Kentang U.S,

Kentang U.S. Membekal Tenaga Untuk Peserta Yayasan TM Tower Run 2019

7:00 PG Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahniah kepada TM atas penganjuran acara besar-besaran untuk mereka yang memang suka menguji kekuatan fizikal dan mental. Yayasan TM Tower Run 2019 telah belangsung dengan meriahnya pada 10 November 2019 bertempat di Menara TM Bangsar. Selalu kita tengok orang marathon biasa jerkan berlari atas jalan tapi kali ini peserta perlu memanjat 1,296 anak tangga.

Kalau Maha naik tingkat 3 sahaja dah mengah dan juga semput hehehe inikan pula nak habiskan 54 tingkat bangunan menara keempat tertinggi di Malaysia dan menjadi lambang ikonik bangunan di Kuala Lumpur ini. Maha hari tu sempat datang event ni tapi bukan untuk lari tapi nak bagi moral support kepada peserta yang terlah berjaya menghabiskan larian mereka menaiki anak tangga.


Rekod yang dicatatkan untuk acara larian ini telah dimilik oleh pelari menara Soh Wai Ching yang memang sinonim dengan acara sebegini di Malaysia. Beliau memegang rekod berjaya menghabiskan larian memanjat tangga di menara ini dalam tempoh 6.09 minit sahaja. Tahniah kepada Soh dan beliau kini memegang rekod No 1 di dunia, tetapi beliau perlu mempertahankan gelaran ini untuk tahun ini di Shanghai Tower Run tak lama lagi. Bangga rakyat Malaysia berjaya memegang rekod tersebut.



Macam mana beliau ini mengekalkan tenaga untuk lari sehebat dan secepat itu. Menurut kata Soh beliau memerlukan sejumlah besar karbohidrat untuk memberikan tahap tenaga yang tinggi. Malah, disebabkan aktiviti sukan aktif dan diet terdiri daripada karbohidrat sehingga 70%. Maka beliau memilih karbohidrat yang baik dari sumber makanan yang padat nutrien dan semulajadi untuk membantu beliau. Sebab itu beliau mengambil Kentang U.S. kerana ia mengandungi 26 gram karbohidrat, 620 Milligram Potassium, 110 Kalori untuk Tenaga, 2 gram Fiber, Vitamin C, tiada lemak, tiada natrium dan tiada kolesterol.



Sebab itu jugalah Kentang U.S. menjadi Penaja Emas acara Yayasan TM Tower Run 2019 ini. Pada hari program tersebut semua peserta dihidangkan dengan juadah istimewa daripada Kentang U.S. iaitu Creamy U.S Potatoes with Gravy dan juga U.S Purple Potatoes with Blurberry Boost Shake. Ini untuk memberi tenaga sebelum belari dan juga menambah tenaga selepas belari kepada lebih beribu peserta larian dari dalam dan luar negara. 



Kentang U.S. boleh menyediakan nutrien penting pada harga yang berpatutan. Satu hidangan kentang (5.3 auns) hanya menggunakan lebih kurang sekitar RM1.50 sahaja. Sebenarnya, kentang mempunyai nilai tertinggi setiap ringgit untuk menyediakan segala khasiat mengatasi sayur-sayuran termasuk juga karot. Jadi mungkin lepas ini boleh berganti lah dengan mengambil Kentang U.S. untuk diet makanan seimbang, sebab tu Maha suka.








18 ulasan:

  1. nyummmm sedap nau kami tengok kat sini :D

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada pemenang. Adoii tak mampu nak naik tangga banyak banyak. Stamina x cukup kuat. Kena makan makanan berasaskann kentang juga ni. Hehe

    BalasPadam
  3. Wahh... Hebat pemenang. Tahniah diucapkan. Sememangnya kentang memang favourite. Hehe..

    BalasPadam
  4. Kentang bagus juga untuk diet harian! Boleh bertukar pada kentang US pulak!

    BalasPadam
  5. tak sangka kentang banyak khasiat juga. bolehlah makan kentang hari2 nnti. gantikan nasi haha.

    BalasPadam
  6. Nak makan kentang bebanyak le lps ni, sure lepas ni sis naik tangga turun tangga tak payah dah aeysha papah..:)

    BalasPadam
  7. Sedapnya kentang lenyek tu, siap dengan gravy! Ia dijual dalam bentuk sachet ke Maha? Kat mana kalau nak dapatkan ia?

    BalasPadam
  8. x prnh pulak dengar yg makan kentang boleh meninggikan stamina dan mengekalkan tenaga. but that mashed potato looks so amazingggggg

    BalasPadam
  9. WOW..LEPAS NI KENA MAKAN KENTANG US LA NAK KUAT LARI..HEHEHE..TAK PERNAH MAKAN KENTANG US NI, BOLEH CUBA..PERGH HEBATNYA LARI SAMPAI TINGKAT TINGGI MENARA TM..

    BalasPadam
  10. Yes kentang ni source of carb, and carb ni memang beri energy ( sebab tu org mesia suka makan carb :p )
    nanti i nak try yg ni pulak hehe

    BalasPadam
  11. betul2 makan kentang boleh kenyang apa ...rasanya dulu maha menang cipta resepi kentang brand ni ni jugak kan .....apapun tahniah TM dan tahniah juga buat maha ...

    p/s teringin nak sampai menara Tm pastu buat photoshoot

    BalasPadam
  12. arr sedapnya wahai maha. tetiba terasa nak makan kenny rogers tengok entry awok. huu. and tm tower run tu menarik minat mek lerr. bila agakknya boleh join.

    BalasPadam
  13. kentang memang sedap. makan macam mana pun mesti sedap. tapi yang setiap runner dapat tu macam lagi sedap je. uishh terliur pulak tengok.

    BalasPadam
  14. Kita memang suka kentang USA nie. Kualiti dia lain sikit berbanding kentang lain. Suka yg kulit dia warna pink2 tu. Setiap pagi rebus mcm n makan mcm tu je. Sedap !!

    BalasPadam
  15. sedap tu, kentang memang ramai penggemar kan. cuma memang dia tinggi karbohidrat, kena amalkan sederhana sahaja. memang tak dinafikan sedap. hihi

    BalasPadam
  16. Tak pernah rasa lagi produk Kentang U.S ni. Kalau nak naik ke atas menara tu memang perlukan tenaga yang banyak. Kalau Qiss memang tak sampai atas. Tapi bagus ada acara macam ni. Seronok tengok semua bersemangat nak naik ke menara tu.

    BalasPadam
  17. This is a wonderful article, Given so much info in it, These type of articles keeps the users interest in the website. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    BalasPadam