunakan serbuk kopi ini untuk buat kek yang Maha namakan sebagai Kek Kopi Susu Kapal Api White Coffee. Bahan nak buat kek ini sangat sikit dan mudah untuk dapat. Korang boleh tengok bahan yang Maha gunakan di sini :

Bahan A – diayak
1 ½ cawan Tepung Gandum
½ sudu teh Serbuk Penaik

Bahan B
1 cawan Mentega
½ cawan Gula (boleh kurangkan jika nak kurang manis)
1 sudu teh Esen Vanilla
¾ cawan Susu Pekat Manis
3 biji telur (Gred A)
1 paket Serbuk Kopi Kapal Api White Coffee
1 sudu besar Air Panas

Cara nak masak kek ini pula korang boleh tonton video kat bawah ni. Pastikan tonton sampai habis mesti jadi punya lah.


Mudahkan cara nak buat kek ini senang jer cuma kena ikut langkah demi langkah mesti jadi punya jangan risau. Satu tips yang berguna adalah korang kena pastikan telur yang digunakan adalah gred A serta sukatan kena betul-betul tepat mesti akan jadi punya. Untuk yang suka kurang manis, kurangkan sukatan gula dan susu pekat manis.

Kek ini bagi Maha sesuai untuk hidangkan waktu makan petang sambal pekena secawan Kapal Api White Coffee.  Satu gandingan yang begitu cocok lah hehehe. Puji diri sendiri lak kan wakakaka. Kalau korang ada resipi mudah lain korang boleh cuba juga dan share dengan Maha sebab korang lagi pakar buat kek ini betul tak. 

Alang-alang nak mencuba resipi Maha ni, boleh la sertai peraduan #ResipiKopitiviti yang tengah berlangsung sekarang ni mana tahu boleh menang set perkakas dapur bernilai RM500. Cuma perlu cipta resipi menggunakan produk Kapal Api sebagai bahan utama dan upload di Facebook ataupun Instagram. Peraduan ni tamat pada 24 November 2019. Nak tahu lebih lanjut layari Facebook Kapal Api Malaysia atau Instagram @kapalapimalaysia

Selamat mencuba resipi yang Maha kongsikan dan selamat menikmati kopi Kapal Api White Coffee 3 in 1 yang baru ini.







17 ulasan:

  1. Uihhh sedapnyaaaa 😍😍😍😍

    BalasPadam
  2. Menjadi la kek yg awk buat ni, nanti akk guna resepi awk yer, tq maha

    BalasPadam
  3. Terbaik la Maha... Dalam diam2 ada bakat buat Kek ye... Tahniah...

    BalasPadam
  4. Wow ! Serba boleh. Idea yang bernas ni. Boleh buat untuk minum petang / jamu kawan kawan. Potluck kat ofis pun boleh juga ni.

    BalasPadam
  5. Wah... Never try before coffee cake using kapal api yet... I have this coffee at home. Usually used for jelly only. I wanna try this too!!!

    BalasPadam
  6. Terbaik bro. Kalau makan masa hujan ini, memang best. hehe

    BalasPadam
  7. Wah siap resipi!! Boleh cuba jugak nanti!

    BalasPadam
  8. Rajin sungguh la Maha ni kan? Buat kek pulak. Siap perisa white coffee tu.. perghh jadi lapar terus. Hehe..

    BalasPadam
  9. kene cuba ni..nampak sedap sungguh..

    BalasPadam
  10. Memang nampak gebu gebas kek tu. Tak sangka kopi kapal api pun boleh dibuat kek. Yang peminat kopi sukalah makan kek perisa kopi kapal api ni kan

    BalasPadam
  11. Wah rajinnya...untung buat menantu haha... bila la nak rasa masakan Maha ni...

    BalasPadam
  12. Fuhhh beruntung siapa yang dapat Mahadi ni, semua pandai..masuk rumah goyang kaki je..:D. Nanti nak try le buat kek ni

    BalasPadam
  13. Sedap pulak tengok ni maha. Nanti nak try jugak lah. Memang tangan tengah gatal nak masak bake semua ni sekarang

    BalasPadam
  14. wah hebatnya! nampak sedap pulak kek ni. nak trylah nnti. kalau maa yg buat mesti lagi sedap kn? haha

    BalasPadam
  15. Sedap tak, sedap tak ! btw, thanks for sharing the menu dan how to prepare..nampak sedap tau.

    BalasPadam
  16. kek kopi la kiranya ni. sedap nampak tu bro. nanti saya boleh try resepi ni

    BalasPadam
  17. It's really nice and meanful. it's really cool blog. Linking is very useful thing.you have really helped lots of people who visit blog and provide them usefull information. Download Deskgram for free. Deskgram helps you to upload photos and videos to Instagram from your PC.

    BalasPadam